Senyum dan tangis


Kerana itu hidup di dunia  ini sekadar mencari bekalan buat kehidupan abadi di akhirat sana.

Tidak boleh terlalu bergembira dan tidak boleh terlalu bersedih.

 

dan jangan sesekali hidup dalam kesombongan dan keangkuhan. memandang rendah kepada yang lain walaupun yang terangan hidup dengan cara yang hina.

 

kerana Allah dengan kekuasaanNYA, rahmatNYA dan keagunganNYA mampu aje menukar taqdir seseorang dari yang hidup dengan cara yang hina menjadi di antara para waliNYA. Allahu akbar.

 

hati yang menuju Allah, mencari Allah ,sentiasa merasa akan kehebatanNYA , sentiasa mahukan keredhoanNYA, akan nampak yang semua perkara adalah dariNYA walau ia membawa senyuman di bibir atau pedih di hati sekalipun.

 

tidak langsung nampak kekuatan manusia atau makhluk di sebalik semua perkara.

 

itulah yang perlu kita cari. yang perlu kita usahakan.

 

muga dengan rahmatNYA , Dia memasukkan kita ke dalam hambaNYA yang sentiasa diberiNYA petunjuk yang lurus. iaitu jalan yang lurus yang telah diberikanNYA kepada hambaNYA yang diberi nikmat, bukan jalan yang diberiNYA kepada hambaNYA yang dimurkaiNYA atau jalan yang sesat lagi menyesatkan.

Allahu akbar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s