Nizam Ghaib dan Nizam Zohir


Hebatnya ALLAH swt, yang sehingga begitu sekali kuasanya maka tenggelam nizam ghaib berbanding nizam zahir pada hambaNya yang jauh DariNya. Allahu akbar.

Betapa ramai yang selaput syirik di hati2nya begitu tebal hingga tidak mampu nampak nizam ghaib sebaliknya yang dituju adalah nizam zahir semata.

Semua ALLAH mampu buat. Menyembunyikan kehebatanNya di sebalik asbab sehingga hambaNya kecundang gagal melihat di sebalik tembok asbab yang mengelilingi mereka. Kerana pandangan mata mereka gelap dek kerana gelapnya hati.

Hakikat yang sangat keras untuk dimaklumi tetapi itulah kebenarannya.

Hati yang diselaputi zulmat kegelapan manakan mungkin mampu nampak cahaya kebenaran kerana untuk tujuan itu perlukan pandangan mata hati.

Untuk melihat dengan pandangan bashiroh, pandangan mata hati , hati kena bersih dari selaputan syirik…

Ehhh.. kalau longkang, penuh dengan selaput lumut , bersih ke longkang tu? Takkan. Air pun lalu tersangkut- sangkut. Silap – silap boleh banjir masuk air ke dalam rumah ekoran air longkang melimpah.

Begitulah juga hati kita. Kalau penuh dengan selaput syirik sehingga meninggalkan daki, Bagaimana mahu nampak kehebatan dan kekuasaan nizam ghaib?

Hanya mampu sekadar nampak di luaran sahaja. Takkan pernah mampu untuk nampak yang tersirat.

Malangnya jika terusan begitu, kita menjadi mainan syaitan.
Allahu.

Bagaimana mahu keluar? Bagaimana mahu nampak nizam ghaib? Bagaimana mahu membersihkan selaput syirik selama2nya?

Allahu..

Kalaulah kita tahu apa yang Nabi saw tahu , mungkin baru itulah kita nampak bahawa mengusahakan memperoleh hati yang putih bersih terus menujuNya adalah priority.
Allahu akbar.

Asbab menuju ALLAH adalah doa. Pintu menuju ALLAH adalah ilmu yang bermanfaat. Kunci menuju ALLAH adalah Rasulullah saw.

Kerana itu sabda baginda. Mintalah perlundungan dari 4 perkara:

1. Doa yang tidak maqbul
2. Hati yang tidak khusyuk
3. Ilmu yang tidak manfaat
4. Jiwa yang tidak pernah puas.

ALLAHU AKBAR.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s