Janji Nabi Yusuf


Tatkala Malaikat Jibril mahu menyambut Nabi Yusuf a,s dari jatuh ke dalam telaga apabila dicampak oleh abang2nya yang cemburu, terdapat perjanjian dengan izin Allah swt antara mereka.

Nabi Yusuf a.s tidak boleh buat 3 perkara, jika baginda setuju barulah malaikat Jibril a.s akan menyambutnya dan meletakkan baginda ke dasar telaga tanpa kecederaan.

3 syarat itu ialah, untuk  hidup di dunia Allah swt ini,:

1. jangat bersungut /; merungut

2. jangan mengungkit

3. jangan berdendam

apabila Nabi Yusuf setuju, maka disambutlah tubuh baginda oleh Jibril dan diletakkan ke dasar telaga.

maka begitulah didikan Allah swt untuk kita agar redho dan tidak berkeluh kesah.

sekiranya setiap ujian atau musibah yang menimpa kita, kita tidak merungut, tidak mengungkit dan tidak berdendam, maka Allah swt memandang kita dengan kasih kerana kita redho dengan keadaan diri kita, yang semuanya adalah dari ALLAH swt.

untuk berjaya melakukan ini, maka kita perlu belajar sifat sabar, memaafkan , merasa kasih sayang dan bersikap lemah lembut.

hanya orang yang sabar tidak akan merungut.

hanya orang yang memaafkan tidak mengungkit .

hanya orang yang redho tidak akan berdendam.

dan hanya orang yang bersikap lemah lembut akan membalas keburukan dengan kebaikan,

itulah sifat nabi saw.

selagi mana yang disakiti hanyalah melibatkan diri baginda berkisar duniawi, baginda tidak pernah membalas sebaliknya bersifat amat lembut.

namun, jangan sesekali melanggar styriat Allah, bagindalah orang pertama  yang akan  murka.

Allahu akbar.

melaksanakan janji Nabi Yusuf dalam diri kita, itulah jalan ke syurgaNYA.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s