Kekuatan istighfar


Rasulullah saw, junjungan mulia kita yang tercinta, beristighfar 100 kali sehari sedang baginda maksum dan adalah kekasih ALLAH swt,..

kita, bila diminta istighfar kekadang ada yang keluar dari mulut kata, saya tak tahu apa dosa saya, atau saya tak tahu dosa apa lagi yang saya buat,.. astaghfirullah

tahukah kita jika hati kita ada walau sedikitpun rasa tidak puas hati akan apa jua keadaan, baik tingkah laku anak, pasangan atau diri kita sendiri, itu adalah tanda kita tidak nampak kekuasaan Allah dan boleh membentuk syirik halus? yang sangat mengotorkan hati dan hati tidak akan mampu redho walau sekelumit pun, sedang lidah mengatakan ,..ohh aku redho… tetapi sebenarnya jika hati penuh keluh kesah, ada ketidakpuasan hati, sebenarnya perkataan redho itu hanya sebutan di bibir semata,  penyedap halwa telinga sahaja, tetapi tidak sampai ke hati apatah lagi untuk membentuk jati diri menjadi akhlak kita,…

allahu akbar,..

maka tatkala ada rasa dalam hati rasa geram pada seseorang, pada situasi, rasa menyampah, rasa benci, rasa marah, tidak puas hati,.. dan rasa ketidakpuasan hati ini sangat meluas, ada orang yang tidak puas hati pada pasangan, pada anak, pada situasi dna macam2 lagi, maka ini petanda hati kotor,.. hati tengah membentuk syirik pada Allah,..

kerana hati yang kotor sahaja akan wujud ketidakpuasan hati,.

hati begini adalah hati yang tidak kenal ALLAH,..

hati begini tidak akan bahagia sejati,..

hati begini tidak akan tenang,

tidak akan pernah mampu redho

hati begini tidak akan mejadikan pemiliknya memiliki sfat mulia

sebaliknya sifat yang ada dalam diri hanyalah sifat buruk

yanga kan menarik pemiliknya ke neraka ALLAH

nauzubillah..

 

hatilah penentu segalanya,..

Sabda junjungan mulia,

“ada seketul daging, yang jika baik daging itu, maka baiklah insan itu, itulah hati,..”…

 

hati raja yang mutlak,..

kerana itu proses membersihkan hati adlaah sunnah rasulullah,..

 

bersihkanlah hati dengan istighfar ,..

istighfar sebenar,.. taubat nasuha

yang mana tatkala mulut menyebut astaghfirullah al azim, hati berkata dengan menautkan dirinya dengan Rabbul izzati,.. kata hati, ya Allah, tterimalah taubatku, dan hati merasa,… 3 perkara

1. merasa yang Allah mendengar pengampunan dosa kita , dan sangat berharap allah menerima taubat  kita, sesungguhnya Allah itu maha mendengar,..

2. merasa kesal atas rasa ketidakpuasan hati, rasa marah dan semua rasa yang negatif dalam diri, rasa berdosa kerana tidak nampak yang semua itu adalah dengan izinNYa kerana manusia tiada kekuatan untuk berbuat sesuatu, Allah yang izinkan, jika Allah izin pasti ada hikmahnya,.. sangat yakin yang hikmah Allah adalah yang terbaik walaupun nampak buruk di mata kita,..

3. azam tidak akan buat lagi,…azam sungguh2, sangat berharap agar Allah beri kekuatan,.

 

setiap kali datang negatif dalam diri, datang rasa tidak puas hati, rasa marah, rasa sakit hati, rasa diri dianiaya, rasa tidak dihargai, rasa digunakan, rasa menyampah akan perbuatan dan perangai atau kata2 seseorang, maka cepat istighfar ,..

istighfar sebenar , taubat nasuha,..

duduk diam, tawajuh dalam hati, kenal pasti rasa dalam dada dan mulakan istighfar,..

Allah terus akan bantu,..

tatkala hilang sahaja rasa berdosa dan rasa tenang dan nampak yang Allah dah dan pasti ampunkan kita, terus tawajuh lagi, masukkan pula rasa syukur,..

syukur atas ujian rasa negatif tadi

syukur kerana Allah beri kekuatan istighfar

syukur kerana kita ada DIA yang Maha pengampun dan MAha mendengar serta maha mengetahui akan segala sesuatu

allahu akbar,..

kemudian terus tawajuh rasa kasih pada Allah,..

Allah,.. Dialah yang paling mengasihi kita, mencintai kita,..

bukan makhlukNYA,..

kasih dan cinta kita pada makhluk baik pasangan tercinta mahupun anak2 yang dikasihi , hanyalah manifestasi kasih dan syukur kita padaNYA,..

 

Allahu akbar,..

untuk yang tidak punya kekuatan berbuat begini, maka belajarlah ilmunya,..

satu ilmu yang inshaallah boleh membawa kita menujuNYA adalah Pancaran Tenaga Rohani melalui pemantauan Ustaz Suhaimi Nawi,..

kelas terdekat adalah pada 14 dan 15 dec. di masjid Al Falah , USJ 9.

details boleh hubungi saya,..

tulisan ini berbaur iklan?

ya , memang saya iklankan dan mahu sangat mewar2kan ke seluruh pelosok alam , akan kekuatan sunnah rasulullah sahaja mampu mengubah dan merawat hati, kerana sunnah rasulullah adalah sunatullah,…

itulah yang ditekankan dalam ilmu PTR, Pancaran Tenaga Rohani.

ilmu yang mengajar kaedah merawat hati ,.. dan bagaimana mendapatkan doa maqbul…

kerana doa yang maqbul sahaja senjata kita,..

doa yang maqbul sahaja mampu mengubah taqdir,..

allahu akbar,…

boleh hubungi saya untuk pertanyaan lanjut. inshaallah.

 

4 thoughts on “Kekuatan istighfar

    1. rasulullah bersabda, tidak diturunkan aku ke dunia ini melainkan untuk membentuk akhlak yang mulia, ..

      akhlak yang mulia hanya hadhir dalam jiwa orang yang bersih hatinya,.. tidak mungkin akhlak yang dimanifestasikan oleh orang yang jiwanya kotor, hatinya hitam , bergelumang dengan noda dan dosa, akan mulia,…

      kerana sifat buruk akan hadhir bila sifat baik tiada, sifat baik dan sifat buruk tidak duduk sekali,..

      maka untuk peroleh akhlak mulia, perlu ada hati yang suci,..
      untuk dapat hati yang suci, kena sentiasa memohon taubat dari Allah, hanya taubat dan istighfar mensucikan hati
      dan hanya taubat yang diterima sahaja mampu melakukannya

      untuk dapat taubat maqbul perlu ada kaedah dan ilmu
      begitu juga untuk dapat doa maqbul, juga perlu kaedah ..
      kita banyak dengar cerita saya dah doa lama dah,.. dah bertahun, tapi allah tak maqbul,..
      atau dia doa 6 tahun, baru allah maqbul,..

      doa maqbul, saat berdoa , allah terus maqbul,..

      dan ini adalah hak hamba..
      inshaallah allah beri kekuatan ini,..

      tapi ada step dan kaedah yang perlu dipelajari dan dibuat,.

      kerana itu saya strongly suggest u to attend ptr course, inshaallah.

      untuk makluman tentang ptr do contact me, col utk mudahkan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s