Hidup Yang Sementara


Apabila usia makin menginjak dari bayi menjadi sebagaimana sekarang, ruh semakin leka dan terpana dengan tipu daya dunia sehingga kita mula lupa dan lalai dengan hakikat kejadian dan tujuan sebenar kita dizahirkan dalam dunia ini…

 

semasa ruh kita di alam ruh, di alam perut ibu, kita begitu jelas akan hakikat yang kita ini hanya hamba Allah yang Allah ciptakan hanya untuk beribadah dan ikhlas menyembahNYA

 

Tidak Aku Jadikan Jin dan Manusia Melainkan Untuk Menyembah Aku – Az-Zariyat:56

 

namun apabila ruh kita dimasukkan ke dalam jasad, dan kita keluar dari alam rahim ibu, sedikit demi sedikit, masa demi masa berlalu dan kita mula hanyut,..

ditambah pula Allah memasukkan 7 sifatNYA dalam diri kita,.. maka bertambahlah kita dalam alam imaginasi dan khayalan kita,.

terasa yang diri akan kekal , hidup selamanya, walau sedar satu masa kita akan mati tetapi gagal untuk merasakan yang masa itu sebenarnya dekat,..

kita juga gagal memahami yang apabila bercerai sahaja nyawa dari jasad, maka ruh kita telah berpindah ke alam barzakh,.. satu alam yang kembali jelas bahawa kita sebenarnya hanyalah hamba dan kita telahpun kembali kepada Yang Maha Pencipta,…

oleh kerana telah tersedar dan telah diberi kembali kejelasan hakikat sebenar kehidupan, kita mula insaf dan mula menyesali akan hakikat hidup yang mana hanya saat itu ruh kita diberi kekuatan berada dalam satu jasad, yang sepatutnya kita gunakan sebaiknya ke arah mengumpul pahala dan membuat kebaikan sebanyak2nya, tetapi kita telah sia2kan,…

kerana kita masih lalai dan tidur,..

hanya jaga bila nyawa telah melayang

hanya jaga bila saatnya kita hanya mampu menyesal

tidak lagi mampu membuat apa2 kebaikan pun,..

 

kerana itu Rasulullah pernah bersabda,.

jika kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu lebih banyak menangis dari tertawa,..

 

malah baginda rasul yang tercinta tidak pernah sekalipun tertawa, yang menghiasi wajahnya hanyalah senyuman ikhlas,…

 

allahu akbar

 

kembalikan lah kesedaran dalam diri kita akan hakikat sebenar keadian kita,.

mengapakah kita diciptakan

mengapakah Allah menghantar ujian demi ujian, musibah demi musibah kepada kita?

 

tidak lain dan tidak bukan supaya ruh kita yang kini berada dalam alam duniawi tidak lupa akan hakikat kebenaran penciptaannya,…

supaya kembali kepada ALLAH swt

dan sentiasa berbuat kebaikan

dan bersabar dengan dunia ini kerana dunia hanyalah medan ujian untuk kita,..

dan manusia lainnya adalah menjadi ujian untuk sebahagian yang lain,..

 

jadi janganlah berkeluh kesah dan menyimpan rasa tidak puas hati

contohilah junjungan mulia kita, Nabi Muhammad saw,. yang tidak pernah marah dan tidak pernah merasa apa2 selagi yang diterimanya, yang menimpanya hanyalah hal2 duniawi,..

allahu akbar

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s