kekuatan niat


sedar atau tidak seluruh hidup kita adalah berkisar tentang niat kita.

sebaik celikkan mata, hati telah hidup secara sedar dan semua yang kita lakukan telah mula dicatat samada sebagai ibadat atau tidak.

jika apa yang kita lakukan itu adalah ibadat, maka kita akan diberi pahala, jika tidak, maka sia2lah amalan itu, masa habis, umur terbuang tanpa perbuatan itu dapat dijadikan sebagai bekalan di hari akhirat yang kekal abadi , yang mana semua amalan sangat kita dambakan, untung2 amalan itu diterima Allah dan terlepaslah kita dari neraka jahannam.

allahu akbar.

 

untuk sesuatu amalan diterima oleh Allah atau tidak, maka tentu ada kayu ukurnya. kerana semua yang Allah jadikan ada qadarnya.

lalu, apa iso amalan?

apa kayu ukur sesuatu perbuatan?

bagaimana nak tahu kita dapat apa jika kita bangun pergi bilik air, mandi, pakai baju, siapkan sarapan, pergi kerja dan bagai?

perbuatan gosok gigi, dapat apa?

dapat pahala?  kosong? berlalu sebagai dapat gigi yang bersih semata2? atau yang paling buruk , dapat dosa sebab yakin pada amalan, ehhhh, gosok gigi tu kalau tak rosak gigi nanti,…  jika ada dalam hati, yakin sahaja pada amalan, sebenarnya mampu undang dosa syirik khofi,…. yang merosakkan gigi atau membaikkan gigi seseorang , siapa? Allah… bukannya amalan gosok gigi tu

 

yaqin tu kena ada dalam hati, akan hakikat tu, amalan menggosok gigi hanyalah ikhtiar semata, kena buat, sebab apa? sebab kita dalam dunia asbab. dunia ikhtiar, dan kita buat atas dasar apa?

atas niat lillahi taala, dan atas asbab ia sunnah Rasulullah saw,…

tapi yaqin dalam hati,? apa yang kita lakukan hanyalah ikhtiar, yang menentukan yang berkuasa ALLAH, boleh aja Allah nak bagi gigi rosak walau kita sentiasa gosok,..

jadi hati kena sentiasa nampak akan hal ini,..

 

jadi apa tentu ukur amalan dapat ganjaran apa?

a. pahala

b. tak dapat apa2

c. dapat dosa

 

untuk ini sebenarnya, ia bergantung pada niat kita.

niat mesti kita buat sesuatu tu ikhlas pada ALLAH semata2,… dan untuk dapat pahala mesti ikut sunnah RAsulullah saw yang tercinta.

 

sebenarnya, atas satu-satu  amalan itu ada 3 perkara

1. niat ikhlas kerana ALlah dan mengikut sunnah RAsulullah saw

2. tanpa niat

3. dengan riak

 

hanya yang no 1 sahaja, adalah iso , tentu ukur, pra syarat untuk kita dapat pahala, amalan  atau perbuatan kita , setiap satu dari sekecil – kecil perkara, apa yang dianggap kecil,? gosok gigi, so dari pernuatan gosok gigi sehingga sebesar2 perkara, apa yang kita anggap besar? bekerja? melayan anak? suami atau apa sahaja, akan hanya dapat pahala bila mana kita lakukan perkara itu dengan niat ikhlas dan ikut sunnah RasulNYA, maka inshallah jadilah amalan itu sebagai bekalan kita di akhirat sana dan semuga diterima NYA sebagai ibadat.

Allahu akbar.

begitu mudah untuk dapat jadikan seluruh hidup kita sebagai ibadat.

hanya dengan kuasa niat.

niat mesti ikhlas semata2 keranaNYA,

dan mesti dengan mengikut sunnah RAsulullah saw.

 

bagaimana?

setiap amalan mesti dimulakan dengan niat,..

celik je mata, rasakan syukur dalam hati, ikut sunnah RAsulullah saw, dengan doa, kmd niat dalam hati, ibadahku, hidupku, matiku, solatku semata2 kerana ALLAH swt.

nak masuk bilik air, dengan niat mmebersihkan diri kerana ALLAH, ikut sunnah RAsulullah, dimulakan dengan doa dan masuk dengan langkah kaki kiri, bersegera menunaikan hajat dan keperluan dalam urusan di bilik air dan keluar dengan kaki kanan , kemudian berdoa.

pastikan kita tahu apa adab dan sunnah RAsulullah saw dalam semua perbuatan , amalan dan tindakan harian kita,..

inshallah dengan niat yang soheh semata2 kerana ALLAH, hidup bukan sahaja penuh barokah tapi akan sihat rohani dan jasmani kita.

inshaallah dan Allahu akbar

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s