Adat orang bercinta


orang bercinta ada adat ke?

ada kan….

 

bukan ke orang bercinta itu hatinya sentiasa  menyebut- nyebut, fikirannya sentiasa teringat-ingat, telinganya terngiang-ngiang, siang dan malamnya sentiasa penuh dengan orang yang dicintainya?

 

dia sentiasa berfikir akan keadaan orang yang dicintainya, sentiasa risau akan diri orang yang dikasihinya, dan sentiasa mengharap yang orang yang dicintainya itu juga teringat, rindu dan memikirkan akan hal dirinya,..

jika ada perkhabaran tentang orang yang dicintainya itu, hati terus tersentap dan khusuk mendengar setiap  perkembangan….

maka itulah antara adat orang bercinta..

 

 

setiap luahan hati, detik waktu berlalu, tiada lain di hatinya melainkan yang dicintainya sahaja

 

apakah pandangan dia jika aku buat begini

ingatkah dia padaku

dan bagai,..

 

Allahu  akbar

sungguh indah dan asyik ,..

bahagia hati jika yang dicintai merindui dan sentiasa terkenangkan dirinya juga,..

 

atas rasa cinta inilah sebenarnya Allah swt sentiasa menghantar ujian kepada hambaNYA,..

 

agar yang sentiasa di hati setiap hambaNYA adalah DIA, zat yang maha mulia yang selayaknya dicintai dengan sepenuh jiwa dan raga,..

 

dengan mengikut syariatNYA dan jalan sunnah RasulNYa.

 

orang yang hatinya penuh cinta pada ALLAH Rabuul izzati, setiap detik , setiap saat hatinya meruntun untuk bertemu TuhanNYA.

habis satu solat fardhu, tidak sabar menanti solat fardhu yang lain, istiqomah dengan amalan sunat walaupun sedikit,..

sentiasa berusaha mengamalkan sunnah junjungan..

 

inilah orang yang tenang jiwanya.

setiap musibah pasti Allah dulu yang diingatNYA untuk mohon bantuan…

 

kerana jika Alah di hatinya mana mungkin bantuan makhluk yang diharap, pasti Allah dulu dalam ingatan untuk bergantung harap

 

allahu akbar

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s