Bagaimana menjadikan sesuatu itu bermakna di sisi ALLAH swt


Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.”

Sesuatu itu hanya dipandang bernilai dan bermakna oleh Allah swt apabila kita melalkukan sesuatu dengan niat hanya keranaNYA, tiada niat sampingan lain.

Ramai je yang berkata, memang buat kerana ALLAH tapi aku nak rezeki luas masa membaca syrah alwaqiah… atau amalan lainnya.

kita tidak buat hanya semata2 kerana ALLAH tetapi buat kerana ALLAH  DAN… maksudnya kekadangg amalan kita ada dua atau lebih niat selain diniaykan kerana ALLAH.

inilah amalan2 yang jelas tidak diterima ALLAH kerana terang2an tidak ikhlas.

amalan yang ikhlas adalah hanya satu niat sahaja, iaitu dibuat hanya semata2 kerana ALLAH swt.

kita beramal untuk kita sembahkan kepada ALLAH, untuk kita hadiahkan kepada ALLAH semata2.

kita masak, niat kerana ALLAH. kita makan niat kerana ALLAh. kita solat niat kerana ALLAH. kita baring untuk berehat niat kerana ALLAH, kita mengaji al quran, niat kerana ALLAH,.. bukan sekadar niat tetapi niat semata2 kerana ALLAH swt.

tiada niat lain, tiada niat sampingan.

amalan inilah baru ikhlas.

amalan inilah baru bermakna dan bernilai di sisi ALLAH swt.

baru datang ketenangan sejati apabila kita menagji alquran.

kjerana ketenangan hanya datang dengan izin ALLAH dan ALLAH hanya mengizinkan sesuatu amalan itu jika kita buat ikhlas keranaNYA.

bukan mengaji untuk tenang, bukan berzikir untuk tenang.

apabila kita berzikir , apabila kita mengaji untuk dapat ketenangan kerana hati kita kata, janji Allah jika berzikir hati akan tenang, maka tatkala kita resah kita pun berzikir , namun, zikir kita usahkan membawa ketenangan , tetapi hati tetap terusan gundah gulana.

ini kerana yang memberikan ketenangan bukan zikir kita, tetapi ALLAh swt. dan hati yang tenang apabila berzikir adalah hati yang apabila dia berzikir, dia berzikir kerana ALLAH bukan untuk mendapat manfaat atas amalannya.

jaga dan peliharalah niat kita, niat mesti dari hati bukan sekadar perkataan.

One thought on “Bagaimana menjadikan sesuatu itu bermakna di sisi ALLAH swt

  1. Assalamualaikum….Sekadar pendapat & mohon pencerahan jika salah…Tetapi bukankah kalau kita mmg berniat melakukan sesuatu amalan atau pekerjaan kerana Allah dan pada masa sama berdoa inginkan rezeki lebih adalah supaya kita boleh memanfaatkan rezeki yg kita perolehi itu nanti untuk jalan Allah jua. Maksudnya kita buat sesuatu kerana Allah dan mohon supaya ditambah rezeki melalui sesuatu yg kita lakukan itu supaya rezeki itu nanti akan disumbangkan juga ke jalan Allah sekaligus melakukan sumbangan/sedekah itu kerana Allah kerana Allah suka amalan2 itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s