hati


hati ini milik Allah.

jika hati seseorang kita lukai, dosa nya amat besar sekali.

kerana itu amat perlu menjaga tutur kata , tingkah laku dan reaksi tubuh atau ekspresi wajah agar kita tidak mengguris hati orang di sekeliling kita terutama suami.

pelihara hati orang dari jahat mulut dan busuknya hati kita sendiri keranaNYA, inshaallah Allah akan pelihara hati kita dari merasa terluka dengan diberinya kita kekuatan untuk nampak apa yang berlaku pada kita adalah ujian atau sebagai kafarah dosa kita…

tawajuh atau renung kan sesuatu perkara yang berlaku pada kita,… renung jauh dalam hati kita. nampakkan kasih sayang Allah , kenapa berlaku perkara itu ,.. apa asbabnya, apa kebaikannya,..

kita tahu tiada suatu perkara yang Allah izinkan berlaku dengan sia-sia,..

mesti kerana mahu perkenalkan diri NYA kepada kita,..

jadi muhasabah dan tawajuh,..

 

jika kita rasa komen suami atau kata2 suami , membuatkan kita rasa kecil hati, rasa terluka ,..

atau suami sering marah2, sehingga ada suami yang suka memaki hamun atau hingga memukul,..

cuba kita muhasabah diri kita,..

mesti ada sesuatu yang Allah nak perkenalkan pada kita sehingga diizinkanNYa perkara itu berlaku kepada kita..

 

Rasulullah tercinta, dihina, dimaki hamun, diludah ditabur pasir dan pelbagai perbuatan hina yang dilakukan terhadap baginda , namun baginda sentiasa bersabar , berdoa dan  tetap terus menyerah diri pada ALlah sehingga Allah menjadikan islam gemilang.

bukan diraih kemenangan itu dengan mudah sedangkan baginda adalah rasulullah dan habiballah.

 

apatah lagi kita,.. perjuangan mencari redho Allah adlaah perjuangan sehingga akhir  hayat..

lalu sentiasa perhatikan diri kita dan soal kenapa nasib kita begitu,..

pasti Allah mahu tunjukkan sesuatu,.

lalu cari sehingga kita mampu terima ALLAH dan segalanya yang berlaku dengan redho dan tenang.

2 thoughts on “hati

  1. Jangan memperbodohkan diri atau menjadi hamba pada suami yang tidak bertanggungjawab! Sekiranya isteri rela di maki-hamun atau dipukul maka akan lukalah hati sianak yang amat menyanjungi siibu tadi.. Fikir-fikirkanlah wahai siisteri yang diberi akal fikiran..

    1. ya Rasulullah malah memandang serius perkara ini,.. berjumpalah dengan pihak yang berkuasa untuk menyelesaikan masalah penderaan. namun , sesuatu tidak langsung berlaku dengan sia-sia.. pasti ada asbab dan hikmah. Yang maha melindungi dan maha memudahkan urusan adalah Allah …

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s