Mencipta bahagia


jangan sekali2 meletak rasa bahagia pada makhluk, kita akan kecewa. makhluk sentiasa mahukan yang perfect dan sentiasa membilang kelemahan makhluk lainnya, sentiasa cenderung untuk lupa kesilapan dan kelemahan kita sendiri, … jika tidak masakan wujud peribahasa kuman di seberang lautan , nampak, gajah di depan mata, tidak nampak…..

 

baiki hati kita, caranya dengan doa. untuk mengubah sifat, kita tiada kekuatan, caranya dengan doa dan ikhtiar terap sifat itu. mahu sabar, doa dulu agar Allah kurniakan sabar dalam diri. kemudian tekan hati untuk sabar, bila nak marah, tekan hati untuk berdiam diri, jangan bercakap sepatahpun, walau kena marah kerana tidak bercakap.

 

bila dah tenang, bagitahu baik2 kita tak mampu nak bercakap bila marah kerana jika kita buka mulut tatkala marah, sebaik je mula bercakap, nafsu akan membuak2 dan akan balas membalas sehingga suasana akan jadi lebih teruk.

 

ingat pesan Rasulullah saw, jika tidak mampu berkata yang baik2, maka lebih baik berdiam diri.

 

ingin miliki hati yang bahagia?

 

doa agar Allah beri bahagia. kemudian ikhtiar untur serap rasa bahagia dalam hati.

muhasabah kenapa tidak bahagia. doa atas asbab muhasabah itu. kemudian ikhtiar serap bahagia, buat lagi dan lagi.

 

Allah tidak akan mengubah nasib kita, melainkan kita ikhtiar .

 

Allah itu sebagaimana sangkaan hambaNYA.

sentiasa sangka ALLAH akan beri ikhtiar kita, akan maqbulkan doa kita, Inshaallah, kita akan dapat.

 

dimarah, dihina, dicaci, dijadikan ‘punching bag’, ? fikir,.. apakah kita mampu sabar? jika tidak, fikir, apakah kita mahu keluar dari masalah ini?

jika mahu keluar, bagaimana?  jika mahu sabar , bagaimana?

 

Allah itu Maha Adil dan Maha pengasih.

 

hambaNya yang bertaqwa, maka akan diberiNYA jalan keluar dari sumber yang tidak disangka2.

 

semuanya dari ALLAH. tiada satupun dengan kekuatan makhluk.

 

jalan menuju syurga dan jalan menuju Allah itu penuh ranjau dan duri, kerana syurga itu mahal, malah eksklusif.   jalan menuju neraka , indah dan mudah kerana neraka itu sangat murah. sesiapapun boleh masuk. ikut je hawa nafsu, nafsu ammarah dan lawwamah.nescaya mungkin neraka tempat kita. Nauzubillah.

 

sentiasa gembirakan orang, niat ikhlas kerana ALLAH. hati akan bahagia. ALLAH yang beri bahagia.

 

orang melukakan hati kita, maafkan.

susah? siapa kata mudah. kerana itu sesiapa yang mampu memaafkan syurga hadiahnya. rezeki bertambah2 dan sihat tubuh badannya.

 

asyik kita je kena sabar? suami tak payah sabar? hal ini kita tak akan pertikai bila nanti kita nafsi, nafsi di padang masyhar. baru kita nampak kenapa kita kena  peduli hal kita, kenapa kita kena banyak sabar, dan ikhtiar untuk orang lain sabar dengan doa, jika Allah beri, alhamdulillah, jika Allah tak beri, usaha dengan doa lagi, dan lagi. buat sentiasa..

 

inshaallah. Allahu akbar.

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s