budaya dan syarak


Kita orang melayu terlalu diasuh dengan adab dan sopan budaya melayu,.. yang kekadang banyak sekali antaranya yang bercampur dengan budaya2 yang didapati daripada agama nenek moyang yang dari zaman sebelum Islam,..

kita pernah dijajah dengan anisme dan jajahan paling kuat dalam hindu

dalam agama hindu, suami dilayan seperti dewa

apabila Islam bersemi, cahaya menggantikan kegelapan dalam masyarakat Melayu di Tanah Melayu,… sepatutnya adat yang ada berteraskan Islam namun dek kerana biasa, banyak yang mencampurkannya dan menjadikannya sebagai adat baru

kerana itu kita terpengaruh dengan mas kahwin, hantaran , bersanding, batal air sembahyang dan bagai

sedang sebenarnya jika ikut syarak , apa yang sepatutnya kita buat untuk mendirikan rumah tangga?

Allah dah hantar Junjungan mulia yang tercinta dan dah bagitahu dalam kalamNya bahawa Rasulullah adalah suri teladan, rahmat sekelian alam , sebagai contoh teladan untuk kita ikuti,..

Bagaimana persandingan Fatimah, anak kesayangan Rasulullah?

sangat mudah dan tidak membebankan kosnya

tiada hantaran

tiada persandingan

tiada batal air sembahyang

tiada door gift berbagai

mas kahwin ikut kemampuan

jamuan juga ikut kemampuan

tetapi keduanya adalah ketua pemuda dan pemudi syurga

zaman kita, nak berkahwin ada yang bergolok bergadai, berhutang dengan along

penuh nyanyian

makanan bermewah2, door gift yang kekadang dapat pada tetamu tak dihargai pun, dibuang atau takpun disimpan baik,..

batal air sembahyang yang rasa malu nak tengok

dan perkahwinannya tidaklah bahagia kerana banyak timbul rasa tak puas hati pada pasangan selepas dah berkahwin,..

allahu akbar,..

adat pula yang dah biasa menyanjung tinggi anak lelaki dan menantu lelaki membuatkan suami tidak kenal erti tanggung jawab

Rasulullah mengajar kita untuk melayan isteri dengan sebaik2nya kerana isteri amanah seorang suami,..

tetapi isteri melayu ada yang disepak ,ditendang dan dilayan seperti hamba,..

segala perbelanjaan berkongsi, isteri perlu membantu dalam urusan nafkah tetapi suami ada yang berat tulang membantu dalam urusan rumah tangga,..

walhal berkasih sayang, hidup mawaddah dan rahmah adalah unjuran Islam, amalan para rasul dan sahabat,..

isteri bukan manusia sempurna yang tidak boleh buat salah, malah dia makhluk penuh emosi yang allah ciptakan untuk menemani kaum adam, kenapa apabila dia melakukan kesilapan, dimarah , diherdik dan dihina sedang suami itu memerah tenaganya, hartanya dan perasaan kasihnya?

Rasulullah dan para isterinya pernah berkrisis tetapi baginda banyak berdiam diri, banyak tersenyum dan berlemah lembut

bukannya tidak pernah Siti Aisyah cemburu sehingga menterbalikkan dulang makanan madunya yang dihantar kepada Rasulullah ketika nabi di rumah Aisyah tapi tidak pula Rasulullah marahkan Aisyah, malah baginda hanya diam dan senyum memandang Aisyah sehingga Aisyah merasa bersalah dan bertanya kepada Rasulullah bagaimana untuk dia membetulkan keadaan,

jawab nabi, buatkan sedulang makanan sebagaimana yang diterbalikkannya itu tadi dan hantar kembali kepada madunya dengan ucapan maaf.

Umar, singa Allah, dimarahi isterinya , sedang dia ketika itu menjadi khalifah,..

dia hanya tenang dan tidak menjawab isterinya, mendengar dan diamkan diri,..

apabila ditanya, dia berkata kenapa harus marah sedangkan isterinya itu melakukan segala kerja untuk memudahkan hidupnya, malah mengandung dan melahirkan serta mendidik anak2nya, apalah sangat kemarahan isteri itu,..

itu orang2 hebat yang dijanjikan syurga Allah,..

kenapa kita yang tidak hebat dan belum tentu syurga nerakanya ini sukar untuk berikhtiar bersabar, berlemah lembut dengan pasangan dan membantu dengan penuh kasih, hidup dengan mawaddah dan rahmah?

hebat sangat kah kita sehingga tidak menginginkan syurgaNYa

kebal sangatkah kita sehingga tidak takut akan nerakaNYa?

allahu akbar,..

subhanallah

suami adalah pemegang amanah isterinya, isteri memegang amanah suaminya, dan mereka berdua memegang amanah anak2 mereka,.. setiap pemegang amanah akan disoal akan amanahnya nanti di hari yang tiada siapa dapat membantu orang lain,..

maka muga kita semua diberikan kekuatan menunaikan amanah kita kerana Allah,..

kerana hanya dengan sesuatu amalan yang kita buat semata kerana Allah sahaja datang keikhlasan,..

taatkan suami bukan kerana suami itu tetapi kerana taatkan Allah dan Rasul,..

jika arahan suami atau kehendak suami bertentangan dengan Allah dan Rasul, maka ‘good bye’ suami

jika suami mendera hati dan perasaan isteri, apatah lagi sehingga ke tahap mendera fizikal, maka ‘sayonara’ suami

dengan izinNya,..

allahu akbar

bahagia seorang isteri bukan kerana atau terletak pada suami,..

bukan terletak pada kasih sayang suami

bukan terletak pada redho suami

bukan berada di bawah telapak kaki suami

tetapi pada redho Allah dan Rasul

mencari redho suami bukan hingga meletakkan pengharapan pada suami itu…

hati hanya mengharap pada Allah semata,..

mencari syurga di bawah telapak kaki suami  bukan secara membabi buta tetapi dengan berdasarkan syarak, bukan tertakluk pada budaya ‘syurga itu terletak di bawah tapak kaki suami’ ,…

mesti melakukan sesuatu itu dengan hati yang harapanNya hanya pada Allah semata2,..

orang yang hatinya mengharap seratus peratus pada Allah, tidak akan kecewa dengan makhluk,..

tidak akan ada istilah tidak puas hati dengan tindak tanduk dan keputusan makhluk

orang yang nampak segalanya dengan kekuatan allah

yang memahami maksud sebenar kalimah nafi ‘la ilaha illallah’ adalah kalimah yang menafikan kekuatan makhluk dan apa jua , yang ada kekuatan hanya Allah,

walau nampak makhluk yang melukakan , yang mencederakan tetapi kita tahu hakikat sebenar itu berlaku dengan kekuatan Allah, dengan izinNya kerana ada hikmah dan asbab yang hanya Tuhan yang Maha Pengatur sahaja maha mengetahuinya , maka kita nampak apa yang perlu dilakukan dengan panduan syarak,.. dan kita redho setelah ikhtiar kita itu,..

kita meletakkan diri kita dalam genggamanNYa semata,..

allahu akbar

hasbi allah

3 thoughts on “budaya dan syarak

  1. Ya Allah hanya kau yg tahu sejauh mana kemampuan hambamu… Telahku cuba sedaya upaya utk membahgiakan dia. Kuberikan kepadanya jiwa raga, harta segala namun masih juga tidak mencukupi katanya. Kenapa klu aku mampu utk memaafkan dia krn ketidakmampuannya ttp dia menuntut setiap inci haknya. Ku tahu ini ujian buat ku, namun kekuatanku masih lemah.

  2. Kesilapan seorng perempuan seperti aku yang telah berkorban segala galanya termasuk wang buat suami, demi mendapat pahala dan kasih sayang. seorng suami,tidak pernah ada perasaan syukur dengan segala pengorbanan isteri pada dia kerana ego yang terlalu tinggi. Aku diperlakukan seperti orang gaji , orang gaji lebih baik kerana dibayar upah diatas tugas yang dijalankan tapi aku upah jauh sama sekali duit aku pun terpaksa digunakan untuk keperluan keluarga dan tika terjebak dengan hutang aku juga yang terpaksa tolong sama sama selesaikan. Tapi bila senang dimana kita sebagai seorang isteri dimata dia,yang dia nampak orang lain walaupun orang itu juga dah tua tapi itu hebat baginya kerana dapat tambah seorng lagi. Mengikut sunnah katanya sedangkan Nabi berkahwin ramai setelah kematian isteri pertamanya. Nabi telah menunjukkan supaya menghargai jasa dan pengorbqnan isteri pertama yg tentunya banyak berjasa dan jatuh bangun kehidupan in bersama. Tapi suami telah menghiris hati dan perasaan ku. aku bagai tidak berguna lagi dihujung kehidupan ini bila kemewahan meliputi hidup dia. Ini lah balasan atas segala kesetiaan dan pengorbanan seorang isteri. Kalau dulu jentik pun tidak tapi ego menguasai diri kita seorang isteri yang patut dilindungi, disayangi jadi bahan melepaskan geram, pukul dan sumpah sudah jadi satu kebiasaan. Ingatlah para isteri walaubqgaimana sayang pun kita kepada suami tinggalkan sedikit sayang untuk diri sendiri, Dan juga para wanita kalau boleh elakan janganlah memporak perandakan rumah tangga orang semata mata mengejar kebahagian sendiri, Allah telah berikan akal dan berfikirlah, cuba letakan diri kita ditempat itu apa yang kita akan rasa lainlah kalau isteri pertama merelakan. sudahlah mengambil suami orang, dengan lagak sombongnya mendabit dada yang dia sempurna segala galanya sebab itu suami berkahwin denganya tapi bila dah rasa kesempurnaan itu tidak seperti yang di bangga banggakan mula lah berbuat secara jahat supaya aku ni sakit berbulan-bulan berubat cara doktor tk sembuh sembuh dan bila berubat cara rawatan islam baru sembuh dan tak malu ke dan tak takut ke manusia begini pada Allah. dengan apa yang dibuatnya dia berhrap suami akan berpindah kepada dia sahaja, kalau nak seorang janganlah cuba bermadu carilah lelaki yang tidak ada isteri, yang kematian isterike bercerai isteri ke barulah dapat nak bangga ini setakat ambil hak orang lain dah bangga dia lupa suami tu kahwin dengannya sekadar nak tumpang kekayaan yang dia ada, kalau dia miskin suami seperti itu tak akan nak bebankan diri dengan beban beban yang akan diterimanya. Ingatlah wahai orang yang berkenaan, hidup ni umpama roda hari ini kau sakiti orang, kau hina orang kerana kekayaan mu satu hari kau juga kan rasainya dan jangan lupa kaya cantik bergaya bila mati semuanya masuk kubur dikapankan dengan kain putih semuanya dan harta serta kecantikan yang kau bangakan dah tak bernilai apa apa lagi melainkan amal yang kita buat didunia ni saja. Jangan kau fikir dekat nak mati baru nak bertaubat, bagaimana kalau belum sempat bertaubat dah mati? jadi jangan angkoh sangat…. bertaubatlah sekarang dan hentikan segala perbuatan jahat yang kau lakukan itu.

    1. cubalah mencari Allah dan mengenaliNYA, inshaallah diri tidak akan mempersoalkan perbuatan hambaNYA yang lain ke atas kita. selagi tidak mengenali Allah, selagi itulah jiwa akan penuh keluh kesah dan nampak kekuatan pada manusia, sedang setiap jalan yang dipilih manusia adalah dengan izin tuhannya dan setiap musibah yang berlaku pada kita adalah kerana dosa2 kita sendiri. Allahu akbar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s