Dunia ini milik ALLAH swt


Itu yang sebenarnya.

Kita hanya diciptakan oleh Allah swt mengikut pengetahuanNYA. malah penciptaan kita dipersoal oleh para malaikatNYA yang tidak pernah membangkang apa jua dari ALLAH swt.

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?””[al-Quran 2:30]

Allah berfirman pada penghujung Ayat 30 Surah Al-Baqarah untuk menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu:

“Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya””[al-Quran 2:30]

Allah mencipta syurga dan neraka dan mencipta dunia ini untuk dihancurkanNya serta mencipta pelbagai makhluk untuk diujiNYA.

Allah Maha Adil, Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

 

Manusia diciptakan dengan jasad dan roh.

Roh yang pertama2 Allah ciptakan dan apabila roh ditiup ke dalam rahim ibu, maka jasad kita membentuk, dan dalam pengetahuan dan aturanNYA bagaimana keadaan kita, wajah , rupa bentuk tubuh, jodoh rezeki dan ajal maut semua hambaNYA.

Dan diberiNYA kita jalan pilihan,…

 

Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);

A008Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; –

A009Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),

A010Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

 

hati yang mnegenal Allah, yang hanya terkesan denganNYA, itulah hati yang kita mahu.

 

Kekuatan roh dan rohani yang tinggi, itulah yang perlu kita usahakan.

 

dimasukkan dalam semua hambaNYA unsur  nafsu kecuali para malaikatNYA yang mulia.

dan dengan nafsu itu kita diuji.

jika kita berada dalam nafsu ammarah, maka jalan yang kita tempah adalah jalan ke nerakaNYA.

 

semua yang berlaku pada kita dalam aturan dan pengetahuan ALLAH swt.

kita diberi akal untuk memilih.

namun penggunaan akal mesti berdasarkan syariat RAsulullah saw dan kitabullah.

 

perit untuk kita mendengar nasihat2 yang berbaur mengalah, bersabar dan redho.

 

kita mahu keadilan.

kalau suami melukakan hati isteri, isteri itu mahu supaya ada pembalasan untuk melukakan hati suami juga.

jika suami curang atau tidak melayan isteri dengan baik, maka isteri mahu supaya ada balasan untuk suami merasa hal yang sama.

dan bagai,..

 

ketahuilah, kita semua pasti akan dibalas.

hatta sebesar zarah pun amalan baik atau buruk kita , kita pasti akan dibalas,

 

jika ditanya apa kita makan sahur tadi, inshallah kita ingat, tapi jika ditanya tanpa melihat rekod jika ada catatan, apa yang dimakan dua tahun lepas , kita dah sukar utk ingat, minggu lepas pun belum tentu kita ingat..

tapi ALLAH swt mencatat segalaNYA dan akan membalas SEGALANYA.

hatta lintasan di hati kita.

tetap akan mendapat balasan ALLAH swt.

 

Dunia ini milik ALLAH swt dan kita juga hanya hambaNYA yang juga milikNYA.

apa yang diberi kepada kita, taqdir kita, qada dan qadar kita, semua hakNYA.

 

apa layak seorang hamba mempersoalkan TuhanNYA?

Dia yang Maha Berkuasa, hanya Dia tempat kita berserah diri sepenuhnya.

 

ALLAHU AKBAR

7 thoughts on “Dunia ini milik ALLAH swt

  1. Salam Puan,

    Terima kasih atas catatan yang sangat menarik dan bermakna. Mohon izin jika boleh saya share tulisan puan di facebook saya?

    Terima kasih.

    Syuhaida A.W.Z Sent from my iPad

    >

  2. alangkah baiknya kalau kesedaran dalam mendidikan dan menjaga isteri dan anak-anak ini diberikan secara terperinci kepada suami suami daripada suamilah lahirnya sebuah keluarga yang bahagia yang akan menjadikan sebuah negeri yang aman dah akhirnya sebuah negara yang makmur dan juga suatu golongan umat islam yang sempurna. Kalau suami suami hari ini sudah tidak ada kesedaran itu semua bagaimana nak menwujudkan sebuah keluarga yang baik yang juga mewujudkan umat islam yang sejati. dan supaya mereka juga sabar dengan kerenah isteri dan belajar redho dengan segala kekurangan isteri, ini tidak asyik asyik isteri yang misti sabar, mesti redho, kenapa suami tidak perlu ada redho dalam diri mereka, bila dah rasa senang walaupun dah tua nak mati tapi masih mengatal,alasan diberi takdir allah, bukankah takdir yang baik datang dari Allah dan takdir yang tidak baik datang dari diri sendiri, sebab itu Allah ciptakan akal dan ciptakan syurga dan neraka, bukankah untuk kita berfikir jalan mana yang kita mahu, mengikut segala suruhan allah untuk menuju ke syurga dan mendapat rahmat allah dan sebaliknya. Kita diuji kerana Allah nak tau setakat mana umatnya mampu, kalau semuanya itu telah diatur bukan lah dinamakan ujian. kerana takdir Allah yang menentukan kalau kita buat begini akan jadi begini dan kalau kita buat begitu akan jadi begitu. Jadi pilihan untuk jadi baik atau jahat kita yang menentukan.Kita tidak menafikan takdir allah tapi jalan melalui takdir Allah itu kita yang fikirkan, contoh isteri kedua yang cuba menawan seluruh hati suami dengan cara paling halus iaitu mensihirkan isteri pertama supaya jadi sakiat dan tidak berdaya mengurus suami dan rumahtangga. Kesakitan dihadapi pihak doktor pakar mengesahkan sihat dan tiada ubat diberi alasanya tidak sakit. sihir dilakukan allah izinkan ,tanpa izin allah semua itu tidak berlaku, isteri pertama boleh membalas balik dengan cara yang dilakukan isteri kedua tapi akal mengatasi nafsu tidak tergerak hati melakukan itu semua, hanya berdoa pohon dilindungi tapi dah hampir 2 tahun sihir demi sihir dihantar Allah izin kan.tolong perjelaskan semoga saya tidak terkial kial mancari kebenaran tentang takdir Allah.

    1. Allahu Akbar. Banyaknya silap faham awak terhadap taqdir Allah. Sesungguhnya dunia ini Bergerak dengan dua nizam. Nizam ghaib dan nizam zahir. Nizam ghaib adalah Allah. Nizam zahir adalah makhlukNya yang sebenarnya juga dariNya. Nizam ghaib sentiasa mengatasi nizam zahir.

      Walau nampak seolah pilihan dibuat oleh manusia tetapi tanpa kekuatan dan izin dariNya, mustahil sesuatu pilihan manusia itu berlaku. Taqdir, baik ia baik atau buruk, semuanya adalah dari Allah. Hanya DIA yang dengan pengetahuanNya dan kebijaksanaanNya maha mengetahui kenapa sesuatu itu diatur sedemikian rupa. Kits, makhlukNya tiada upaya.

      Jika tanpa izinNya, Walau usaha sakan sang suami untuk bermadu tak Akan mungkin berlaku . Dan bermadu pula , Walau baik atau buruk nasib rumah tangga nya , juga dalam pengetahuanNya . Mana mungkin Allah menzalimi hambaNya. Pasal sihir pula, walau berkumpul seluruh tukang sihir yang paling hebat di dunia ini, jika Allah tidak mengizinkan, tidak Akan berlaku sihir itu. Jika benar seseorang disihir, maka Ada hikmah di sebaliknya . Hatta rasulullah, kekasih Allah sendiri diizinkaNya terkena sihir. Sihir petanda rahmat. Rahmat untuk kenal Allah. Rahmat untuk terusan ikhtiar dan dalam pahalaNya selagi mana hambaNya tidak putus asa . Rahmat untuk membina sifat2 mulia yang jika mampu diterapkan , maka syurga milik hambaNya . Perlu usaha dan ikhtiar rawatan sihir. Itu sunnah Rasulullah saw.

      Suami dan madu bukan jalan bahagia dan damainya hati seorang hambaNya . Orang yg punya suami yg sejahat Firaun pun boleh bahagia, bahagia dengan janji2 Allah.

      Orang yang bermadu 9 seperti Aisyah juga mampu bahagia.

      Syarat bahagia dan punya hati yang damai bukan suami atau monogami, tapi syaratnya adalah punya sekeping hati yang Ada Allah, hati yang kenal Allah, hati yang MERASA kehebatanNya dan hati yang sentiasa bergantung hanya kepadaNya. Allahu Akbar.

      Itu hakikatnya, namun untuk memilikinya adalah satu perjuangan, mujahadah dan pencarian serta ikhtiar berpanjangan. Namun, jika ber terusan di ikhtiar, inshallah Allah Akan beri.

      Suami adalah ketua keluarga . Memang sepatutnya dialah yang perlu membimbing ahlinya ke jalan Allah. Namun, kekuatan untuk mendapat itu adalah juga dariNya.

      Lalu, sebagai isteri kita boleh ikhtiar dengan doa dan usaha dengan rawatan. Inshallah.

      Saya bersimpati dengan nasib awak, mungkin boleh di ikhtiar buat rawatan. Boleh hubungi saya utk tahu syarat, jika setuju dengan syarat, inshallah boleh dirawat. Muga Allah beri mawadah dan rahmah.

      1. memang ada rahmat disebalik sihir itu, saya jadi lebih tau tentang ayat ayat allah dan sering mengamalkan membaca Quran dan tidak lupa setiap hari membaca yassin selepas solat bagi melindungi diri dari semua itu sehingga bacaan yasin itu dapat saya baca tanpa melihat baris2nya. dan kesakitan dalam diri saya kalau datangpun tidak lama ia hilang, ketika kesakitan yang tidak pulih baru saya berjumpa ustaz atau bomoh rawatan islam. yang sedihnya kini suami pula melihat saya melayan saya dan hari hari bersama saya adalah kosong saya tidak seperti seorang isteri, memang saya sayangkan rumahtanga yang dah dibina 30 tahun, saya tidak mau runtuh, tapi kadang kadang saya mau lari dari kehidupan ini dan ketika inilah kadang kadang kesedihan yang tidak mampu saya tanggung hati berdetik sedih kerana Allah mengizinkan semua ini berlaku keatas saya, saya cuba pujuk hati tapi kadang kadang hati tewas dengan bisikan bisikan ini. yang kadang kadang rasa putus asa dengan rahmat Allah dan merasai yang saya dipandang hina oleh semua. Apakah ini merupakan satu dosa kerana merasai begitu .

      2. jalan mengenal Allah ini luas. hanya Allah yang Maha berkuasa. Allah yang tidak ada rasa mengantuk dan tidak tidur mengurus dan mentadbir alam imi. Agungnya ALLAH swt. kita hanya hamba. kehidupan kita diatur oleh Allah swt. perjalanan kehidupan kita di tanganNYA. baik atau buruk semuanya dariNYA. dikurniakanNYA kita akal dan diutusNYA kepada kita junjungan mulia, nabi Muhamad saw sebagai petunjuk dan jalan ikutan.

        apa yang kita lakukan, respon kita, amalan kita di dunia ini akan diangkat ke langit dan akan dibalas , kadang2 di dunia lagi Allah telah balas, apatah lagi akhirat nanti.

        amalan yang diterima Allah hanyalah amalan yang dilakukan ikhlas keranaNYA.

        kerana kasih sesama hambaNYA, ingin saya jelaskan pada awak, gangguan dalam diri awak sebenarnya datang dari amalan awak sendiri.

        yang mengizinkan sihir adalah Allah swt. yang menghancurkan sihir juga Allah. tapi dengan betul caranya.

        pengamalan membaca ayat quran dan yasin dengan niat melindungi diri boleh mengundang saka amalan , membuatkan hati mudah berputus asa dengan Allah dan tidak mampu redho. sifat buruk naik tinggi, kerana amalan yang salah niat seperti ini sangat digemari syaitan.

        apa juga amalan kita, ibadah kita, solat kita, mengaji kita, mesti jelas niat dibuat hanya semata2 kerana ALLAH. tidak boleh ada niat lain selainnya atau ada dua niat atau bagai.

        ye, aku baca kerana ALLAH tapi nak lindungi diri aku..

        itu tidak soheh niat kerana ALLAH.

        amalan yang diterima hanya amalan yang ikhlas dibuat semata2 keranaNYA sahaja.

        jika ada niat sampingan, jelas amalan itu tidak ikhlas kerana ALLAH.

        kita buat, kita baca surah yasin tu bukan kerana ALLAH tapi nalk lindungi diri.

        jin, syaitan bukan makin jauh, tapiu makin suka duduk dalam diri dan mengganggu rohani.

        seolah2 ayat quran ada kuasa menghalau jin.

        ayat ALLAH , benar dari ALLAH, benar digunakan oleh Rasulullah saw, oleh sahabat, tapi pergantungan hati bukan pada ayat. iman mereka tinggi. mereka baca dengan niat semata kerana ALLAH swt. sebab tu makin amal, makin baca , makin kuat Islam dan iman.

        kita amal, kita baca tapi hati kita bergantung dengan ayat, nampak seolah ayat ada kuasa, baca yasin, baca ayat qursi, ohh. dah baca yasin, ohh dah baca ayat qursi, dah baca fatihah,… inshaallah syaitan lari,..

        ayat ALLAH tiada KUASA. yang berkuasa ALLAH.

        kalau tidak mampu mensohehkan niat ketika baca yasin, atau amalan lain,doa dulu dengan ALLAH, Ya Allah, aku membaca ayat Mu ini ikhlas keranaMU. hanya Engkau yang berkuasa membantu ku. ikhlaskan niatku hanya semata2 keranaMU. dah habis baca doa agar ALlah memberi kekuatan menghapuskan gangguan. pergantungan hati mesti seratus peratus hanya pada ALLAH, bukan ayatNYA.

        allahu akbar.

        stop amalan yang tidak soheh niat keranaNYA. boleh membawa syirik khofi. dan ini jauh lebih mendatangkan kekuatan gangguan makhluk pada rohani dan jasmani.

        awak akan makin jauh dari Allah. rasa ALLAH tidak adil, mempertikai qada dan qadarNYA dan bagai.

        sekarang gangguan dalam rohani awak, 90%. pada emosi 90%. kena rawat dan rawat naikkan kekuatan rohani, inshaalah awak akan mampu melalui qada dan qadarNYA dan suami akan terasa hari2 bersama awak membawa makna. tapi nasihat saya buatlah rawatan semata2 kerana ALLAH swt. bukan kerana suami atau diri sendiri. rawat untuk kembali kenal ALLAH, agar di usia semakin bertambah ini, kita mampu nampak dunia hanya tempat mencari bekal dan bahagia kita bila hati ada ALLAH swt.

        ALLAHU AKBAR.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s