Kebuntuan hati


Dalam menjalani kehidupan di dunia ini, pelbagai masalah dan musibah datang menerjah hati dan jiwa kita. terutama kita kaum hawa yang sentiasa bermain dengan emosi dan khalayan minda yang panjang dengan pelbagai sangkaan bertimpa-timpa.

Situasi ini tidak dapat tidak akan menyulitkan keadaan dan sentiasa menimbulkan keresahan hati dan jiwa yang sengsara.

makin banyak difikir, disangka dan dikenang, makin sulit kehidupan.

apa yang kita sangka, itulah kenyataan yang akan kita hadapi.

kerana Firman Allah swt,’ AKU adalah sebagaimana sangka hambaKU’.

bila sangka datang sekali dengan emosi, sangkaan itu cepat sekali jadi hakikat kerana sangkaan itu melibatkan hati.

sesuatu yang datang dari hati, cepat sungguh dimakbulkan ALLAH swt.

kerana itu doa yang datang dari hati dengan kekuatan rohani yang tinggi adalah doa yang sangat maqbul.

dan inilah hakikat rawatan kerohanian.

malangnya, apabila sangka beserta rasa dari hati membuatkan masalah menjadi semakin rumit dan hati menjadi buntu.

kebuntuan hati memaksa kita merasa seolah tiada jalan keluar, dunia sangat tidka adil dan bagai.

hati akan penuh zulmat dan kita tidak nampak ALLAH swt.

bagaimana mahu nampak ALLAH sedangkan hati kita gelap tanpa cahaya.

kerana itu kita perlu jalan keluar, perlukan cahaya.

cahaya yang paling terang bersinar adalah cahaya dari ALLAH swt sendiri.

kita mesti mencari ALLAH. cari dengan ilmu.

doalah dengan ALLAH swt. doa dari hati.

doa dengan yaqin.

doa dengan merayu-rayu.

doa berulang kali, lagi dan lagi.

andai telah disoa, telah diikhtiar, keadaan masih tidka berubah, maka itulah kehendak ALLAH, lalu kita redho.

redho dari hati.

hati yang yaqin, walau kita nampak keadaan diri kita buruk , tidak adil, menjadi mangsa, teraniaya, tetapi ini kehendak ALLAH swt.

lalu kita yaqin, inilah yang terbaik untuk kita kerana ALLAH swt adalah Yang Maha mengetahui, Maha Adil, Maha Bijaksana mengatur urusan hambaNYA.

mana mungkin taqdirNYA buruk. mana mungkin taqdir NYA zalim.

inilah yang terbaik untuk kita. maka kita sabar.

dan sabar itulah yang terbaik untuk kita.

carilah damai dengan ilmu.

untuk makluman, pakej ke 7 PTR akan diadakan selepas raya aidil adha sabtu dan ahad 11 n12 hb Oktober 2014.

akan diadakan di masjid al FAlah Usj 9 dengan yuran dari tahap 1 hingga 5 adalah RM5 ribu.

pengorban yang sangat sedikit berbanding  dengan ilmu yang kita miliki untuk menujuNYA dan mampu menjadikan diri kita, dengan izinNYA , nampak yang dunia ini hanya sementara dan matlamat kita adalah akhirat sana.

marilah melengkapkan diri dengan memiliki kekuatan roh dan kekuatan doa yang tinggi dengan asbab PTR ini, inshaallah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s