Berapa lama kena bersabar?


ada kata2 yang berbunyi begini kan?

sabar tu ada hadnya,..

atau, berbunyi begini,..

kita ni hanya manusia biasa, kita memang kena sabar tapi kita bukannya malaikat,.. tak kan nak biar je orang pijak kepala kita,..

 

dan bagai,..

pokoknya, persoalan kita kena sabar ke kalau teruk sangat orang perlakukan kita, dan ehhh,.. sampai bila nak kena sabar ni?….

sering menghantui ramai antara kita,..

 

bila kita dianiaya atau kita rasa kita mangsa keadaan atau mangsa orang , kita cuba bersabar mulanya, namun  apabila kita kerap diperlakukan  dengan perlakuan yang mengguris hati, hati mula kecewa dan kemampuan utk bersabar mula menipis , apatah lagi apabila keimanan mula lemah dan hubungan dengan Allah tidak kuat,.. kita mula mempertikai kenapa kita perlu terus bersabar dan jika ada orang menasihati kita untuk terus bersabar, kita mula rasa seolah mereka tidak faham masalah kita dan hanya senang bercakap sedang yang menanggung beban adalah kita,…

 

Firman Allah S.w.t,
“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,”  (Surah AlMulk : Ayat 2)
“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (Surah AsSyuura : Ayat 30)
firman Allah lagi,
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah 2:155]
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk.” – [Surah al-Baqarah:45]
“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah:15
“Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” – [At-Taghabun:11].
mohonlah agar Allah masukkan kita dalam golongan yang diberi hidayah hatinya agar kita mampu nampak segalanya adalah dengan aturan ALLAH,…
maka kita turut nampak bahawa sabar itu adalah arahan Allah dan jika ia perintah dari Allah maka kita perlu bersabar walau apa situasi kita , walau bagaimana layanan orang pada kita,..
sampai bila?
sambai bila kita kena bersabar?
selagi hayat di kandung badan,…
hasbi allah

2 thoughts on “Berapa lama kena bersabar?

  1. perlukah bersabar untuk selamanya,sedangkan seorang isteri telah melakukan segala tugas dan memberikan kebahagian kepada suami sepanjang tempoh perkahwinan dan tidak bolehkah seorang suami juga disarankan supaya berusaha untuk memberikan kebahagian kepada isteri yang telah berkorban segalanya buat suami,sebaliknya setelah berpuluh tahun hidup bersama suami menghadiahkan sebuah duka dan sengsara sebagai balasan diatas segala pengorbanan isteri. Kenapa tidak begitu banyak dihuraikan tentang hukum lelaki yang ingin berpoligami, yang selalu diberitahu supaya isteri sabar, apakah isteri tiada hak untuk merasa bahagia dalam perkahwinan ? sudahlah tanggungjawab dalam menguruskan rumahtangan terbeban dibahu isteri menjaga anak mengurus suami malah membantu dari segi kewangan juga tapi bila dah sama-sama tua rumah kata pergi kubur kata mari, berkahwin lagi. Dimana akal seorang suami kerana kalau dulu rumah tangga aman bila berlaku begini tentunya rumahtangga jadi bergolak, bergaduh dan kebahagian dalam rumahtanggan dah tak ada. Dimana nikmatnya hidup begini….nak sabar lagi tentunya siisteri akan mendapat dosa kerana kalau dulu tak pandai marah-marah kini sentiasa marah-marah, cakap kalau dulu lembut kini dah jadi kasar kerana hati dah sakit. Perasaan ini juga adalah anugerah Allah jadi sebagai seorang isteri yang terluka dan perasaan yang tercalar tidak dapat lari dari perasaan marah dan geram. Jadi berdosa isteri kerana suami. Jadi bagi saya tidak seharusnya terus bersabar dengan kelakuan suami yang tidak pernah menghargai isteri dan kesabaran ada hadnya.

    1. ye memang sedih jika dilayan begini,.. apa daya kita, kita tiada kekuatan untuk menghalang sebarang kehendak Tuhan yang berlaku. hati akan tambah sedih bila kita sentiasa ingat hal yang berlaku. tapi semuanya dah menjadi ketentuan Tuhan. Allah yang memberi kita masalah, Allah juga yang mampu menyelesaikan masalah kita. dan Allah itu sangat dekat. buatlah solat hajat dan istighfar , minta kekuatan dengan Allah untuk menjalani kehidupan. insyaallah hanya Allah yang mampu bantu kita. kembalikanhati kita kepadaNYA.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s