Dari Fb Ustaz Ebit Lew


Berbual dengan kontraktor muda yang bantu buat rumah saya. Saya cuba berfikir kebaikannya sehingga jd asbab Allah beri rezeki mencurah-curah kepadanya baru-baru ini. Dia seorang yang suka membantu ibubapanya semenjak habis belajar lagi. Semua duit yang dia dapat dia beri pada ibubapanya. 7 tahun tidak pernah dia tak beri duit kepada ibubapanya. Dia beri 50 peratus dari duit gajinya.

Kemudian setelah berkahwin dia sangat suka membantu ibubapa mertuanya. Semasa dia bekerja dulu dengan ketuanya dia tak pernah ambil duit tepi atau ejas duit bossnya. Sehingga dia sangat dipercayai sebelum dia buat sendiri..

Dia pun tak tahu pada asalnya saya menulis mengenai dirinya kerana dia tiada fb. Tapi dia terkejut beberapa orang memanggilnya untuk buat beberapa projek. Dia siapkan semua kerja dengan cepat dan mengikut waktu. Baru ini dia ceritakan dia tolong buat satu tempat. Jadi rezeki beberapa kedai lain pula panggilnya kerana puas hati dengan kerjanya dan harganya. Semua Allah beri..

Allah pemilik segalanya. Kerana kejujuran dan berusaha buat dengan terbaik. Jujur bertahun-tahun. Bantu ibubapa walaupun duit cukup-cukup makan. Akhirnya Allah bukakan rezeki supaya boleh bantu lebih ramai orang.

Allah pemilik segalanya. Tiada tuhan melainkan Allah. Semoga semua anak muda bekerja jujur dan rajin. Jangan terlalu bercita-cita besar untuk dunia dan sombong dengan kerja yang Allah beri. Jauhi rasuah dan hidup berkabel-kabel. Saya lihat ramai orang yang suka hidup dari muda harapkan kabel, simpati orang besar, mendampingi orang yang berkuasa, selalu lupakan Allah dan terpaksa jual maruah dan korban kejujurannya. Cukuplah Allah segalanya. Kita ada Allah.Berusaha secara jujur dan amanah. Bersyukur dengan kerja yang kita ada. Buat dengan terbaik kerana Allah. Jaga amanah dalam hidup dan sayangi keluarga, serta berjuang di jalan Allah.. Lihatlah bagaimana Allah bukakan rezeki buat kita dari rezeki yang tak disangka-sangka-ebit lew

Semoga Allah mudahkan rezeki kontraktor muda ini. Asl construction 0162118472

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s