kenapa stress?


statistik stress, kemurungan sangat tinggi di negara kita, malahan mengikut data kementerian kesihatan, stress, kemurungan akan menjadi asbab kematian yang kedua selepas penyakit jantung menjelang 2020.

 

kenapa kita stress?

kita tertekan perasaan kerana kita mengharapkan sesuatu dan kita tidak dapat apa yang kita harapkan. kita stress kerana telah ada dalam hati kita sangkaan tertentu, telah wujud dalam jiwa kita perasaan yang negatif , hati kita telah ada perasaan marah, sifat kita berada pada nafsu ammarah. maka apabila berlaku sesuatu situasi , maka kita cepat naik darah yang seterusnya mengakibatkan stress. menjadi asbab kepada jiwa yang tertekan dan akhirnya kita depresi , murung,…..

 

orang yang stress kerana hatinya lemah. jiwanya mudah goyah, kekuatan rohaninya rapuh.

 

kerana itu jalan keluar pada permasalahan stress ini adalah membuka kunci kekuatan dalaman.

kita kena ada kekuatan yaqin.

 

kekuatan yaqin ini akan menguatkan hati kita, menguatkan rohani kita.

 

 

yaqin pada apa? pada siapa?

untuk dapat kekuatan jati diri, maka kekuatan yaqin itu bukan pada diri sendiri, walau banyak pepatah dan slogan barat yang memberitahu kita, in order to success, you have to believe in yourself, you have to have a strong willpower, and so forth,…

tapi semua itu palsu,.. tipu daya semata2 , malah boleh mengundang syirik khofi dalam hati kita yang sedia lemah imannya,..

 

untuk berjaya dunia , berjaya akhirat, kita kena ada kekuatan yaqin bahawa yang mengatur semua kejadian alam, taqdir makhluk, qada dan qadar insan adalah Allah swt.

bila tiada ganggu gugat dalam hati kita haqiqat hanya Allah yang berkuasa , hanya Allah yang mengizinkan sesuatu itu berlaku, maka kita tidak akan stress,..

 

apa nak stress?

Allah yang atur semua perkara,..

kita nampak je dengan mata kasar bahawa manusia itu yang buat ini, makhluk itu yang buat itu,.. kita ni jadi begini sebba dia, kita teraniaya , tersiksa, terluka dan bagai kerana si fulan tu,..

 

itu hanya sangkaan kita,..

 

tapi hakikat sebenarnya adalah semuanya dalam aturan Allah,..

manusia tiada kuasa, makhluk tiada apa2,….

 

nampak sahaja pilihan kita, maka jadilah perkara itu,..

 

tapi sebenarnya tidak,..

 

Allah yang atur begitu,.. maka jadilah ia.

 

kekuatan yaqin ini hanya satu dari 7 sifat yang kita perlu miliki,..

 

bagaimana mahu dapatkan kekuatan yaqin islam sejati?

 

perlu dicari.

cari ilmu.

belajarlah dan berdoa agar kita diberi ilmu yang bermanfaat. yang mampu membawa kita keluar dari semua kemelut masalah dunia yang membelenggu diri kita…..

 

dan kena tahu serta tanam dalam jiwa , kena semai dalam hati, haqiqat diri yang lemah perlu keluarkan korban wang, masa dan tenaga untuk mendapatkan ilmu ini.

 

jika diri kita kuat, maka kita boleh mendapat ilmu secara percuma. tapi bila diri kita lemah, tak mampu nak pujuk hati agar tidak menderita, maka kita kena keluarkan korban wang. niat ikhlas kerana Allah. mudahan atas korban yang kita keluarkan itu, yang kita sedeqahkan pada guru yang mengajar ilmu itu,  Allah beri kekuatan pemahaman dan pengamalan pada ilmu yang dipelajari.

 

inshaallah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s