La Tahzan, jangan bersedih…


Allah swt sangat bersifat pengasih dan penyayang.

sifat hambaNYa jika dalam bahagia , tenang dan damai hatinya , tiada ketakutan, kesedihan dan bagai maka sukar sekali untuk kenal dan nampak Allah,..

jika berterusan begitu, maka hati hamba NYA akan gelap dan terus tenggelam dalam cinta dunia.

maka untuk nampakkan diriNYA, untuk perkenalkan diriNYA, kehebatanNYA, kekuasaanNYA, kesucianNYA, maka dia hantar ujian dan musibah.

agar hambaNYA sedar bahawa dunia ini tiada apa, dunia ini hanya sementara, agar hambaNYA nampak yang ALlah jadikan semuanya bukan dengan sia2 tapi semuanya dalam aturanNYA…

Allah sangat luas rahmatNya,

Dia sangat tahu dan kenal hambaNYA, diberi ujian untuk hambaNYA kenal sabar, diberi kesusahan agar hambaNYA kenal diriNYA sebagai tempat mengadu, sebagai tempat ¬†meminta, sebagai tempat merayu2, tempat untuk bercerita dan meluahkan perasaan, dan diberiNYA kebahagiaan, ketenangan , kemenangan dan kesenangan sesudah diujinYA dengan kesusahan dan keperitan agar hambaNYA meletakkan rasa syukur dalam jiwa, berterima kasih kepadaNYA dan diulangnya proses ini berulang2 selagi hayat dikandung badan hambaNYA agar si hamba nampak kehebatanNYA dalam mencipta rasa dan yang penting untuk menapis hambaNYA yang mana tahu bersyukur dan bersabar dan yang mana tidak,…

untuk diasingkan nantinya dalam dunia yang abadi,…

jalan mengenali Allah swt adalah melalui ujian NYA.

One thought on “La Tahzan, jangan bersedih…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s