Beriman dengan perkara selepas mati


Apabila para sahabat ra mendengar bahawa yang akan masuk neraka 999 daripada 1000 muka mereka berubah menjadi pucat. Lalu Rasulullah saw bersabda,” Sebenarnya 999 orang yg masuk neraka ialah daripada yakjuj dan makjuj ( dan orang2 kafir dan musyrik) sementara seorang daripada seribu orang itu ( yg akan masuk syurga) ialah daripada kalangan kamu dan orang2 yg mengikut cara hidup kamu. ( Bukhari)

Sayyidina ‘Adi bin Hatim meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda,” (pada hari kiamat), ALLAH swt akan berbicara dengan setiap orang daripada kamu tanpa ada orang tengah. Apabila dia memandang ke kanan dia akan nampak amalannya sahaja, begitu juga apabila dia memandang ke kiri. Dan Apabila dia memandang ke depan dia akan nampak api neraka berada di hadapannya. Oleh sebab itu, peliharalah diri kamu daripada api neraka walau dengan sebahagian tamar ( yang disedeqahkan).” Bukhari

Sayyidina Anas ra meriwayatkan Rasulullah saw bersabda, tanah syurga seluas tempat letak busar panah kamu, atau seluas setapak kaki kamu lebih baik daripada dunia dan seisinya. Jika seorang wanita daripada penghuni syurga menjengah ke bumi nescaya akan terang segala yang ada di antara kedua2nya dengan haruman. Kain selendangnya lebih bernilai daripada dunia dan seisinya. ( Bukhari)

Nizam Ghaib dan Nizam Zohir


Hebatnya ALLAH swt, yang sehingga begitu sekali kuasanya maka tenggelam nizam ghaib berbanding nizam zahir pada hambaNya yang jauh DariNya. Allahu akbar.

Betapa ramai yang selaput syirik di hati2nya begitu tebal hingga tidak mampu nampak nizam ghaib sebaliknya yang dituju adalah nizam zahir semata.

Semua ALLAH mampu buat. Menyembunyikan kehebatanNya di sebalik asbab sehingga hambaNya kecundang gagal melihat di sebalik tembok asbab yang mengelilingi mereka. Kerana pandangan mata mereka gelap dek kerana gelapnya hati.

Hakikat yang sangat keras untuk dimaklumi tetapi itulah kebenarannya.

Hati yang diselaputi zulmat kegelapan manakan mungkin mampu nampak cahaya kebenaran kerana untuk tujuan itu perlukan pandangan mata hati.

Untuk melihat dengan pandangan bashiroh, pandangan mata hati , hati kena bersih dari selaputan syirik…

Ehhh.. kalau longkang, penuh dengan selaput lumut , bersih ke longkang tu? Takkan. Air pun lalu tersangkut- sangkut. Silap – silap boleh banjir masuk air ke dalam rumah ekoran air longkang melimpah.

Begitulah juga hati kita. Kalau penuh dengan selaput syirik sehingga meninggalkan daki, Bagaimana mahu nampak kehebatan dan kekuasaan nizam ghaib?

Hanya mampu sekadar nampak di luaran sahaja. Takkan pernah mampu untuk nampak yang tersirat.

Malangnya jika terusan begitu, kita menjadi mainan syaitan.
Allahu.

Bagaimana mahu keluar? Bagaimana mahu nampak nizam ghaib? Bagaimana mahu membersihkan selaput syirik selama2nya?

Allahu..

Kalaulah kita tahu apa yang Nabi saw tahu , mungkin baru itulah kita nampak bahawa mengusahakan memperoleh hati yang putih bersih terus menujuNya adalah priority.
Allahu akbar.

Asbab menuju ALLAH adalah doa. Pintu menuju ALLAH adalah ilmu yang bermanfaat. Kunci menuju ALLAH adalah Rasulullah saw.

Kerana itu sabda baginda. Mintalah perlundungan dari 4 perkara:

1. Doa yang tidak maqbul
2. Hati yang tidak khusyuk
3. Ilmu yang tidak manfaat
4. Jiwa yang tidak pernah puas.

ALLAHU AKBAR.

Syukur


Ramai anak UPSR pulang membawa results memasing . Pelbagai reaksi dutunjuk ibubapa andai ia bukan straight As.

Jika hingga timbul rasa dingin di hati siibu atau bapa. Ada rasa bahawa takde harapan anak ni. Belajar macam nak rak tapi result so so je.. atau alahh belajar pun main2 .. atau emmmhhh belajar tak sungguh2 macamana nak excellent…

Rasa2 begini lah yang akan dikesali orang tua satu masa nanti. ALLAH itu sebagaimana sangkaan hambaNya.

Jika ada rasa dalam hati, ia membentuk sangkaan. Dan ALLAH memaqbulkan sangkaan walaupun ia buruk.

Ibubapa akan menyesal nanti jika anak betul2 tiada harapan. Hati ibubapa yang terusan tak puas hati akan anak2 mereka, Sebenarnya tanpa sedar  merekalah asbab anak tidak berjaya atau buruk akhlaknya.

Hati perlu dilatih dan dipaksa untuk redho dengan Keputusan ALLAH. Anak2 tiada kuasa. Jika memang taqdir mereka cemerlang UPSR, dari awal lagi ALLAH memang dah mudahkan dan buka jalan ke arah dia dapat 5A, tapi jika bukan dalam taqdirNya, maka tidak akan berlaku.

Namun, ALLAH yang Maha Berkuasa, mampu juga mengatur sebaliknya ataupun memakbulkan ikhtiar sungguh2 si anak yang dibuat berterusan. Walau awalnya taqdir bukan 5 A tapi atas asbab maqbul doa atau ikhtiar, ALLAH izin.

Namun, semuanya aturan ALLAH bukan Kekuatan makhluk.

Lalu, ibubapa perlu nampak dan sedar akan hal ini.

Letakkan rasa syukur dengan amanah anak2 ini. Walaupun tiada A sekalipun si anak dalam UPSR, namun kita masukkan syukur yang dia masih boleh bersekolah  dan rasakan dalam hati rasa syukur itu.

Itupun sudah membuka jalan kecemerlangan buat si anak. Inshaallah.

Atas rasa syukur ibubapa itu, ALLAH akan menambah nikmat dan anak akan cemerlang, bukan sahaja di dunia tapi cemerlang di negeri yg kekal abadi nanti Inshaallah.

Maka jangan masukkan rasa negatif pada anak2. Jangan ceoat meletakkan sangka begini dan begitu pada Anak2.  Semuanya maqbul .

Anak amanah ALLAH. ALLAH tidak akan berlaku  zalim pada hamba2Nya. Semua  qada dan qadar ALLAH adalah yang terbaik.

Doa


Allah memerintahkan semua hambaNya untuk berdoa kepadaNya. Doa itu adalah perintah ALLAH. Doa itu adalah arahan ALLAH. Kata nabi saw, doa itu adalah senjata mukmin. Doa lah yang menjadi penghubung terus antara ALLAH dengan hambaNya.

Lalu, amat – amatlah jelas sekali bahawa doa itu sangat – sangat penting bagi kita , Makhluk ciptaan  ALLAH untuk kita tunduk diri dan hati kita kepada yang maha berkuasa , yang maha mengetahui, yang maha agung, yang maha berkuasa.

Tatkala mana kita kena berdoa?

Setiap masa. Ada sahaja masalah, maka tundukkanlah hati kita, bertawajuh mengenangkan kehebatan ALLAH hingga terasa di hati akan hebatnya ALLAH, Kemudian mintalah apa sahaja. Pasti ALLAH dengar dan maqbul.

Doa yang datang dari hati yang mengakui kehebatan ALLAH dan dari hati yang menafikan langsung Kekuatan makhluk , 7 petala langit pun tidak mampu menghalang doa yang sebegini untuk terus tuju pada ALLAH.

Allahu akbar.

  1. Maka usahakanlah doa yang ikhlas datang dari hati yang RASA kehebatan dan keagungan ALLAH.berdoa

 

LOOK!!!


Hanya ALLAH lah yang maha berkuasa. Hanya ALLAH lah yang memiliki segala pujian. Hanya ALLAH lah memberi mudarat. Hanya ALLAH lah yang memberi manfaat. Hanya ALLAH lah yang menghidupkan dan hanya ALLAH lah yang menatikan.

Dijadikan dunia ini dengan pelbagai hiasan. Wanita, Anak2 dan harta benda serta darjat dan pangkat . Semua ini akan menjadi asbab terjerumusnya seseorang ke dalam neraka jahanam jika dia gagal memahami maksud sebenar hidup didunia dan terpedaya dengan hiasan2 yang Sementara ini.

Hati yang tetap ada Allah di dalamnya sahaja yang mampu nampak akan permainan dunia. Nampak akan kehebatan ALLAH dalam menjadikan dunia dan isi nya.

BagaimanabKeadaan hati yang ada Allah? Apa cara mahu tahu hati ada Allah?

Hati yang RASA kehebatan ALLAH. Sehingga bergetar . Hati2  yang  begini, semua Makhluk ALLAH akan takut kepadanya Dan ALLAH akan mengangkat dirinya ke mertabat yang mulia.

Hati yang RASA ALLAH itu hebat.

 

STOP 2


love-you

Sesungguhnya dan Sebenarnya siapa yang mencintai kita? Dan cinta siapa yg perlu kita kejar dan mesti kita cari?

Selagi mana hati sanubari kita tidak mampu nampak akan hal ini, maka pelbagai musibah akan datang dan pergi dalam hidup kita, kekadanag bertalu2 umpama kata pepatah sudah jatuh ditimpa tangga.

Mengapa,?

Kerana ALLAH kasih akan hambaNya.

Kerana yang sebenar2nya kasih akan makhluk adalah penciptanya bukan makhlukNya . .

ALLAH memberi musibah agar kita muhasabah diri dan kembali kepadaNya.

Orang yang tidak diuji petanda ALLAH tidak  memandang kepada nya. Orang yang tidak diuji petanda ALLAH tidak kasih.

Namun, alangkah malang orang yang diuji ALLAH tetapi dia tidak nampak kasih ALLAH sebaliknya  dia merasa  sengsara dan menderita .

Sedang  ALLAH menunggu2 dia datang dan merayu serta mengadu hanya kepadaNya.

Sesungguhnya  beruntunglah orang2 yang mensucikan jiwanya dan merugilah orang2 yang mengotorinya.


STOP!!!


flowerspink

 

 

 

 

 

 

 

 

Tempat kita bukan dunia ini. Asal kita bukan dunia ini. Matlamat kita bukan dunia ini.

Hati kita sentiasa kena diingatkan bahawa kita ini hanya musafir lalu sekadar mencari perbekalan untuk negeri kita yang Sebenarnya.

Yang memberi bekal adalah ALLAH swt.

Bagaimana caranya mendapat perbekalan?

Pernah tengok running man, rancangan korea yg disukai remaja tu?

Untuk dapat sesuatu kena buat mission dan untuk menang hadiah kena lalui pelbagai rintangan.

Begitulah analogi mudah hidup ini.

Yang merekacipta  ujian serta musibah  dan yang memberi ganjaran kemenangan adalah ALLAH swt.

Tugas kita adalah nampak bahawa seluruh kehidupan kita adalah milik ALLAH dan untuk ALLAH.

Hati mudah tersasar. Mudah lupa. Mudah alpa. Mudah kecundang.

Kita nampak  apa yang dihadapan kita sahaja. Yang tersurat. Yang kita lalui.

Kita nampak siapa yang melukakan kita. Kita nampak siapa yang mengecewakan kita. Kita nampak siapa yang membuat hati kita sengsara. Dan kita nampak semua itu dilakukan oleh makhluk.

Kita gagal nampak apa yang disebaliknya. Kita nampak botol air tapi kita tak nampak plastik asal botol tu. Kita nampak lauk asam pedas tapi kita tak nampak ramuan menjadikannya.

Bila kita fikir, kita tahu . Tapi kita tak mampu nak masukkan hakikat  Sebenarnya .

Apa perlu kita buat?

Untuk sentiasa sedar yang kita ini hanyalah musafir.

Bukan dunia ini matlamat kita?

  1. Doa
  2. Istighfar

Berdoalah agar ALALLAH beri kita ilmu yang bermanfaat

Beristighfarlah memohon keampunannya setiap detik waktu.

Kedua2 ini, untuk diterima ALLAH yang maha pengasih, perlu datang dari hati. Hati yang mampu merasa.

Rasa yang hidup ini adalah dari ALLAH seluruhnya.

Inshaallah.