nak kahwin? poligami atau monogami?


jika ada antara anda yang diseru dengan dua situasi jodoh, yang mana perlu anda pilih?

monogami atau poligami?

(hati2 dengan bisikan dan kata2 hati, banyak ingat ALLAH )

 

jodoh dan pertemuan semuanya aturan Allah swt, kita hanya hambaNYA yang hidup dalam taqdir Qada dan Qadar Allah.

tiada salah dalam poligami, malah ia adalah sunnah rasulullah sebagaimana juga tiada salah tidak mahu poligami, kerana monogami juga mengambil sebahagian besar hidup berumah tangga Junjungan Mulia kita, kedua2 status, rasulullah dan isteri atau para isteri baginda hidup dalam bahagia melayari susah senang bahtera rumah tangga, …

yang penting bukannya status perkahwinan kita tapi status hati kita, sejauh mana pergantungan hati kita untuk nampak Allah dalam dunia yang fana ini…

ramai rumah tangga poligami yang bahagia dan hidup tenang meniti masa mencari bekal menuju kehidupan yang abadi ,..

ramai juga yang penuh derita , hidup berendam air mata mengenang kenapa nasib rumah tangga yang diharapkan solo isteri tetapi rupanya Allah ada taqdir lain,…

juga tidak asing rumah tangga monogami yang bergelut kepayahan dan kering kasih sayang,…

namun untuk kita pertikai semua itu, perlu mengkaji banyak perkara..

apabila seorang gadis diseru dengan jodoh, maka hati berbelah bahagi sama ada mahu menrima atau tidak, bimbang situasi rumah tangga yang akan dilalui nanti, mampu bahagiakah atau karam dalam derita?

kita tiada pengetahuan tentang itu.. siapa yang mahu rumah tangga yang tidak bahagia,.. semua mengharapkan rumah tangga yang harmoni , penuh mawaddah dan rahmah.. hidup berkasih sayang dan bagai,..

kita tiada kekuatan untuk tahu, tetapi Allah berikan ilmu dan panduan agar apa yang kita pilih dan lakukan adalah dalam syariat agar pilihan kita itu adalah dengan petunjukNYA.

untuk berkahwin, baik poligami atau monogami, atau apa jua amalan pastikan ia berlaku untuk mencari redho Allah.
kena ikhlas niat kerana ALLAH dan mengikut sunnah rasulullah.

poligami itu sesuatu yang halal, nasihat saya laksanakan dengan cara yang terang dan tidak bersembunyi.

jika suami tiada kekuatan untuk berterus terang, sebenarnya dia juga tiada kekuatan untuk adil dan kesannya dia akan menzalimi isteri, sama ada yang sedia ada atau yang dia akan bawa masuk…

walau apa pun alasan, berterus terang dan hidup dengan sebaik mungkin untuk adil , itulah yang terbaik dan mengikut sunnah, tiada perkahwinan rasulullah yang dilakukan secara senyap2 dan secara curi2 juga menggilir kan isteri yang pastinya tidak mampu diberikan giliran yang adil, dan hidup sentiasa kena berbohong,..

jika begini kehidupan poligami itu, mampukah bahagia dan mencari redho ALLAH?

begitu juga dengan memilih lelaki bujang,

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

bersihkan hati kita, perbaiki hubungan kita dengan ALLAH , insyaallah.

2 thoughts on “nak kahwin? poligami atau monogami?

  1. salam semua..
    saya ingin bertanya. bakal madu sy kerap memaki hamun sy. dengan gelaran2 tidak enak..
    adakah sebaiknya sy mendiam diri atau menjawab setiap pertanyaan nya? Bagi sy sy diam kerana ingin menjaga aib bakal suami.. biar dia yg uruskan antara dia dgn isteri..

    1. Diam kerana mahu mengikut sunnah nabi. Jika tidak boleh berkata baik, maka diamlah . Buat kerana ALLAH. Bukan suami. Inshaallah hati tenang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s