Rasa tak berdaya dan ‘Fed-up’?


hati kecewa, terluka, sedih , tak berupaya,.. mencari2 penawar, apa ubat hati yang begini?

sebab dah tak mampu dah nak teruskan hidup , dah tak tertanggung rasa pedih,

dah tak larat nak hidup nak hidup berterusan begini,..

mencari2 apa penawarnya,..

apa ubatnya

agar mampu keluar dari semua permasalahan

memang kalau boleh hati mahu nampak Allah

mahu tenang

mahu tarik seramai mana orang menuju Allah

tapi tiada daya..

bukan tak nak

tapi tak kuasa

rasa tak larat nak dengar bila orang cakap kena bersabar

nampak allah,

kena redho

dan bagai,..

ehhh.. aku nak lah semua tu

bukan aku tak nak

tapi tak dapat

dah bermacam cara buat

dah banyak buku khatam

dah banyak kursus hadhiri

dah bertong minum air penawar

solat hajat dah buat

ngaji dah

sedeqah dah

buat baik sentiasa

tapi kenapa masih gagal kawal hati?

kenapa masih bermasalah?

 

kita umat akhir zaman

kita bukan sahabat

yang iman mereka hebat , masalah hanya berlaku bila iman turun,

tapi kebanyakan nya iman sentiasa mantap

solat penuh khusyuk, cabut panah dari luka di badan masa solat pun tak terasa…

kita?

usah nak cabut duri, (takyah lah nak buat umpama   panah), nyamuk nging nging di telinga pun dah baran,..

jadi usah kan iman turun, iman kita sekejap ada, sekejap tak ada, hilang terus,  tercabut terus dari hati,..

jadi,

memang akan cepat baran, tak sabar , mudah fed up, rasa lelah nak terusan sabar, rasa penat nak buat baik, rasa kedekut nak sedeqah dan bagai,..

itu lumrah

jangan kecewa

tapi kita kena sedar akan kelemahan kita tu

dan kita istighfar

sebab

apa yang kita  rasa tu adalah dosa,..

dan sebaik2 pendosa adalah yang memohon keampunan dari Tuhannya,..

 

dan terus menerus berdoa

jatuh, kita bangun balik

rasa jemu?

kita doa

rasa penat?

kita doa

dan kita ikhtiar utk keluar dari semua rasa tu

ada rasa bahagia sikit, walau sebesar huma,

kita panjatkan syukur

buat terus

ya allah

syukur padaMu atas rasa bahagia ini

dan senyum,..

bila iman keluar,

rasa sedih ,

nangis

tapi lepas tu

tarik nafas dalam

istighfar atas rasa sedih tu

dan syukur sebab Allah beri rasa yang pelbagai dalam hati

dan tenang,..

inshallah

namun sebaik2 penawar duka dan sebaik2 ubat hati

adalah,…

bercakap tentang kehebatan allah

dan mengakui kelemahan dan kekerdilan kita

kita akan terus tenang dan redho,..

 

memang kita lemah

dan pada allah lah kita bergantung harap

dan harapan itu adalah melalui doa,.

jadi banyakkan doa

insyaallah

hilang fed up

rasa tak berdaya,?

fokuskan pada  rasa yang  berupaya adalah allah semata2 dan kita panjatkan doa agar allah beri kita keupayaan,…

allahu akbar

 

 

2 thoughts on “Rasa tak berdaya dan ‘Fed-up’?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s