Cinta


Semua dari kita Allah ciptakan dengan keinginan untuk dikasihi dan mengasihi

ini adalah sunnatullah

tanda kasih Allah kepada hambaNYA.

Cinta

Rasa cinta

hati yang mencintai penuh dengan bunga2 indah

mekar mengharum

mewangi

 

alangkah indahnya jika yang kita cintai juga mencintai kita

walau cinta kita secubit cuma tapi cintanya selautan

walau dosa kita menggunung tinggi, tapi kerana cintanya kepada kita, tidak diendahkannya dan dengan mudah memaafkannya

berapa kali kita silap baru dia berhenti memaafkan?

banyak mana dosa kita padanya baru kering kemaafannya?

 

sekali. dua kali, puluhan kali, ratusan kali atau jika ribuan kali, bagaimana?

masih adakah kemaafan untuk kita?

 

alangkah indahnya jika yang kita rindui, juga merindui kita

walau rindu kita sekelumit cuma

tapi rindunya pada kita melaut luas

walau kelemahan kita sebanyak butiran pasir di pantai tapi dia tetap meganggap kita istimewa

 

hanya kerana hati kita ada cinta

cinta kepadanya..

walau hanya sekecil zarah

 

 

ramai yang mengadu hatinya bagai terhempas ke batu

kerana dilukai oleh orang yang dicintai

berkecai retak seribu

bagai sudah tak boleh dirawat lagi,…

 

apabila teringat perbuatan dan perkataan yang pernah dilontar oleh orang yang dicintai, ibarat luka yang ditaruk garam atau disimbah cuka

beginikah hakikat cinta?

 

sentiasa pedih, sengsara dan merana?

 

bagaimana dikata cinta itu indah dan berbunga2?

wangi dan harum bak mawar yang mekar…

 

apa salah kita?

di mana silap kita?

 

cinta

memnag sebenarnya harum, indah dan berbunga

kerana ini adalah sifat mulia

yang dimasukkan Allah swt ke dalam hati setiap hambaNYA

 

setiap dari kita memang akan ada rasa cinta

sedari lahir lagi..

cinta kepada ibu dan bapa

cinta kepada adik beradik

orang2 di sekeliling…

 

lalu, bagaimana untuk dapat cinta yang indah?

 

tiada apa yang lebih indah jika hati kita mampu meletakkan cinta pada zat yang tepat, pada zat yang mencipta cinta itu sendiri,..

tiada hati yang akan terluka, jika hati kita ada cinta yang dalam kepada YANG MAHA ESA,..

tiada hati yang akan merana jika cinta kita semuanya didasarkan kepadaNYA,..

 

apa itu cinta yang didasarkan kepadaNYA?

iaitu cinta yang kita letak kepada kedua ibu bapa kita kerana itu cinta yang Allah suruh

itu cinta yang ada dalam hati kita kerana ALLAH perintah,

berbuat baiklah kamu kepada kedua ibu bapa kamu

terutama ibumu yang mengandungkan kamu dalam keadaan lemah dan bertambah lemah,..

Allah perintah

 

ini lah cinta yang bersandarkan cinta pada ALLAH

kerana hati kita yang terlalu dalam cinta kepadaNYA maka kita cinta kedua ibu bapa kita  ,..

 

cinta pada anak2,..

ini cinta yang dimasukkan oleh Yang MAha Pengasih

kita cinta kepada anak2 kita kerana Allah beri

walau seteruk mana anak2 kita, kita tetap cinta pada mereka

ini cinta bersandarkan cinta pada ALLAH swt

kita cepat memaafkan dan cepat sabar

kerana kita ingat mereka adalah amanah Allah swt,…

lalu kita insaf

 

cinta pada pasangan

pada suami

kerana ALLAH perintah

taat dan patuh pada suami selagi tidak bercanggah dengan syariat kerana cinta kita  pada ALLAH swt

maka kita taat dan patuh pada suami

kita hormati suami

kerana ALLAH suruh

bukan kerana diri suami itu sendiri

 

lalu kerana cinta kita pada suami bersandarkan cinta kita yang mendalam pada ALlah swt maka kita bersabar dengan kerenah dan ujian yang kita terima melalui suami

jika cinta kita pada suami disandarkan pada cinta kita yang mendalam pada ALLAH swt, mana mungkin hati kita akan kecewa?

kerana kita tahu , kita ada cinta sejati

kalau suami buat hal, hati tidak akan merana, kerana hati kita sudah penuh dengan cinta yang indah , berbunga2 dan harum,..

tidak akan bercampur duka dengan hati yang mekar mewangi,..

keharuman cinta kita itu tidak mampu ditembusi dengan kelukaan yang dibawa oleh cinta makhluk

malah ujian yang dibawa melalui cinta makhluk hanya membuatkan cinta kita kepadaNYA semakin mekar dan harum

 

allahu akbar

marilah bercinta dengan NYA

masukkan cinta sejati kepadaNYA

penuhkan seluruh sukma kita dengan cinta kepadaNYA

banjirkan seluruh jiwa dan raga kita dengan cinta yang tidak berbelah bahagi dengan NYA

sandarkanlah seluruh cinta kita kepada makhlukNYA hanya kepadaNYA

 

maka kita akan bebas dari kesedihan

inilah penawar duka sejati

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s