STOP!!!


flowerspink

 

 

 

 

 

 

 

 

Tempat kita bukan dunia ini. Asal kita bukan dunia ini. Matlamat kita bukan dunia ini.

Hati kita sentiasa kena diingatkan bahawa kita ini hanya musafir lalu sekadar mencari perbekalan untuk negeri kita yang Sebenarnya.

Yang memberi bekal adalah ALLAH swt.

Bagaimana caranya mendapat perbekalan?

Pernah tengok running man, rancangan korea yg disukai remaja tu?

Untuk dapat sesuatu kena buat mission dan untuk menang hadiah kena lalui pelbagai rintangan.

Begitulah analogi mudah hidup ini.

Yang merekacipta  ujian serta musibah  dan yang memberi ganjaran kemenangan adalah ALLAH swt.

Tugas kita adalah nampak bahawa seluruh kehidupan kita adalah milik ALLAH dan untuk ALLAH.

Hati mudah tersasar. Mudah lupa. Mudah alpa. Mudah kecundang.

Kita nampak  apa yang dihadapan kita sahaja. Yang tersurat. Yang kita lalui.

Kita nampak siapa yang melukakan kita. Kita nampak siapa yang mengecewakan kita. Kita nampak siapa yang membuat hati kita sengsara. Dan kita nampak semua itu dilakukan oleh makhluk.

Kita gagal nampak apa yang disebaliknya. Kita nampak botol air tapi kita tak nampak plastik asal botol tu. Kita nampak lauk asam pedas tapi kita tak nampak ramuan menjadikannya.

Bila kita fikir, kita tahu . Tapi kita tak mampu nak masukkan hakikat  Sebenarnya .

Apa perlu kita buat?

Untuk sentiasa sedar yang kita ini hanyalah musafir.

Bukan dunia ini matlamat kita?

  1. Doa
  2. Istighfar

Berdoalah agar ALALLAH beri kita ilmu yang bermanfaat

Beristighfarlah memohon keampunannya setiap detik waktu.

Kedua2 ini, untuk diterima ALLAH yang maha pengasih, perlu datang dari hati. Hati yang mampu merasa.

Rasa yang hidup ini adalah dari ALLAH seluruhnya.

Inshaallah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s