Antara kita dan suami


firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ

Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang makruf. Akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada istrinya.” (QS. Al-Baqarah: 228)

Allah Ta’ala berfirman lagi,

اَلرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ

Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.” (QS. Al-Nisa’: 34)

 

apa juga yang berlaku terhadap kita, akan ada pembelaan.

kenapa terlalu bimbang jika kita berlaku baik pada orang yang berbuat jahat kepada kita, walaupun dia adalah suami kita sendiri?

kenapa kita terlalu mempertikaikan kenapa asyik kita sahaja yang kena mengalah, suami tak apa buat sesuka hati nya?

kalau itu yang kita buat,(asyik mengalah)  kita akan rugi ke?

 

apa kesannya jika kita nampak segalanya dari Allah dan kita belajar untuk redho walau apa layanan orang pada kita?

hati kita sakit?

rezeki kita payah?

jiwa tersiksa sebab kita ajelah yang kena mengalah, kena sabar, kena redho dan bagai sedangkan orang sesuka hati pijak kepala  kita?

so kesannya?

hidup kita menderita?

 

jika hidup menderita kerana kita perlu sabar, perlu redho, perlu terima segalanya, nampak segalanya dari Allah, maka balaslah balik segala layanan buruk yang kita terima..

kalau orang yang layan kita buruk itu suami kita,..

layanlah dia balik dengan layanan buruk..

kalau dia herdik kita, kita herdik dia balik.

kalau dia main perempuan, kita main lelaki..

atau kita boleh jadi lebih hebat dari itu..

ikut sahaja bisikan syaitan dan bisikan nafsu,..

insyaallah tempat kita di akhirat juga akan sama dengan dia.

2 thoughts on “Antara kita dan suami

  1. memang kita sebagai seorang isteri yang menjalankan sepenuh tanggungjawab sebagai seorang isteri sebagaimana yang disuruh oleh Allah demi mendapat pahala sebagai seorang isteri disamping mengekalkan kerharmonian sebuah keluarga, tapi apa yang berlaku dipanghujung kehidupan amat melukakan hati dan perasaan seorang isteri bila mana sepatutnya diusia menuju kematian ini kita penuhi dengan amal ibadat yang dulu tidak cukup sempurna, kerana asyik mengejar wang lupa memberi didikan agama yang sempurna kepada anak anak lupa mengajar kebaikan kepada isteri mujurnya isteri tidak berbuat perkara2 yang berdosa kerana sentiasa diliputi rasa takut dan berdosa dengan Allah dan rasa malu yang menebal, walaupun punya anak ramai tapi masih takut2 untuk bergaul dengan bebas,masih menjaga batas2 pergaulan mungkin kerana dididik cara begitu masa dulu2. Tapi lain perlakuan suami kalau dulu ia memang menjaga tata pergaulanya dengan perempuan tapi bila dah dapat menantu dan cucu ditambah pula dengan kenaikan pangkat dan wang yang lebih ia lupa itu semua hilang rasa malunya dan berkasih semula seperti orang muda lupa dosa dan akhirnya kahwin lagi walaupun syarat berpoligami atas dirinya tidak ada dan sebab musabab atas diri saya untuk dia berpoligami pun tak ada. Jadi kini saya terpaksa berkongsi segalanya termasuk wang.Memang saya kadang2 mahu bertindak balas sebagaimana yg dilakukan tapi takut pada balasan Allah menghalang semua itu dari berlaku.

    Perkahwinan ini juga menybabkan saya sentiasa tidak sihat, sakit2 yang tidak sembuh dengan perubatan klinik dan pulih sekejap bila berubat cara bomoh atau perubatan islam, dan kadang2 terniat juga nak bagi dia sakit sebagaimana saya hadapi kini tapi semua itu tertutup buat masa ini kerana Allah. Yang saya bimbangkan suatu masa nanti perasaaan itu hilang itulah yang paling saya takut sekali….mudahan saya terus takut pada Allah

  2. Masyaallah.. kenapalah sy tak jumpa website ni dulu waktu suami curang. Bila suami SMS wanita lain sy turut chat dgn SMS lelaki Lain, br2 ni suami dah insaf Dan kembali mesra dgn sy Dan anak2, tetiba terjumpa pula SMS sy dgn lelaki dulu.. Allah nak Tunjukkan agaknya Dan beri balasan PD sy krn x bersabar dulu. Kini suami dingin semula. Sy berhabis air mata memujuknya.. sy x berniat curang cuma geram kesetiaan x dihargai.. namun skrg? Sy amat menyesal krn tidak bersabar dulu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s