HAKIKAT KEHIDUPAN


Allah Yang Maha berkuasa mengatur kehidupan semua hambaNYA dengan begitu baik sekali, tiada langsung cacat dan celanya.

semuanya indah dan penuh kecantikan.

Apa yang diberi kepada setiap hambaNYA semuanya dengan penuh kasih dan sayang.

Tiada suatu apapun dalam kehidupan hambaNYA tiada dalam pengetahuanNYA.

 

Semuanya dijalankan, dilaksanakan dengan penuh teratur dan licin.

Sifat pengasih dan penyayangNYA tidak terjangkau dek pemikiran .

sifat pemaaf dan pengampunNYA tidak terbatas.

 

Allah lah yang maha pengasih.

DIA memberi kepada kita qada dan qadar terbaik untuk setiap orang.

Mana mungkin ALLAH yang maha Adil bersifat zalim?

Mana mungkin ALLAH yang Maha Pengasih mengkhianati hambaNYA?

 

ALLAH swt, hanya DIA ILLAH yang wajib disembah.

Hanya DIA , Rabb seru sekelian alam, tempat seluruh hamba bergantung harap.

 

Seorang isteri , walau apa status dirinya, bukan suami tempat meletakkan sepenuh harapan, malah sebenarnya sekelumit harapan pun tidak boleh diletakkan pergantungan hati kepada suami,..

 

siapa tempat kita berserah? siapa tempat kita mengharap? siapa tempat kita bergantung seratus peratus?

ALLAH

seratus peratus

0.0000001 atau lebih  kecil darinya pun tidak boleh kita serahkan pergantungan atau harapan pada  makhluk.

baik ia suami, ibu bapa, sedara mara, sahabat handai, rakan sekerja, atau majikan malah sesiapapun,….

tiada.

nil.

zero.

 

hati kita milik ALLAH swt.

serahkan bulat2 padaNYA.

 

mencintai orang yang paling dicintaiNYA, Rasulullah saw. Nabi Junjungan kita.

ikuti sunnah nabi bukan pertikai sesuai atau tidak di zaman kini,

kita ikut dan amal, bukan kerana ilmu logik akal kita, kita buat kerana ia sunnah Rasulullah saw.

 

finish.

tiada perdebatan.

 

apa sahaja yang nabi buat, nabi amal, nabi makan, nabi minum,..

 

itulah ikutan kita,…

 

kita buat kerana ikut sunnah nabi,

kita buat kerana kasih kepadanya

dan kerana kasih  pada yang  Mencipta Rasulullah dan yang mengangkat serta memuliakan RAsulullah itu sendiri.

 

atas sebab itu sahaja.

 

lakukan dengan hati yang ikhlas kerana ALLAH semata

hati yang mengharap keredhaanNYA

hati yang mahu mencari pandangan NYA supaya jatuh kepada kita dengan penuh kasih dan belas.

pandangan rahmat dan rahim.

 

bukan pandangan amarah apatah lagi langsung tidak dipandang ALLAH swt.

 

ALLAHU AKBAR.

 

Kita hidup di dunia ini ada maksud. bukan sekadar hidup, hanya melalui  masa dan tika, hari demi hari , mencecah tahun ke tahun.

sedang tidak ALLAH jadikan kita dan makhluk jin, melainkan untuk beribadat kepadaNYA.

24/7.

setiap detik.

 

kelak akan dihitung amal kita dan diberi balasan walau sebesar zarah.

 

Kita hidup di dunia ini hanya sementara.

tempat kita bukan di sini.

jangan terpesona dengan tempat yang kita hanya singgah sebentar cuma.

jangan terlupa dan lalai yang tempat ini, dunia yang kita sedang hirup udaranya sekarang ini, hanyalah fana,.. tidak kekal. namun penuh kepura-puraan.

 

dunia ini yang hati kita sentiasa merintih , merana , tersiksa jiwa dan raganya kerananya, tidak dapat membantu kita, tidak mampu memberi apa2 kebaikan sekalipun,.. walau sekecil zarah, walau sebesar atom.

 

makhluk yang hati kita duduk berduka lara kerananya langsung tidak mempedulikan kita di hari yang mana semua diri nafsi, nafsi.

 

sedarlah.

bangkitlah.

bangunlah.

 

didik hati kita. rawat jiwa kita.

hanya menuju ALLAH dan RasulNYA.

 

kumpulkan kekuatan.

bina jati diri.

keluarkan ngauman teguh kekuatan dalaman Islam sejati.

perah kekuatan rohani setinggi arash

terus melayang zooming menujuNYA.

 

hanya DIA, ALLAH, Rabbul izzati.

 

ceriakan hati dengan menerima setiap qada dan qadarNYA dengan berlapang dada, nampak ini dari ALLAH swt.

 

suami tidak melayan kita baik, tidak menunaikan tanggung jawabnya, ada isteri lain, tidak kasih kepada kita sebagaimana kasih kepada isteri lain, tida ini dan tidak itu,..

kita nampak ini dari ALLAH swt.

 

dan kita yaqin setiap sesuatu yang datang dari ALLAH dan semua sesuatu itupun semestinya datang dariNYA adalah sesuatu yang terbaik untuk kita.

kita yaqin, hak kita sebagai hambaNYA adalah sentiasa berusaha membaiki keadaan kita kerana kita tahu ALLAH tidak akan mengubah nasib seseorang, melainkan dia sendiri yang  mengubahnya.

namun kita juga tahu pergantungan hati kita bukan pada usaha kita untuk mengubah nasib kita itu tetapi hanya padaNYA yang satu.

kita hanya hamba.

usaha , ikhtiar, bertindak, mengatur strategi, merancang dan bagai adalah perlu, kerana ia adalah sunnah.

namun, kekuatan pergantungan tetap padaNYA dan seiring dengan pelbagai usaha dan ikhtiar, doa lah yang mampu merubah segalanya.

baru meletak tawakal.

pergantungan hati total kepadaNYA

tidak berbelah bagi.

 

bulat dan padu hanya pada ALLAH swt.

 

Allahu akbar.

 

hidup di dunia dengan mata hati, basheeroh, dengan bisikan ilahiah, dengan mengamalkan sifat mulia.

ikhtiar dan usaha sungguh2.

inilah jalan Rasulullah saw.

 

hati kena nampak segalanya adalah dari ALLAH swt, dan hidup dengan penuh bahagia.

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s