Kekuatan korban dalam mencari kekuatan


Dalam kemajuan zaman, kecanggihan teknologi, kita sebenarnya semakin jauh dengan sifat2 mulia para sahabat yang telah ditarbiah oleh Rasulullah  saw.

kita telah meninggalkan jauh segala sunnah baginda yang sepatutnya diikut dalam segenap penjuru kehidupan sekiranya kita mahu berada di atas jalan yang lurus.

hati kita semakin alpa akan hakikat bahawa Allah tidak akan memandang kita sekiranya kita tidak berada dalam keadaan cinta akan Pesuruh NYA itu. sedang tanda cintanya seorang umat kepada nabinya adalah dengan kesungguhannya mengamalkan sunnah baginda saw.

hati akhirnya lemah, rohani tiada kekuatan. kita tidak mampu nampak Allah, tidak mampu merasai kehebatan Allah, apa yang kita lakukan hanya dilakukan tanpa ilmu.

jika ada orang yang bercakap pasal agama, ustaz atau ustazah yang kita kenali, apatah lagi jika selalu keluar tv atau radio, maka kita cepat untuk mengamalkan apa jua saranan mereka kerana kita yaqin ia membantu kita keluar dari masalah.

namun kekadang, pengamalan tanpa ilmu bukanlah membantu kita menyelesaikan masalah kita, sebaliknya membuatkan diri kita bertambah bermasalah yang jauh lebih kronik seperti memiliki syirik khofi.

ingat beramal, dapat pahala, tapi sebenarnya beramal dengan mendapat dosa, dosa besar pula tu kerana mensyirikkan Allah.

kerana itu kita terlalu perlukan ilmu.

namun, oleh kerana lemahnya kekuatan diri, batin kita tidak mampu nampak Allah, tidak mampu redho , tidak mampu keluar dari masalah hati kita sendiri , maka untuk mempelajari ilmu yang  bukan ilmu tadahan buku, seperti yang kita belajar dengan ustaz dan ustazah di masjid atau di tv , radio atau internet, dia cakap , kita sekadar catat, atau dia bgtau buku apa dia guna, maka kita buka buku tersebut,… ilmu ini mungkin sedeqah ilmu tak perlu kita keluarkan, tapi saya bercakap tentang ilmu ketuhanan , ilmu kerohanian tahap tinggi yang mampu bawa kita untuk masukkan RASA dalam hati akan kehebatan Allah, akan kekuatan Allah, MENAFIKAN terus kekuatan makhluk. ilmu yang mampu membawa kita untuk merawat hati, merawat diri, merawat sifat buruk dalam jiwa, ilmu yang mampu membuang syirik khofi dengan menggunakan sunnah rasulullah iaitu kekuatan roh islam sejati sehingga mampu mendapat iman sehebat sahabat. mampu mendapat kekuatan doa tahap qabuliat, hanya ilmu yang mampu meletakkan rasa kehebatan Allah dalam diri kita sahaja yang mampu membawa kita keluar dari masalah kita.

untuk mendapat ilmu begini, dengan hati kita yang sangat lemah, kita tak akan mampu jika kita tidak keluarkan korban sedeqah ilmu. kita perlukan keluarkan korban itu dengan niat ikhlas kerana Allah, mudahan dengan ikhlas nya hati kita berkorban apa yang kita kasih untuk menuju NYA, untuk mencari NYA, untuk mula kembali mengenalNYA, maka DIA yang maha pengasih akan memasukkan kefahaman dalam dada kita, akan memberi kekuatan dalam diri kita untuk mengamalkan ilmu itu dna seterusnya menjadikan ia sebagai asbab kita meraih syurgaNYA.

 

Allahu akbar. ameen allahumma ameen.

 

 

 

2 thoughts on “Kekuatan korban dalam mencari kekuatan

  1. Salam puan, boleh saya minta email personal? saya ingin meminta pendapat tentang masalah besar saya yg terlalu aib untuk dikongsikan di sini.. terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s