Dunia yang penuh kepura-puraan


Allah swt   menjadikan dunia ini untuk dihancurkan sepenuhnya pada hari yang kita panggil hari qiamah…

satu hari yang tidak ada ragunya, yang pasti akan datang dan hadhir,

cuma menunggu saat dan tikanya sahaja,..

maksud Allah menciptakan kita , manusia dan Allah menciptakan semua makhluk ciptaanNYa adalah untuk beribadah secara total kepadaNYA…

tidak ada tujuan lain selain itu,..

hanya untuk beribadah, semata2 kerana ALLAH

tidak kira dalam situasi apapun,…

baik ketika duduk, mahupun berbaring, ketika berjalan, mahupun ketika tidur,..

bagaimana caranya…. ?

ditunjukkan melalui utusanNYA, Nabi Muhammad saw,..

kemudian untuk mengetahui siapa hambaNYA yang paling baik amalnya maka diberinya ujian,…

ujian adalah anugerah ALLAH…………….

tanda kasih dan rahimNya, tanda sifat penyayangNYA,..

agar manusia yang sentiasa lalai ,..

agar insan yang mudah lena,.

agar makhlukNya yang mudah alpa,..

kembali ingat kepadaNYA,..

kembali bermunajat kepadaNYA,..

kembali bercakap2 , bercerita, merayu2 denganNYA,..

agar kita tidak terus lalai, lena , alpa dan melupakanNYA,..

agar kita ingat yang kita ada DIA,..

hanya DIA semata2,..

Allah menciptakan makhluknya, manusia ini dari tanah asalnya yang ditiupkannya roh yang diberinya kekuatan membiak dan berketurunan sehingga kita yang asalnya hanya seorang iaitu Adam as,.. akhirnya mencapai angka ribuan trilion,..

tak terhitung dari Adam as hingga sekarang,..

semua makhlukNya ini diberinya kehidupan sendiri, akal untuk membuat pilihan masing2 bagaimana mahu menjalani kehidupan yang fana ini,..

dihantarNya ujian pada orang2 yang beriman untuk memantapkan lagi keimanannya agar kelak mereka akan berbahagia di dunia abadi sana,..

diberiNYa musibah pada makhlukNYa yang berdosa dan dalam kemaksiatan, baik maksiat amalan mahupun maksiat hati, ataupun maksiat sifat,..

dihantarNYA bala bencana pada kaum yang terusan dalam kemaksiatan yang dahsyat sehingga menarik murkaNYA,..

allahu akbar,..

semua ini dilakukan atas rahmat dan rahimNYA agar mereka yang berakal , nampak apa juga yang berlaku dalam dunia ini , ini adalah semata2 manifestasi kehebatan Allah swt,…

ini semua adalah bayangan qudrat Allah,..

dari sekecil ujian hinggalah sebesar2 bala petaka,..

semuanya adalah gambaran bayangan atau manifestasi kehebatan dan kekuasan ALLAH SWT,..

bukan makhluk,..

kita nampak kesan dan akibat daripada pilihan makhluk, baik ia baik atau buruk ,.. sebagai pilihan dia,..

tapi sebenarnya ia adalah manifestasi kehebatan Allah,..

Allahu akbar,..

kalau mahu diberi contoh, saya rasa yang paling dekat dan sangat mudah difahami  bagi kaum hawa adalah sesuatu berkait dengan pilihan suami,..

suami buat atau tak buat,..

kenapa suami saya buat saya begini, kenapa suami saya buat saya begitu,..kenapa suami saya tak buat pada saya begini atau begitu,..

buat atau tak buat sesuatu perkara adalah pilihan suami yang sangat2 dipertikaikan isteri sehingga membawa penderitaan hati dan kesengsaraan jiwa dan raga mereka,..

dan mereka nampak ini pilihan suami,..

lalu mereka sangat menderita, terluka , tak mampu memaafkan, jadi mengungkit dan bagai,..

kenapa suami saya tak layan saya baik, sedang saya dah banyak berkorban padanya,..

seluruh hati saya, harta saya , saya korbankan untuk dia dan keluarga,.

kenapa dia masih buat saya begini,..

atau begitu,..

kenapa suami saya hancurkan hati saya, sampai saya rasa hati saya dah remuk, berderai ibarat kaca terhempas ke batu,..

kenapa tak boleh hidup dengan saya , aman dan damai sehingga ke akhir hayat sebagaimana yang saya harap pada dia, dan sebagaimana yang saya korbankan untuk dia,..

saya menderita , tersiksa dengan perangai suami saya yang selalu lepas tangan, banyak di luar rumah menghadap kawan2, hobi dari saya dan anak2,..

saya tak mampu lagi memaafkan suami, bila dia tiada saya rindu dan teringat2 tapi bila dia ada saya tak mampu nak terima dia kerana terbayanglan dia mengkhianati saya dengan perempuan lain, atau saya sentiasa teringat2 dia ada isteri lain , lalu saya tak mampu nak melayani suami saya sebagimana biasa,..

saya merasa sangat tersiksa jiwa dan raga kerana saya rasa saya dah tak mampu meneruskan kehidupan ini,..

suami saya ada perempuan lain, …

suami saya nak berkahwin lagi,…

suami saya dah berkahwin lain,..

dan bagai…

kita nampak ini semua pilihan suami dan kita sangat menderita kerana pilihan ini melibatkan kita dan kita tak mampu terima kerana ia bukan pilihan yang kita mahu suami kita buat,..

kita mahu dia memilih , hanya kita di hatinya,..

ada yang lebih ekstreme, walau ibunya dikenudiankan , kita dulu di hatinya

allahu akbar,..

inilah kebanyakan realiti hari ini,..

kebanyakan rumah tangga musnah, walau ada yang memilih  untuk tidak bercerai, tetapi hubungan suami isteri hanya tinggal pada nama, tiada lagi pada hati

tiada lagi mawaddah dan rahmah

tiada lagi kebahagian cinta…

yang ada hanya sengsara, derita dan ammarah,.. benci, sakit hati dan bagai,..

allahu akbar,..

kenapa rasa begini?

kerana hati tidak mampu menembusi bayangan ,..

hati kita tidak mampu nampak lakonan kepura2an dunia

tidak mampu nampak di sebalik lakonan insan sebenarnya ada pengarahNYA,..

yang Maha mengatur semua urusan makhlukNYA,..

ye benar, suami yang buat pilihan , tapi sebenarnya itu hanya manifestasi keputusan Allah , keiizinanNYA pada pilihan suami yang akan dinilai  kesan dan akibat pilihan itu pada semua yang terbabit,..

untuk Allah lihat siapa yang sabar, siapa yang redho, siapa yang taqwa, siapa yang tawakal

dengan semua taqdir ketentuanNYA,..

Allah swt uji manusia dengan perasaan dan fikiran kerana ini kekuatan manusia ,

untuk dinilai tahap ketaqwaan dan keimanan seseorang kepadaNYA,..

adakah engkau bertaqwa kepadaKU jika AKU uji engkau begini dan begitu, adakah engkau  redho dengan keputusanKU bila aku mengizinkan pilihan suamimu?

adakah engkau syukur padaKU bila nikmat kasih sayangmu teruji dengan pilihan suamimu?

atau engkau tak nampak AKU, yang engkau nampak ini hasil pilihan suamimu, memilih begini dan begitu sehingga membuat keadaan rumah tanggamu begini dan begitu, sepatutnya tidak  begini atau begitu , sepatutnya live happily ever after,..

betapa terpedayanya kamu dengan kepura2an dunia…

allahu akbar,..

sedang makhluk Allah tiada sebarang kuasa ,..

segalanya berlaku dengan kekuatan NYA, dengan keizinanNYA

dan ingatlah bila sesuatu berlaku dengan izin dan kekuatan ALLAH swt, maka ia tidka sia2

sedang di dunia ini tiada suatu pun yang berlaku tanpa izin ALLAH hatta gugurnya sehelai daun kering dalam hutan belantara,.

semuanya dalam pengetahuan NYa dalam keizinanNYA,..

jadi mengapa menderita?

bukalah mata hati, naikkan kekuatan basheeroh,..

nampak ALLAH di sebalik semuanya, senyum, marah , ketawa dan semua yang berlaku dan dilakukan oleh insan2 di sekeliling kita , adalah semuanya  dalam pengetahuan Allah, dengan keizinanNYA,

manifestasi kehebataNnya,..

kekuatanNYA,..

allahu akbar

lalu,..

menagapa bersedih??

Allah tidak akan pernah menzalimi hambaNYA,.

walau yang kita nampak itu pilihan yang buruk, yang tidak mengikut kemahuan kita,..

tetapi yaqinlah aturan ALLAH tidak pernah buruk..

Allah hanya mahu kita bersabar dan redho,..

walau kita kena ikhtiar , kita kena usaha untuk dapat kehidupan yang terbaik, tetapi hati tetap nampak semuanya dalam aturan dan genggaman keputusan ALLAH,..

adakah nabi hanya redho dan sabar sahaja dalam penyebaran Islam atau dalam didikan atau dalam kehidupan baginda?.

tidak,.. Nabi ikhtiar dan usaha,..

dalam hal dakwah, nabi ikhtiar dan usaha sehingga berkocak kasutnya dengan darah baginda yang mulia hanya semata2 kerana menyampaikan Islam dan risalah ALLAH,..

tetapi nabi redho dan sabar dengan keputusan ALLAH atas ikhtiar dan usahanya…

inilah sunnah baginda,..

ikhtiar , usaha

tetapi sabar dan redho dengan keputusan ALLAH,..

allahu akbar

9 thoughts on “Dunia yang penuh kepura-puraan

  1. Memang apa yang berlaku kita akan salahkan sebelah pihak..betul kata admin kita nak suami kita buat yang terbaik untuk kita sampai kita(isteri) terlupa ALLAH tu maha Adil dan mengadakan sesuatu tu mengikut kemampuan kita..ALLAH uji sang Isteri dengan kesusahan hidup tetapi ALLAH uji sang suami dengan kesenangan dia..selepas kejadian yang meruntun jiwa saya dan hampir mengoyah kebahagiaan rumahtangga kami, saya merasa hidup kami lebih terisi dan hala tuju kami berdestinasi..suami tak pernah tinggal solat dan membimbing kami sekeluarga ke jalan yang diredhai..tiada rahsia dalam rumahtangga kami..SubhannAllah..sungguh besar kurniaan ALLAH beri pada kami..bukan setakat hidup menjadi lebih matang..rezeki ALLAH semakin mencurah-curah..Alhamdillah..syukur atas kebesaran-Mu ya ALLAH..Kami bersyukur kekuatan kami yang paling berharga ALLAH bagi adalah Anak kami. Aura positif anak yang masih tiada dosa yang banyak memberi impak..terima kasih kerana kasihmu Ya ALLAH..

  2. Bantu sya… sya perlukan teman n seseorang utk bimbing sya ke jalanNya. Sya diceraikan suami atas dosa2 yg sya lakukan… sya Ingin bangkit kembali tp terasa lemah tnpa bantuan sesiapa… tlglah guide sya ke JalanNya. sya tkt sya mnjadi semakin hanyut kerna sya seorang yg lemah

    1. bila Allah pilih kita kembali ke jalanNYA , Dia akan masukkan rasa untuk berbuat demikian, rugilah kita jika kita tidak mengikut pilihan ALLAH ini, boleh col saya , inshaallah. 0136215110

      1. Allah tidak pernah menzalimi hambaNYA, tidak pernah Dia memberi ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNYA. setiap dari kita akan diuji utk melihat siapa yang lebih baik amalnya dan sebaik2 hamba adalah yang apabila dia melakukan kesilapan dan berbuat maksiat, dia memohon keampunan Tuhannya dan bersyukur atas umur yang diberikan kerana dengan umur itu dia masih mampu bertaubat dan mengharapkan keredhoan tuhanNYA.
        inshallah , tiada yang berlaku kepada kita walau ia atas pembalasan dosa2 kita yang sia2.. semuanya adalah aturan Allah untuk kita kembali kepadaNYA

  3. Allahhuakbar… puas sya cuba utk membina diri sya dri kejatuhan… penceraian dgn suami secara mngejut membuatkan hilang segala smgt hidup sya…. membesarkan 3 ank sndirian… Ya Allah lemahnya rsa… apatah lg ank2 smua rapat dgn suami trcinta namun syg cintanya pd sya telah hilang… puas sya merayu utk dia mmberi peluang n ruang pd cinta kami dmi ank2 namun tegar dia pg… sya terasa diri kosong… lemah… x berdaya. bagaimana hrus sya truskan hdp tnpa dia? Terasa hlg segala smgt sya. Bantu sya utk kuatkan hti n smgt sya yg tlh hilang

    1. kita memang akan rasa macamtu…biarkan perasaan itu dulu,sebb untuk mendapat kembali kekuatan diri dalam masa yang singkat adalah susah…berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul…cari teman yang kuat agamanya…tapi jangan silap cari pulak..yang kuat agama kadang 2 tu tak semestinya yang pakai jubah..yang berjubah ada jugak setengahnya dengan kata kasar ada yang tak boleh diharap,yang penting hatinya bersih atau tidak…penasihat yang baik biasanya hatinya juga baik….klu saya la,penasihat yang baik biasanya dapat dikenal melalui bicaranya.cara bercakapnya.dia akan banyak faham tentang diri kita,banyak kesiankan kita…ada lagi… tapi lainkali la,masa tak mengizinkan….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s