Syukur


Ramai anak UPSR pulang membawa results memasing . Pelbagai reaksi dutunjuk ibubapa andai ia bukan straight As.

Jika hingga timbul rasa dingin di hati siibu atau bapa. Ada rasa bahawa takde harapan anak ni. Belajar macam nak rak tapi result so so je.. atau alahh belajar pun main2 .. atau emmmhhh belajar tak sungguh2 macamana nak excellent…

Rasa2 begini lah yang akan dikesali orang tua satu masa nanti. ALLAH itu sebagaimana sangkaan hambaNya.

Jika ada rasa dalam hati, ia membentuk sangkaan. Dan ALLAH memaqbulkan sangkaan walaupun ia buruk.

Ibubapa akan menyesal nanti jika anak betul2 tiada harapan. Hati ibubapa yang terusan tak puas hati akan anak2 mereka, Sebenarnya tanpa sedar  merekalah asbab anak tidak berjaya atau buruk akhlaknya.

Hati perlu dilatih dan dipaksa untuk redho dengan Keputusan ALLAH. Anak2 tiada kuasa. Jika memang taqdir mereka cemerlang UPSR, dari awal lagi ALLAH memang dah mudahkan dan buka jalan ke arah dia dapat 5A, tapi jika bukan dalam taqdirNya, maka tidak akan berlaku.

Namun, ALLAH yang Maha Berkuasa, mampu juga mengatur sebaliknya ataupun memakbulkan ikhtiar sungguh2 si anak yang dibuat berterusan. Walau awalnya taqdir bukan 5 A tapi atas asbab maqbul doa atau ikhtiar, ALLAH izin.

Namun, semuanya aturan ALLAH bukan Kekuatan makhluk.

Lalu, ibubapa perlu nampak dan sedar akan hal ini.

Letakkan rasa syukur dengan amanah anak2 ini. Walaupun tiada A sekalipun si anak dalam UPSR, namun kita masukkan syukur yang dia masih boleh bersekolah  dan rasakan dalam hati rasa syukur itu.

Itupun sudah membuka jalan kecemerlangan buat si anak. Inshaallah.

Atas rasa syukur ibubapa itu, ALLAH akan menambah nikmat dan anak akan cemerlang, bukan sahaja di dunia tapi cemerlang di negeri yg kekal abadi nanti Inshaallah.

Maka jangan masukkan rasa negatif pada anak2. Jangan ceoat meletakkan sangka begini dan begitu pada Anak2.  Semuanya maqbul .

Anak amanah ALLAH. ALLAH tidak akan berlaku  zalim pada hamba2Nya. Semua  qada dan qadar ALLAH adalah yang terbaik.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s