Ikhlas


Ikhlas dengan Allah. Kita bersumpah setiap kali dalam solat, sesungguhnya , solatku,ibadahku,  hidupku dan matiku, hanya  kerana Allah swt.

 

inilah jalan yang lurus. Jalan yang kita pohon  Dari Allah swt juga setiap kali dalam pertemuan kita dengan NYA. ALLAHU AKBAR.

 

tidak semua keinginan kita akan kita nikmati.

kekadang kita lalui hidup ini dengan keadaan tiada suatu pun yang membawa kebahagiaan sejati .

tetapi kita tetap perlu melaluinya.

 

alangkah ruginya kita jika apa yang kita lalui itu kita lalui secara terpaksa, kerana jika itu yang berlaku, maka hilang redho kita, dan jika kita tidak mampu redho pada qada dan qadarNYa, apakah Allah akan redho pada kita?

 

bagaimana ye untuk dapat ikhlas ?

ada beberapa perkara di sini.

 

ikhlas hanya datang bila kita mampu proses hati kita yang semua ini dari Allah swt, bila kita mampu menidakkan kekuatan dan pilihan makhluk .

bila kita mampu menafikan yang makhluk ada kuasa.

bila kita mampu meletakkan yakin 100% bahawa hanya ALAH SWT sahaja yang berkuasa.

 

kita mahu hidup bahagia dengan suami dan anak2. kita mahu memiliki suami yang soleh, mampu membawa kita dan anak2 menuju ALLAH, sabar dan berakhlak mulia serta melayan kita sebagaimana sunnah RAsulullah dalam melayan isteri dan  anak2 baginda.

Allahu akbar.

 

namun, tidak semua antara kita yang akan menikmati mawaddah dan rahmah ini.

ada pelbagai situasi yang timbul kesan dari beberapa perkara.

ada yang menikmatinya hanya di awal2 usia perkahwinan mereka.

ada yang baru saja kehilangannya bila rahsia kecurangan suami baru saja terbongkar dan bagai.

ada yang suami baran dan suka marah2 serta bersikap kasar dengan isteri dan anak2nya.

hakikat sebenarnya ramai aje suami2 di luar sana yang mengabaikan sunnah Rasul dalam melayan keluarga mereka.

isteri tidak mampu keluar dari rasa derita kesan daripada sikap suami ini.

 

jika boleh mengadu pada yang berkuasa untuk tindakan mahkamah syariah, andai itu pilihan nya, maka doa agar ALLAH beri kekuatan.

apa2 juga keputusan isteri, sama ada mahu pertahankan perkahwinan baik secara terpaksa atau tidak, atau mahu selesaikan di mahkamah syariah, kena ada ikhlas.

 

ikhlas kerana ALLAH.

janji dan sumpah kita dalam solat,..

sesungguhnya hidup dan matiku hanya kerana ALLAH swt.

 

pilihan suami untuk bersikap kasar dengan isterinya, …

 

isteri kena nampak, atas pilihan itu ALLAH beri izin.

apakah suami boleh  berkata sesuka hati dan bertindak tanpa sempadan, dan ALLAH biarkan saja?

apa pendapat anda?

inilah sangkaan kita dengan ALLAH.

apakah kita mampu nafikan makhluk berkuasa dan yaqin kekuasaan hanya semata pada ALLAH swt?

atau hati tidak mampu terima, hanya nampak suami yang pilih, suami yang buat?

 

ini tersirat.

 

memang suami pilih, memang suami buat, tapi suami tiada kekuatan.

yang beri kekuatan adalah ALLAH swt.

 

walau pun pilihan suami itu buruk dan beri kesan serta impak besar yang sangat buruk pada rumah tangga? pada isterinya sendiri? pada anak2nya sendiri?

 

ye walau seburuk manapun kesannya.

 

Allah yang beri izin.

adakah ALLAH tidak tahu kesan yang diterima oleh isteri dan  anak2 yang tidak tahu apa?

yang tidak berdosa?

 

ALLAHU AKBAR.

 

Allah Maha bijaksana, maha mengetahui. maha adil dan Maha menguruskan semua hambaNYA.

 

sedang tiada suatu pun qadar dan qadar ALLAH itu buruk kepada hambaNYA walau nampak ia buruk.

 

qada dan qadar Nabi Ibrahim adalah masuk ke dalam  api besar yang terlalu besar sehingga tidak padam2 walau berapa lama dan untuk masukkan nabi ibrahim dalamnya saja pun memerlukan lastik yang sangat besar dek kerana terlalu panas.

 

malaikat datang offer untuk menyelamatkan nabi as. tapi kata nabi aku pilih pilihan ALLAH swt.

 

pilihan ALLAH adalah nabi Ibrahim masuk ke dalam api.

allahu akbar.

 

bayangkan, api sedang marak, bukan kecil tapi lebih besar dari bangunan sepuluh tingkat, nak dekat sajapun tak mampu apatah lagi untuk dicampakkan ke dalamnya.

 

malah nabi ibrahim dah dapat offer pertolongan dari malaikat yang jika baginda terima maka Allah akan biarkan tapi apa jawab nabi?

aku mahu ALLAH.

allahu akbar.

 

ikhlasnya baginda dengan qada dan qadar ALLAH swt.

 

belum arahan ALLAH untuk sembelih anaknya sendirii lagi,..

Subhanallah.

 

mari kenang dan muhasabah diri kita.

 

kenang dan muhasabah dari hati.

 

sejauh mana kita mahu tuju ALLAH?

kalau ALLAH beri suami, beri anak2, yang mana suami atau anak2 itu tidak membahagiakan kita, kita nampak apa?

 

apakah kita nampak mereka berkuasa?

 

jika itu, maka hati akan menderita tanpa kesudahan.

 

ikhlas nampak semuanya dari ALLAH.

Allah beri izin pilihan suami.

 

yang nantinya akan dibalas.

jika baik, baiklah balasanNYA, jika sebaliknya maka itulah yang akan diterima.

 

respon orang yang terbabit secara langsung dengan pilihan suami juga akan dihisab dan diberi balasan.

 

suami kasar, baran, mudah keluarkan kata2 kesat, dia berdosa dengan makhluk dan berdosa juga dengan ALLAH kerana melukakan hati hambaNYA.

respon orang  yang disakiti?

nak balas dengan kata2 kesat juga?

samalah mereka berdua.

 

tapi bagaimana nak melayan orang yang kasar dengan  kita, dengan layanan yang  baik seolah hati tidak  terkesan dengan layanan buruknya.?

 

pertamanya,  hati kena tidak terkesan dengan makhluk, mesti hanya terkesan dengan ALLAH swt sahaja.

nak dapat? kena doa.

keduanya, mesti nampak makhluk tiada kuasa.

ketiga, mesti yakin ALLAH maha mengetahui .

keempat hati perlu dimasukkan bahawa kita layan dia baik kerana ALLAH swt.

ikhlas semata kerana ALLAH.

inshaallah.

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s