Ibadah kehidupan


whatyoucando Allah Maha agung. Allah maha besar.  Allah lah segalanya. Allah Maha pengasih.  

Dunia ini hanya tempat mencari bekal. Jalan hidup setiap hambaNYA yang diatur oleh Allah tidak akan pernah sama. Tetapi matlamatnya sama, mengutip perbekalan sebanyaknya untuk kehidupan yang abadi di alam sana.

Allah memberi ilham kepada setiap jiwa yang diciptaNYA untuk memilih jalan kefasikan atau jalan kebenaran. Beruntunglah yang mensucikan rohnya dan merugilah yang mengotorinya.

 

Namun, untuk mendapat kasih sayang Allah swt  seluruh kehidupan mesti menjadi ibadah. seluruhnya? ye, seluruhnya.

fuhhh..

payahnya…..       memang payah.

namun, Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Allah memberi kita kekuatan. jika kita meminta dariNYA.

berdoa lah.

doa agar kita diberi kekuatan untuk menjadikan seluruh kehidupan kita sebagai ibadah.

bagaimana?

untuk setiap sesuatu yang kita lakukan diterima ALlah, kerana hanya amalan yang diterima Allah sahaja yang dianggap sebagai ibadah, maka setiap sesuatu amalan itu bersyarat.

1. mesti berniat terlebih dahulu, niat buat sesuatu hanya kerana ALLAH. niat dengan sedar dan dari hati.

 

untuk seluruh kehidupan?

kita dah berjanji dalam solat setiap hari seawal subuh lagi untuk kita sembahkan solat , ibadah, hidup dan mati kita hanya untuk Allah semata2.

masa baca mesti dari hati dan fahami maksudnya.

 

amalan khusus mesti berniat khusus.

2. mesti ikut syariat dan sunnah Rasulullah saw.

Allah hantar dan utus Rasulullah sebagai panduan untuk kita contohi. Kehidupan, cara hidup Rasulullah, fikirnya, diamnya, ibadahnya , seluruhnya adalah sunnah baginda saw.

orang yang mahu tuju Allah, mahu jadikan seluruh kehidupan adalah ibadah, maka kena tahu dan cari ilmu bagaimana sunnah Rasulullah dalam kehidupan dan mengamalkannya.

buat ikhlas kerana ALLAH swt.

muga ALLAH masukkan kita dalam golongan ini. Ameen Allahumma ameen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s