Jajahan Hati


kalau bercakap tentang penjajah, sebenarnya tiadalah yang paling besar bahayanya melainkan penjajah yang berada di hati sanubari kita sendiri,…

kalau kita kasihan atau merasa belas atau bimbangkan negara kita pula yang akan melalui proses penjajahan oleh negara berkuasa besar dan  tamakkan

kuasa seperti yang sedang atau cuba dilakukan pada negara2 Islam sekeliling kita, maka kita perlu lebih merasa takut, bimbang dan khuatir akan penjajahan yang sedang dan telah berlaku dalam hati nurani kita..

 

kerana hatilah tempat jatuh pandangan ALLAH swt,..

bukan paras rupa, bukan darjat keturunan, bukan pangkat dan kekayaan,..

 

Allah yang maha hebat dan memiliki seluruhnya tidak memerlukan kekayaan, pangkat dan keturunan hambaNYA,..

malah semua itu diberiNya kepada sebahagian hambaNYA sebagai anugerah atau ujian dalam kehidupan yang sementara ini, tidak lebih dari itu,…

 

maka kita perlu meneliti siapa atau apa yang menjajah hati kita,..

seketul daging yang jika baik daging itu, maka baiklah seluruh diri insan itu,..

 

jika kita masih merasa geram, sakit hati, kecewa , dendam kesumat, sedih , pilu dan bagai atas sesuatu perkara yang berlaku   terhadap diri kita, baik kerana sesuatu situasi atau kerana orang tertentu di sekeliling kita , maka sebenarnya hati kita masih terjajah,..

dijajah oleh bisikan nafsu dan bisikan syaitan, malah yang lebih teruk bisikan haiwan,…

maka, diri tidak akan tenang, merasa sengsara dan sentiasa hidup dalam kesedihan atau kemarahan,… kecewa dan tidak akan kenal erti bahagia hakiki,..

 

tahap yang perlu dimiliki oleh hati adalah tahap kamilah, gabungan antara mulhamah, mutmainnah, sakinah dan mardhiah,..

bagaimana tahap ini,?…………

selagi yang berlaku itu hanya melibatkan urusan  dirinya dan dunia, komen , keji atau puji tiada bawa kesan di hatinya,….

 

yang hanya bawa kesan adalah saat mana dan tika hak Allah dan RasulNYa dikhianati,…

hanya itu,..

 

tiada yang membuat dia gundah gulana dan merasa sengsara dengan taqdir yang Allah telah aturkan untuknya,..

malah dalam rutin harian, pergaulan dengan teman , sahabat handai , keluarga, anak dan pasangan , segala umpat, keji, caci, hinaan , dan bagai hatta pujian melambung,…

semuanya tidak terkesan di hatinya,…

 

andai terasa hanya sebentar sahaja, hatinya akan cepat memproses dan beristighfar atau berkata ,.. ini bisikan syaitan dan nafsu,…

lalu dia kembali nampak segalanya dari Allah dan bersyukur ,..

atau dia kembali berjuang meletakkan keadaan dirinya jauh lebih baik dari semalam,..

 

jika  suami jatuh dalam nafsu ammarah atau lawwamah, sehingga terkeluar pelbagai reaksi atau kata2 yang melukakan  atau perbuatan yang mengecewakan,.. isteri mampu  nampak semua ini ada asbab dan hikmah dari Allah,..

agar mereka suami isteri berusaha membawa diri menujuNYa,…

isteri yang mampu membawa dan mentadbir jajahan hatinya hanya dengan jajahan iman , taqwa dan yaqin dengan Allah serta penyerahan total kepadaNYA, mampu membuatkan jiwa suaminya tenang dan keluar dari nafsu buruk ,.. inshallah… lantas membentuk keluarga bahagia

pergantungan hati kita mesti hanya kepada ALLAH,..

tidak boleh terdetik di hati kenapa kena aku yang kena sabar? kena aku yang perlu tenang? kena aku yang perlu membawa diri keluar dari kemelut hawa nafsu sedang suami yang sepatutnya khalifah dalam rumah tangga boleh berbuat sesuka hatinya?

jika terjatuh ke dalam fikiran itu,.. cepat istighfar dan mohon sungguh2 dari ALLAH swt petunjuk ke jalan Nya yang benar, iaitu jalan orang2 yang diredhoiNya, bukan jalan orang2 yang dimurkai dan bukan jalan orang2 yang sesat,….

sentiasa berusaha untuk nampak sesuatu yang  berlaku kepada kita adalah dari ALLAH dan kita berserah diri kepadaNYA

urusan suami adalah urusan ALLAH

dan ALLAH tidak pernah menzalimi hambaNYA

dalam kesusahan akan ada kesenangan

itu janji ALLAH

dan kesenangan terbesar adalah redhoNYa dan syurgaNya

hanya untuk hati2 yang jajahan takluknya adalah ALLAH semata2

hasbiallah,…

 

 

4 thoughts on “Jajahan Hati

  1. Kalau boleh hari2 nak baca segala mcm nasihat dan pengajaran dalam ruangan ni… Hanya Allah yg tau berat hati memikul ujianNya….hanya Allah juga yg mampu menyembuh luka2 dijiwa….

    Mencari keredhaan Allah itu mmg sukar bagi hati2 yg sedang kecewa.. rasenye biarlah hidup ini berakhir saat mata terpejam lena.. rasa penat dan lelah melalui liku2 ujianNya..menjadikan hidup tiada semangat.. mengharapkan sokongan dr suami ….tp kerana dialah bermula segalanya….mencetus pelbagai perasaan jahat dlm jiwa…benar itulah sbnr ujian Allah….suami ujian terhebat buat isteri….utk mengakhirkan sebuah perkahwinan dgn perpisahan…Bknlah mudah…Namun jika diteruskan rasenya perasaan hormat Dan kasih pada suami semakin pudar….Syurga seorang isteri adalah suaminya….apalah kiranya hidup dgn suami tapi nilai2 hormat sudah tiada..dari diri dekat dengan neraka mungkin ade lebih baik melepaskan jiwa2 dr terus memaksa utk saling berkasih sayang….pandangan matanya juga sudah tidak spt dulu…tiada lagi ketulusan…tiada lagi pengharapan….

    Seandainya jodoh itu milik kami semoga Allah menunjukkan jln2 kebahagiaan
    ..Dan seadainya jodoh itu bkn milik kami moga Allah pisahkan kami dengan cara yg baik ……Dan semoga selepas itu Allah beri buka pintu ketenangan dan kebahagiaan…Amin

    1. memang terlalu sukar untuk mengambil jalan perpisahan. Saya juga telah berbulan mencuba untuk melupakan suami yang tidak pernah menghargai saya sebagai isteri yang telah 30 tahun mengharungi kesusahan hidup bersamanya dalam membesarkan anak-anak dan kehidupan rumahtanga bersamanya.
      Dipenghujung kehidupan ini dia berkahwin lagi dengan janda yang kaya,hanya kerana terlalu ghairah nak tumpang kesenangan janda itu dia sanggup ketepikan saya dan juga anak-anak.
      kalau dulu tak pernah tampar isteri kini dia tidak rasa bersalah pun tampar dan pukul, inikah yang Rasullullah ajar pada suami bila berpoligami, isteri lama bagai tiada apa apa hak dan tiada apa apa perasaan tidak boleh nak marah, atau komplen apa apa silap silap makan penampar. kalau dulu jentik kita pun tidak.
      seperti kata dia itu semua dah Allah takdirkan untuk dia,terima ajalah. Tapi kenapa dia tidak boleh terima kita seadanya dan berterima kasih lah dengan apa yang telah kita korbankan untuk dia selama ini. Segala yang selalu diberitahu, jagalah suami dengan penuh kasih sayang, berhiaslah untuk suami, berpakaian seksi ketika dirumah, jaga kebersihan rumah, tutur kata misti jaga, perasaan suami misti jaga makan minum dan layanan ditempat tidor jangan diabaikan, segala yang diajar adalah menjadi amalan saya sejak memasuki alam perkahwinan dan saya rasa saya telah buat segala galanya demi kasih sayang kepada suami dan mendapat pahala dari Allah. Tapi akhirnya saya di aib dan dimalukan di penghujung usia.
      Ketika dirumah bersama kita suasana tidak seperti dulu lagi, hati dan perasaanya dah tiada, dia buat kita umpama tunggul kayu yang tidak punya apa-apa perasaan. Kini saya masih lagi mencari cari dimanakah kesilapan yang saya lakukan tapi hingga kini tiada jawapan. Saya juga pernah mendesaknya agar beritahu apa kesilapan saya tapi dia hanya diam tanpa penjelasan.
      Kini saya juga sering sakit sakit yang tidak sembuh dengan pengubatan hospital, dan dia sendiri tidak pernah ambil tau kesakitan saya, tiap kali sakit menyerang saya berubat cara perubatan islam, dia hanya tau marah dia kata apa yang saya pergi berubat itu adalah syirik kepada Allah.Yang pastinya setiap kali kesakitan menyerang akan sembuh bila jumpa ustaz atau cara rawatan islams dan kemudian datang lagi dah hampir 6 bulan duduk dalam situasi begini dah naik jemu berubat. kadang kadang tergerak juga hati nak hantar balik apa yang dibuat oleh isteri keduanya kepada saya tapi bila ingatkan Allah saya tak jadi lakukan hanya ubatkan diri sendiri saja. kadang-kadang terasa untuk apa lagi dok menyayangi suami, dah lah hati sakit, diri juga sakit tapi kerana kita tak tau apa sebenarnya rahmat Allah disebalik ini semua saya masih mampu bersabar hingga kini dah setahun saya hidup dalam air mata . Yang pastinya saya makin hampir dengan Allah dan saya mengharapkan hidup saya akan bertambah baik selepas ini walaupun nanti jodoh saya dengan suami tidak sampai kemana.

      1. sakit dan apa juga musibah yang kita lalui dalam kehidupan adalah dengan izin allah, walau berkumpul semua tukang sihir hebat dalam dunia untuk sihirkan seseorang dan kerananya kita jatuh sakit, sebenarnya ia berlaku dengan izin Allah sebagai ujian kepada kedua pihak, yang menerima dan yang menghantar,..namun, jika allah tidak izinkan , sehebat manapun tukang sihir itu, ia tidak akan berlaku
        dan Allah pula bukanlah zalim,..
        jika berlaku sihir atau bagai atau kita sakit , maka sebenarnya ia kerana perbuatan tangan kita sendiri,..
        kerana itu sebaik2 penyembuh adalah hati yang nampak semuanya dari allah tanpa ada rasa syak wasangka pada orang lain,..
        jika kita meletak syak orang ini atau orang itu yang buatkan kita, lalu kita sakit dan bagai,.. maka kita menghampiri syirik kerana manusia tiada kekuatan,.. yang beri penyakit allah, yang menyembuhkan pun allah,..
        hati kena terima ini dan kena faham , baru datang redho,..
        inshallah
        dalam merawat diri pula tidak boleh ada rasa kecewa kerana kecewa ni dari syaitan bukan sifat orang mukmin,..
        tak sembuh, maksudnya allah belum bagi penyembuhan , mungkin kerana atas sebab2 tertentu,..yang wujud dalam hati kita atau dalam diri kita,..
        ikhtiar lagi,..
        dan lagi
        sampai kita nampak segalanya dari allah,..
        inshaallah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s