Kenal Allah


Ada seorang budak lelaki, dalam lingkungan umur 17 tahun, tetapi dek kerana kemiskinan yang menghimpit, membuatkan dirinya kelihatan seperti 13, kurus keding dan under nourished.

mungkin kerana dia hanya pendatang di bumi emas kita ini, lalu kerja yang paling mudah mungkin pada pemikirannya, mengutip  sampah buangan orang untuk di recycle.

hari2 dia melalui sebuah rumah,. setiap kali terserempak dengan ahlu rumah itu, dia akan berhenti dan bertanya,.. ada barang tak?

tuan rumah rasa jengkel, haishhh, kenapa lah budak kotor ni, selalu berhenti depan rumah aku,..

tapi budak comot itu tanpa jemu, malah tidak akan berlalu pergi, tanpa bertanya kepada si tuan rumah,..

 

takde malu budak ni, orang cakap tak ada, tanya lagi,.. hisshhh…

 

satu hari, hujan renyai-renyai, baru berhenti dari hujan yang selebat-lebatnya sebentar tadinya, siap dengan ribut petir sekali,..

tuan rumah menoleh ke luar rumah, dia terpandang si budak comot sedang pantas berjalan laju sambil menolak kereta kayu buatannya yang sarat barangan terbuang.

tiba2 hatinya tersentap…

kaishan budak itu,..

sudahlah basah kuyup, tolak barang berat lagi,.

 

terasa di  hatinya akan susah payah dan tekunnya budak itu tanpa kenal jemu ,..

untuk apa?

merubah dirinya,..

 

begitulah kita dengan allah,..

untuk kenal allah, mungkin kali pertama kita tegur, Allah tidak pandang kerana kotornya hati kita, kerana banyaknya dosa kita,..

mungkin allah tidak perkenankan pun doa kita kerana hati kita tidka ikhlas, doa kita bukan lahir dari hati nurani,..

tetapi jika hati manusia pun boleh tersentuh dengan gigihnya  usaha insan lain,..

apatah lagi allah swt,..

 

Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang,..

 

pasti akan jauh lebih lembut dan lebih pengasih serta lebih terkesan akan usaha hambaNYA yang tidak pernah kenal jemu, merayu dan bermunajat denganNYA,..

lalu teruslah berkenalan dengan Allah, bercinta denganNYA, bercumbu denganNYA,..

pasti akhirnya Allah akan menerima kita disisiNYA sebagai salah seorang kekasihNYA,..

 

allahu akbar

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s