Kekuatan hati


Kita punya hati .

Sama ada hati kita rapuh, kuat atau ala kadar, ? bagaimana mahu tentukan?

 

Apabila kita memasak atau membancuh minuman, bagaimana kita mahu tahu makanan atau minuman kita mencapai ukuran yang kita mahukan?

Apa penandanya?

Bagaimana kita mahu buat?

Kebanyakan orang akan menggunakan deria rasa kan?

KIta akan rasa makanan atau minuman itu atau jika dah terlalu biasa buat, kita tahu takat dan sukatan bahan, inshaallah akan ok jika kita masukkan bahan atau sukatan yang sama.

 

Jika makanan atau minuman tidak mengikut spesifikasi kita, kita akan cuba lagi,… dan lagi.,… dan lagi,…

 

Lalu, bagaimana kita mahu tahu kekuatan hati?

Apa yang perlu disandarkan?

 

Sebenarnya rahsia hati hanya Allah yang Maha mengetahui, kerana itu kita amat dilarang melukakan hati hamba2 Allah.

Hati lah tempat letak bahagia…. bukan kekayaan , bukan pangkat, bukan darjat keturunan, bukan jua status perkahwinan seseorang,…

 

bujang,

berkahwin

monogami,

poligami

isteri pertama

isteri kedua

dan bagai,…

 

ini semua bukan penentu kebahagiaan,..

 

apa penentu bahagia?

 

sekali lagi kembali pada kekuatan hati,..

 

timbul kembali persoalan, bagaimana mahu tentukan kekuatan hati kita?

 

jawapannnya terletak pada RASA

……………….

 

Hati yang mampu merasa kehadhiran ALLAH swt………..

Hati yang mampu rasa kehebatan ALLAH swt,..

Hati yang mampu rasa bahawa semua kejadian, kesemua qada dan qadar adalah dari ALLAH swt,..

Hati yang mampu rasa keagungan ALLAH swt dan menafikan seratus peratus manusia ada kuasa, makhluk ada kuasa,..

 

hati2 beginilah yang akan diselimuti oleh kebahagiaan…………

Hati yang ikhlas solat, beribadat, hidup dan mati hanya kerana ALLAH swt,….

 

nampak bahawa semua perbuatan manusia pada dirinya adalah dari ALLAH swt, bukan dari makhlukNYA,..

suami begini , suami begitu, orang ini begini, orang itu begitu, anak2 begini, anak2 begitu,… hati nya nampak suami, orang atau anak tiada kuasa berbuat apa yang mereka berbuat,..

 

semuanya dari ALLAH swt.

 

lalu hatinya tenang,…

redho,..

akan penuh dengan kebahagiaan,.

Hati mana yang tidak redho bila tahu sesuatu itu dari perancangan Tuhannya?

pasti akan redho kan?

kerana ALLAH yang merancang.

suami begini, begitu,..

dalam aturan ALLAH…

 

anak begini, begitu,

dalam aturan ALLAH swt,..

 

orang begini, begitu,..

dalam pengetahuan ALLAH swt,..

 

dan tidak ada sesuatu apapun yang berlaku,

kecuali semuanya dalam aturan ALLAH swt,..

 

dan apabila semuanya dalam aturanNYA, dalam perancanganNYA, dalam pengetahuanNYA,.

maka pasti itulah yang terbaik untuk kita, hambaNYA,..

 

sekali lagi,

pasti itulah yang paling baik untuk kita..

kerana kita

hanyalah HAMBA..

 

lalu kekuatan hati itu terletak pada kemampuannya untuk RASA.

bukan sekadar tahu..

tahu ALLAH ada

tahu ALLAH berkuasa

tahu ALLAH mengatur segalanya

tahu ALLAH memberi qada dan qadar

 

tetapi tidak mampu rasa..

 

hati yang tahu , akan terus menderita

hati yang tahu , akan terus berbuat maksiat

hati yang tahu akan terus berkeluh kesah

 

tapi hati yang RASA

rasa ALLAH lah segala2nya

rasa bahawa tiada ILAH melainkan ALLAH swt sahaja,..

 

maka inilah hati yang kuat.

inilah hati yang akan hidup dengan pebuh kebahagiaan

walau apa qada dan qadar dirinya.

 

ALLAHU AKBAR.

 

 

 

tangisan/ air mata
Hati yang terkesan dengan Allah

4 thoughts on “Kekuatan hati

  1. Assalam akak,

    Maafkan sya mengganggu. Di sini sya mempunyai 1 masalah yg amat besar. Di mna sya dan teman lelaki sya suda terlanjur berzina beberapa kali. Kami merancang utk bernikah ssegera mgkin. Namun dlam masa yg sma keluarga teman lelaki sya ingn menjodohkan beliau dgn wanita snegeri. Adakah perlu utk kmi memaklumkn perkara sbenr kepada keluarga teman lelaki sya..kami sgt buntu…ape yg perlu kami lakukan..atau adekah cara utk melembutkn hati keluarganya…

    1. dosa dengan ALLAH swt tidak boleh diwar2kan kepada orang lain kerana ini akan menganiayai mereka perlu menjadi saksi atas dosa yang kita lakukan di akhirat nanti. apa yang awak perlu buat sekarang adalah melakukan taubat nasuha. tahu syaratnya dan buat sungguh2. berkenaan jodoh awak dan pasangan kena doa dengan ALLAH swt. doa dari hati atau buat rawatan untuk bantu keluar dari masalah ini, jika mahu boleh hubungi saya. inshaallah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s