Penawar kebuntuan


Masalah diri terlalu mencengkam sehingga tidak tahu lagi apa yang harus kita lakukan?

lepas satu, satu masalah datang , seolah tiada penghujungnya . jiwa jadi lelah, fikiran buntu, tiada arah, apa yang mahu dibuat?

sudah doa, sudah berserah dengan Allah tapi tetap tiada perubahan pada masalah,.. malah makin bertambah sehingga menyesakkan dada,..

ya Allah, apa yang mampu kita lakukan?

bercerita sana sini , kita tahu tiada kebaikan yang kita terima, malah mungkin memburukkan leadaan, lalu kekadang, ada yang memendam ,.. tapi betulkan jalan ini, kepada yang bercerita kepada sahabat terdekat, betul jugakah jalan ini?

apa sebenarnya penawar kebuntuan?

allahu akbar

perkara pertama yang kita kena betulkan adalah hati kita.

keyakinan kita dengan Allah swt.

Allah swt sangat menyayangi kita. kasihnya Allah kepada hambaNYa melebihi kasihnya ibu kepada anaknya.

walau apa yang berlaku kepada kita, itu tanda kasih Allah.

itu perkara pertama kita kena buat sekarang.

bila fikiran semakin buntu, duduk bersunyian , tunduk dan muhasabah diri. fikirkan dengan mata hati. kena masukkan dalam hati, semuanya dalam aturan Allah, Allah sangat penyayang , Allah sangat baik, Allah sangat pengasih, apa sahaja yang berlaku adalah kerana ALLAH nak perkenalkan diriNYA kepada kita. Allah nak kita berkenalan denganNYA., ALLAH mahu kita meletakkan hati kita sepenuhnya kepadaNYA.

bukan kepada makhluk. tiada siapa yang dapat membantu kita, tiada apa yang dapat mengeluarkan kita dari kemelut masalah kita melainkan DIA sahaja.

kita pandang sekeliling kita, kita lihat dunia Islam kini,..

kenapa begitu ramai umat Islam dibunuh? dihalau dari tanah airnya sendiri?

kenapa Allah memberikan kesulitan kepada hambaNYA?

kenapa ALLAH membiarkan kaum musyrikin menganiaya dan menindas hambaNYA yang beriman kepadaNYA?

semua hal ini berlaku dalam aturanNYA.

umat Islam kini diuji begini agar mereka mampu meletakkan ALLAH swt kembali bertakhta di hati2 mereka. selagi kita tidak meletakkan ALLAH di tempat sepatutnya, maka kita akan terus begini.

begitu juga diri kita dan masalah kita.

kita buntu kerana ALLAH tidak berada di  tempat sepatutnya dalam hati kita.

sepatutnya apa sahaja yang berlaku dalam hidup kita, kita terus nampak ini dari ALLAH swt. mana boleh rasa ini dari makhluk., dia buat begini, si fulan buat begitu,.. dan bagai..

benar manusia membuat pilihan tapi yang mengatur ALLAH swt.hakikat ini benar2 kena ada dalam hati.

hakikat bahawa hanya ALLAH yang berkuasa. bukan makhluk. dan semua yang berlaku adalah dari ALLAH swt,..

inilah penawar kebuntuan.

bila masuk je rasa ini, maka buntu akan hilang, rasa serabut akan pecah, rasa takde arah akan ghaib.

hati yang mampu nampak ALLAH adalah hati yang tidak ada rasa tidak puas hati.

selagi ada rasa tidak puas hati, selagi itu hati mudah buntu.

belajarlah cara bagaimana mahu keluar dari kemelut masalah. jangan berdiam diri sahaja.

ALLAH kurniakan kita rezeki untuk kita gunakan di jalanNYA.  sebagaimana sahabat. sehingga habis harta dan benda. semua diserahkan pada ALLAH swt. berkorban untuk jalan ALLAH .

kita belajar ilmu, keluarkan korban, itu adalah korban di jalan ALLAH. kerana kita mahu ilmu yang mampu bawa kita menujuNYA.

Allahu akbar

 

3 thoughts on “Penawar kebuntuan

  1. ketika masalah melanda,, ku biarkan, dalam hati mungkin satu hari nanti Allah akan tunjukan segala kebenaran. Contohnya berkahwin kerana mertua tidak suka kerana aku ni dari keluarga miskin, kerana tidak disukai aku difitnah sebagai menantu yang tidak menghargai mertua, dikatakan aku ni berbuat macam-macam kerenah kepada mertua, bila mengadu pada ibu kata ibu, sabarlah, layanlah mertua sebaik mungkin, biarlah apa dia nak fitnah, biarlah apa dia nak buat satu hari Allah akan tunjukan buktinya. Aku ikuti nasihat ibu yang merupakan seorang yang amat penyabar dan aku cuba jadi sesabar ibu, akibat fitnah fitnah itu aku menderita disepanjang perkahwinan selama 15 tahun,kadang kadang aku bercerita juga tentang kerenah mertua pada suami tapi aku tahu ia tidak dapat berbuat apa apa dan kadang kadang aku tidak pernah memberitahu kepada nya kerana aku tak mahu ia serabut. masalah ini ku pendamkan seorang diri. Kerana sudah tidak sanggup lagi menghadapi pandangan serong keluarga sebelah mertua terhadap anak-anak aku kerana anak anak aku telah meningkat remaja dan penghinaan yang dilakukan secara terbuka kepada anak-anak ku membuatkan aku berterus terang dengan mertua ku supaya menhentikan segaLA fitnah dan penghinaan terhadap aku, dan aku nyatakan selama ini aku mengetahui segala galanya tapi aku hanya mendiamkan sahaja berpura-pura tidak tau tapi sebenarnya aku tau,kerana mengharapkan satu hari semua itu akan berakhir dan kebenaran akan menjelma. Tapi dari tahun ketahun tidak ada perubahan. Perkara ini juga aku ceritakan kepada adik iparku setelah ia mencadangkan kami semua bergilir gilir menjaga ibunya kerana ibunya kini hampir bergaduh dengan suaminya dan bimbang semua ini akan berlaku penceraian antara dia dan suaminya. Dari sini lah aku mula membuka mulut menceritakan ketakutan ku tentang peragai ibunya itu terhadap aku.aku memang suka ibunya tinggal dengan aku tapi aku tidak yakin yang ia akan tinggal lama dengan aku, seperti selalu duduk sekejap dengan aku kemudian pulang dan cerita cerita yang dia taburkan disekeliling kawasan tempat tinggal aku cukup membuatkan aku menangis. Adiknya terkejut kerana selama ini yang ia tau aku yang membuat macam-macam terhadap ibunya. Hasil dari berterus terang itu akhirnya berakhirlah segala yang telah 15 tahun aku dilayan dan dimalukan begitu oleh keluarga sebelah mertua dan kerana berterus terang dengan mertua juga telah menjadikan ia berubah sikap dan melayan aku dengan baik walaupun tidak sepenuhnya. Alangkah baiknya kalau aku dulu tidak sesabar itu mungkin aku tidak akan menderita berbelas belas tahun. Rupanya kita tidak boleh mengharapkan Allah yang menyelesaikan semua perkara dengan hanya duduk diam saja, ikut saja apa yang berlaku, Allah juga hendak kita berusaha untuk menyelesaikanya, berusaha untuk menjernihkanya bukan tunggu dan lihat sahaja kerrna Allah telah berikan fikiran kepada kita, carilah jalan ke arah kebaikan.

    1. segalanya adalah dalam aturan,.. mana mungkin ALLAH tidak berkuasa?
      kita berdiam diri kerana ALLAH gerakkan hati kita untuk berdiam diri, DIA tidak memberi kekuatan untuk berterus terang dan itulah yang terbaik untuk kita waktu itu.. dan bila kita telah ada kekuatan untuk berterus terang, maka itu kerana ALLAH telah beri kita kekuatan untuk berbuat begitu,..

      dan itulah yang terbaik untuk kita ,..

      siapa yang mengetahui sekiranya berterus terang dari awal, akan dapat hasil yang baik?

      mungkin sekarang ALLAH beri hasil yang baik kerana DIA telah lihat kita telah bersabar sekian lama,..

      hanya ALLAH yang mengetahui,..

      kita? perlu tahu bahawa semuanya dalam kekuasaanNYA,..

      kekuatan hati bukanlah menafikan kekuatan ikhtiar tapi pergantungan hati tidak boleh pada ikhtiar,.. pergantungan hati mestilah hanya pada ALLAH swt semata2.

      baru betul jalan kita, jika tidak bimbang, akan masuk syirik khofi, syirik halus yg tersembunyi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s