Meredah rasa


Rasa hati wanita sangat halus. Mudah emosi dan mudah tidak terkawal.

malangnya, jika wanita itu menyedari hal ini DAN menjadikan hal ini sebagai alasan untuk semua perkara.

 

ketahuilah , kaum hawa itu Allah jadikan kuat semangat dan tabah .

jika kita tahu kita mudah emosi dan jika dah beremosi pula sukar dibendung , maka  kita kena tabahkan hati dan kuatkan semangat untuk tidak mengikut aliran emosi itu. cepat patahkan sebelum emosi berleluasa.

 

kena buat, jika tidak kita hanya  akan merosakkan diri kita sendiri sahaja.

 

persoalan yang selalu bermain dalam kepala tentang apa yang pihak lain perlu buat untuk mengekalkan hubungan baik dalam sebuah ikatan sebenarnya tidak perlu dilayan.

 

kalau nak difikir, kita kena bagitahu, hasil buah fikiran tu, jika dah diberitahu, masih tidak berubah, hati makin sakit,..

 

jalan terbaik, apa yang tersirat dalam hati, doa dengan Allah, bangun munajat denganNYA , bersunyi2an dengan Allah , bercerita hasrat hati kita,.. ikhtiar untuk kita berubah.

 

teruskan doa.

 

amalkan sunnah Rasulullah. baiknya membaca hadis rasulullah bersama2 keluarga .

 

membaca hadis setiap hari untuk didengar bersama2 ahli keluarga akan membawa nur dalam rohani , membawa nur dalam hati, membawa nur dalam diri,..

 

hati akan tenang.

hanya hati yang tenang akan merasa bahagia dan mudah dibentuk.

 

banyak hadis2 rasulullah bercakap tentang cara mendidik wanita, memberi kasih sayang dalam keluarga, melayan isteri dengan baik , lemah lembut dan bersopan santun.

 

bacaan hadis begini adalah teguran terbaik untuk seluruh isi rumah, sementelah bacaan hadis junjungan besar yang menjadi kekasih Allah akan menarik cinta ALLAH dalam rumah tangga.

 

keluarga akan dipenuhi rahmat, taufik , hidayat Allah dan barokah sehingga sukar untuk bergaduh dan berselisih pendapat .

akan terbentuk keluarga bahagia dan akhlak mulia.

 

suami akan terdorong untuk melayan isteri dengan baik, isteri akan jadi sabar dan tabah dan anak2 terbimbing sahsiahnya ke jalan yang lurus.

 

hati tenang dan tidak resah.

 

hiduplah dengan penuh kasih sayang dan bertolak ansur, .. layanlah pasangan dengan baik ikhlas keranaNYA.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s