Aduan


Banyak yang bermain di fikiran?

banyak yang menempuhi ketidakpuasan hati?

begitu banyak mehnah dan tribulasi hidup hingga terasa penat menarik nafas kehidupan?

Pada siapa mahu mengadu?

 

kalau jabatan kerajaan ada tempat aduan, kalau rakyat, boleh mengadu di pejabat YB..

namun, di mana tempat aduan sebenar? siapa tempat paling baik mengadu?

bila hati berkeluh kesah,.. bila hati mahu menangis dalam kepayahan dunia, bila hati sengsara membisikkan pelbagai kesusahan,..

pada siapa kita mahu mengadu?

pada siapa kita mahu mengharap?

pada siapa kita boleh meletakkan nasib badan?

bukankah hanya satu tempat sahaja?

hanya satu ¬†pilihan sahaja,…

ALLAH yang Agung…

ALLAH yang Esa…

 

Hanya DIA yang maha mengetahui …

Hanya Dia yang mengizinkan segala yang berlaku pada semua hambaNYA

dan tiada suatu apapun yang ALLAH atur itu buruk untuk hambaNYA…

 

DIA mahu kita kembangkan hati, besarkan jiwa dan perkasakan diri untuk meranjaui seluruh onak dan duri dengan ketabahan serta kesabaran jitu,..

dengan senyuman manis di hati yang memancar di wajah menjadikan kita ayu dalam cahaya Ilahi,..

dengan hati yang redho dan pasrah,…

 

menerima taqdir Ilahi,..

dengan ikhtiar dan usaha membaiki diri keluar dari masalah,..

dengan doa dan tawakal membentuk iman yaqin dengan ALLAH,.

 

agar hidup di dunia yang sementara ini tidak menjadi sia sia pada kita,..

dan muga negeri akhirat yang kekal abadi , menjadi milik kita..

 

allahu.

6 thoughts on “Aduan

  1. assalam puan…
    saya ade kemusykilan…adakah anxiety disorder itu berkaitan dengan gangguan jin/syaitan yg ingin menyesatkan pemikiran manusia? jika ya, bagaimana merawatnya? mohon jawapan. terima kasih.

    1. Biasanya begitulah. ALLAH taqdirkan penyakit itu pada seseorang dan kebanyakan asbab kerana gangguan makhluk

      Kena rawat gangguan serentak dengan rawat masalah penyakit. Inshaallah akan pulih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s