Dunia yang fana


Dunia ini hanya sementara. Kita semua akan  kembali juga menghadap Yang Maha Pencipta, cuma masanya yang tidak kita ketahui.

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan mengujimu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami-lah kamu dikembalikan. (Qs. Al-Anbiya [21]:35)

Namun, hari demi hari perlu kita lalui dengan pelbagai ujian yang disediakan oleh Allah untuk kita, dan sesungguhnya manusia itu adalah ujian untuk manusia yang lainnya.

Setiap hari kita lalui dengan dikelilingi oleh pelbagai ragam manusia yang pelbagai status dengan kita. ada yang Allah uji dengan karenah anak2, ada yang Allah uji dengan karenah pasangan , ada yang Allah uji dengan karenah saudara mara, sahabat handai mahupun rakan sekerja.

ujian boleh datang melalui anak sahaja , atau semua sekali.

yang pasti, kita hanya hambaNya. tiada kuasa .

namun, Allah yang Maha pengasih memberitahu  bahawa semua ujian yang diberikan kepada kita adalah mengikut kesanggupan kita.

kita sekali2 tidak akan diuji melebihi kesanggupan kita.

jika ada yang merasa bahawa dia diuji dengan tidak adil, maka amaran Allah untuknya.

Allah berfirman dalam hadis qudsi, ‘ barangsiapa tidak redho dengan ketentuanKu , maka carilah Tuhan selainKU’.

Allahu akbar.

bukanlah hakikatnya ujian itu tanpa merasa perit, sedih , sengsara dan terluka atau bagai,..

boleh aje mengalir air mata kesedihan kerana peritnya ujian ALLAH swt.

tetapi hakikat ujian itu adalah kita mampu bersabar dengannya.

walau hati terguris luka atas kata2 yang sangat mudah dilemparkan , walau air mata mengalir laju, namun semua itu mampu ditelan dan mampu dilalui dengan penuh kesabaran,…

yang penting , kita mampu memproses semua itu dengan nampak ini adalah ujian .

setiap dari kita ada buku amalan masing2 yang satu ketika nanti akan dipulangkan kembali kepada kita, tatkala itu baru datang sesal yang tak sudah jika tatkala di dunia yang fana ini kita gagal nampak bahawa apa yang ‘diberi’ oleh orang di sekeliling kita adalah dari ALLAH swt.

manusia tiada kekuatan tanpa izinNYA.

mungkin sahaja mereka yang melukakan hati kita itu sedang mengetuk pintu nerakanya sendiri, tetapi jika kita pula gagal bersabar atas ujian yang mereka berikan kepada kita, maka kita juga turut mengetuk pintu neraka kita sendiri.

allahu akbar.

mohon dijauhkan.

kerana itu kita tidak boleh bertikai kenapa kita sahaja yang kena sabar, si pelaku tidak perlu,…

sebenarnya, siapa yang yakin dengan hari akhirat, maka dialah yang kena sabar.

dunia yang menanti kita nanti , bukan dunia biasa, biasa,… tetapi dunia yang kekal abadi,.. tiada mati, mati lagi,….

bagaimana kita  di sana nanti?

maka bersabarlah selagi hayat dikandung badan.

semua akan diberi pembalasan.

baik sebesar zarah, ada balasan, jahat sebesar zarah pun ada balasan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s