Tika dunia tidak adil…..


Saat mana hati kita tersentap. tika mana jiwa kita terluka dengan luka yang sangat dalam, bila mana hati kita jatuh berderai bak kaca terhempas ke batu,…

saat itulah kasih Allah sangat besar pada kita.

itulah saat pembuka jalan , saat penentuan jalan yang mana akan kita bawa diri kita.

sama ada kita terus hanyut dalam fatamorgana dunia yang fana ini atau kita mampu membawa kaki kita melangkah ke jalanNYA yang lurus dan diredhoi.

hati nan sekeping, bila sentiasa dibuai bahagia, hanya sekali sekala disengat sendu, tidak akan mampu memecahkan tembok kepalsuan dunia.

hanya apabila hati itu tersentap hebat, jatuh berkecai dan tidak mampu disambung kembali baru hati tercari2 jalan keluar.

baru diri tertatih2 mencariNYA.

baru nampak betapa dunia ini tidak adil.

kita sentiasa kejar dunia, kejar isinya, kasih dan cinta insan pelakon di dalamnya, berkorban jiwa dan raga mencari dan mengumpul harta dan bagai, tetapi dia , dunia itu, sewenang2nya meninggalkan kita, sewenang2nya menghancurkan hati kita, dengan mudahnya beralih arah. dengan cepatnya melupakan segala jasa dan penat lelah yang telah kita korbankan. senang sekali meletakkan kasih dan sayangnya kepada yang lain.

itulah dunia.

maka tika itu berlaku, baru kita nampak lakonan hebat dunia. baru hati tersedar. tersentap. terjaga dari mimpi , terbangun dari tidur lena.

maka syukurlah kepada Yang Maha Mengatur perjalanan hidup semua makhlukNYA kerana diberi nikmat kesedaran.

diberi nikmat merasa warna warni perasaan. sedih, gembira, sayu, sendu, kebahagiaan yang paling syahdu atau keperitan yang paling menjerut rasa.

maka hati belajar mengenalNYa.

lalu, tiba2 nampak betapa indahnya musibah dan ujian yang diberi.

kerana musibah inilah pembuka jalan sebenar menujuNYA dan kita tidak terus hanyut dalam tipu daya dunia

kerananya mata hati kita terbuka, dan kita nampak dunia hanya sementara dan nampak matlamat sebenar kita adalah akhirat sana nantinya..

namun, perlu diingat jalan ke syurga Allah penuh ranjau dan duri.

perlu pengorbanan.

pengorbanan masa yang juga melibatkan masa tidur malam kita, berkorban untuk ibadah menujuNYa, berkorban masa kita untuk tafakur dan  muhasabah diri..

berkorban tenaga kita,

berkorban perasaan kita.

korban rasa marah utk belajar sifat sabar.

telan dendam untuk wujud sifat memaafkan.

dan bagai,..

semua emosi negatif perlu kita korbankan dengan proses hati kita untuk wujud sifat mulia.

inilah jalan tuju ALLAH melalui sunnah Rasulullah tercinta.

untuk ini kita perlukan kekuatan.

kekuatan ilmu.

carilah ilmu yang mampu bawa kita keluar dari rasa dunia ini membelenggu. carilah ilmu yang mampu membawa kita menujuNYA.

kerana ini saya sangat mencadangkan untuk teman2 membawa diri berkorban masa , tenaga dan wang untuk belajar ilmu yang inshaallah mampu menjawab persoalan ini .

mempelajari ilmu PTR atau Pancaran Tenaga Rohani.

inshaallah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s