Bagaimana menghadapi ujian ALlah


insyaallah dan alhamdulillah.
memang sedih jika ada masalah ,terutama jika suami curang atau ada perempuan lain atau ada isteri lain…
bagaimana nak buat ye?
kita tak ada kekuatan nak buat supaya hidup kita lancar je,..
suami hanya kasih pada kita sorang, lemah lembut dan layan kita baik sebagaimana RAsulullah dengan para isterinya,..
tak ada..
yang ada kekuatan ALLAH, yang masukkan kasih, yang beri kekuatan akhlak mulia , yang beri kekuatan buruk pun ALLAH,..
apa yang kita boleh buat?
nak paksa suami supaya sayang pada kita? jangan ada hubungan terlarang, kalau dah poligami, ceraikan madu?
kalau kita nak buat pun,.. suami dapat ikut ke kata kita?
kalau boleh , buatlah,… tengok dapat tak kasih suami , kelembutan suami, layanan selembut nabi dan bagai yang kita harapkan tu,….
kalau dapat, ucap syukur,..
kalau tak dapat?
apa kita nak buat?
mengamuk ? merajuk?  nak bercerai?
yang ini, tanyalah diri kita,..
jika itu yang kita mahu , maka teruskanlah , jika suami tak mahu , bawalah sendiri kes kita ke mahkamah, bukak fail,..
sekarang ni pun 80% fail perceraian dibuka oleh para isteri,..
tetapi kita kena sedar pasti ada maksud semua ini berlaku terhadap diri kita, kenapa ujian begini yang Allah bagi pada kita. kenapa kita diuji begini?
semua taqdir dan aturan Allah tidak pernah untuk menzalimi hambaNYA tetapi sebagai tanda ALLAH mahu menunjukkan kekuatanNya , kekuasanNYa dan memperkenalkan diriNYA kepada kita.
mungkin kita lupa akan hakikat sebenar kita dijadikan oleh Allah di muka bumi ini, jika semuanya dalam keadaan baik dan lancar mengikut kemahuan kita, lalu atas tanda kasih Allah pada kita, atas keinginanNya yang mahu kita disedarkan, maka Allah hantar ujian ..
ujian inilah yang sepatutnya membawa kita kembali bergantung harap kepadaNYA, ujian inilah yang membawa kita kembali mengingat dosa2 kita dan seterusnya kita bertaubat, semuanya dalam aturan Allah dan atas kehendakNya.
Allah boleh aja membiarkan kita dalam lagha , leka dengan kebahagiaan dunia, dan kita akan dapati kita kurang syukur dan kurang mengingatiNYA.
tapi atas kasihNYa Allah pada kita, maka dihantarnya masalah, kekadang melalui anak, kerjaya, tapi ujian paling menyentap hati wanita adalah melalui suami..
sesungguhnya wanita yang diuji dengan suaminya adalah wanita yang Allah kasih dan pandang serta dalam perhatianNYA untuk wanita itu kembali merujuk kepadaNYA dan nampak bahawa segala yang berlaku ini untuk wanita itu insaf hakikat dunia ini dan hakikat hidup bertuhan.
yaqinlah semuanya dari Allah,
jika kita berceraipun, atas alasan tidak tahan menderita diduakan suami, suami kasar, hati kita sakit bila mengenangkan suami bergembira dan berbahagia dengan madu,  maka bila kita telah sah bercerai,… adakah hati akan bahagia? hati tidak akan sakit lagi?
atau kita sebenarnya mengundang ujian yang lebih besar dan lebih perit,… yang membuat hati lebih sakit dan lebih menderita,…
jalan terbaik untuk menghadapi ujian ALLAH adalah nampak semuanya dari ALLAH. hati akan tenang, walau apa sekalipun status kita, isnyaallah.

5 thoughts on “Bagaimana menghadapi ujian ALlah

  1. Salam…..3 tahun dulu sy pernah komen di sini & sekarang komen saya adalah status saya ketika ini. Kadang2 hilang keupayaan saya utk bersabar & terus berputus asa dgn perkahwinan poligami ini. Saya hampir2 dilepaskan walaupun ketika itu saya dalam hadas, keluarga mertua & isteri pertama memaksa suami lepaskan saya di masjid bukan di rumah saya & kalau boleh di tepi jalan sahaja. Saya berusaha mendaftarkan perkahwinan ini namun suaimi menghalang & isteri pertama mendesak lepaskan saya di sempadan sebagai jalan mudah utk dapat dokumen penceraian tapi saya tetap bertegas utk mendaftarkan dan sekarang saya masih tidak tahu kesudahan rumahtangga kami kerana suami sudah tidak lagi menghubungi saya & seterusnya mengabaikan tanggungjawab sebagai suami walaupun dia belum melepaskan saya. Saya keliru dgn hidup saya sekarang ni…

    1. sebab itu kita kena fikir banyak-banyak kerana allah telah berikan akal dan fikiran untuk kita berfikir dan pertimbangkan dalam segala hal. Memang lelaki ni bila dah ada orang nak kahwin dengan dia tidak mampu dalam segala segi pun ia akan sanggup kerna ego seorang lelaki yang akan megah dan bangga kerana masih ada orang nakkan dia. Tapi kebanyakakannya hanya untuk keseronokan sex sahaja dan bila keadaan huruhara tak dapat nak selesai ia cari jalan mudah yang menderitanya perempuan juga samada yang muda atau yang tua. Cuba puan letakan diri puan sebagai isteri pertama dan apa perasaan puan bila suami diambil orang lain, tentunya situasi yang sama sebagaimana tindakan madu puan sekarang juga. kalau kita nak kahwin juga apa salahnya cari yang duda bercerai isteri atau kematian isteri itu lebih baik dan masa untuk bersama pun tidak menjadi rebutan dan tidak terjadi masalah seperti yang puan hadapi kini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s