KEKASIH SEJATI DAN ABADI


Siapa sebenarnya kekasih kita?

cuba renungkan dan muhasabah diri dan hati kita,..

sekarang ini siapa di dalam hati kita?

jawapannya sangat memainkan peranan sejauh mana kita mampu sabar, redho, ikhlas, merasa kasih kepada manusia lain, redho, mampu taqwa, tawakkal dan mampu menyerah diri sepenuhnya kepada Allah swt.

jika difikir keadaan kita sekarang, yang sangat menderita , merasa hati hancur luluh atau merasa diri sangat terhina seakan sampah di sisi suami, atau isteri, kerana baik dek atas layanan yang kita terima , tak kiralah merasa diri mangsa mulut pasangan, bahasa tubuh atau dera fizikal atau yang ramai isteri anggap lebihj serius lagi iaitu bermadu,..

jika di hati kita hanya ada pasangan, jika isteri, suaminya, jika suami, isterinya, maka bersedialah untuk perasaan sentiasa terguris, merasa terluka, kerana kita sendiri sentiasa akur dan sedar betapa pasangan hidup kita, orang yang paling hampir dengan diri kita, tidak mampu untuk sentiasa berlemah lembut, saling memaafkan dan bagai,..

kerana kita dan dia hanya insan biasa yang penuh kelemahan..

lalu, siapa sebenarnya yang patut menghiasa hati kita setiap detik dan saat?

ALLAH…

Dialah yang berhak untuk memenuhi ruang hati kita, setiap sudut qolbu kita,..

taatnya kita pada suami hanya kerana ALLAH,..

patuhnya kita pada suami , kerana ALLAH yang suruh,..

melakukan semua arahan suami (selagi tidak bertentangan dengan syariat) adalah hanya atas perintah ALLAH,..

kasihnya kita pada suami kita juga semata2 kerana ALLAH,..

bukan kerana diri suami itu sendiri,..

 

jika ini yang kita lakukan, ..

yakinlah, hati tidak akan pernah terguris atau terluka,..

jiwa akan sentiasa damai dan tenang,..

walau apa layanan yang kita terima dari suami,..

hanya semata2 kerana hati kita dipenuhi kasih dan sayang serta cinta kepada suami ,.. adalah atas asbab kasih kita kepada Yang MAha PEncipta .

kasih kita yang sangat mendalam kepada Yang Maha Pencipta, maka kita mampu kasih kepada ciptaanNYA,…

itulah jiwa yang tenang…

One thought on “KEKASIH SEJATI DAN ABADI

  1. assalamualaikum…puan.. saya kadangkadang keliru siapa sebenar puan ini terlalu baik dalam berbicara. Apakah puan pernah menghadapi semua kesusahan dan masalah atau puan hanya sekadar bercerita tanpa melalui kesusahan dan malapetaka. Puan,.. badan yang menanggung tidak akan sama dengan orang yang bercakap tanpa merasai keperitan kepahitan dan kelukaan. Memang semua itu atas gerakan Allah tapi bukankah setiap sesuatu telah Allah berikan Akal untuk setiap orang berfikir sebelum bertindak. Kalau tidak perlu gunakan fikiran ikut saja apa yang dirasa kerana itu sudah kehendak Allah pada pendapat saya apa guna akal yang Allah kurniakan. Sebelum kita berbuat sesuatu kita kena gunakan akal fikir dan hitung baik dan buruknya sesuatu yang akan kita buat.Dalam kes bermadu misalnya saya rasa puan ini isteri kedua atau seorang lelaki iaitu suami yang mengamalkan poligami.sebab selalu sangat saya baca petikan puan yang mengesyorkan supaya perempuan harus sentiasa sabar ingat itu ujian Allah dan reda segalanya. Puan lupa perempuan dikurniakan perasaan dan perasaan ini juga tidak semestinya dibiarkan sesiapa saja yang menderanya termasuk suami. Seorang isteri mesti dijaga perasaanya dilayan dengan baik sebagaimana Rasullulah melayani isterinya. Tetapi berapa kerat orang yang berkahwin lebih melakukanya. Dan seorang isteri tidak semestinya terusmembiarkan diri disakiti hati dan perasaanya semata-mata kerana tidak mahu dianggap tidak tabah dan tidak reda dengan ketentuan Allah. Sedangkan suami berkahwin lain pun kerana tidak dapat sabar dan tabah dengan apa yang ia hadapi contohnya isteri sudah tidak cantik setelah berpuluh puluh tahun kahwin, tidak mampu menahan nafsu bila melihat harta yang bakal didapati bila kahwin lagi, inginmendapat pandangan masyarakat bila dapat kahwin lagi ia akan dipandang hebat,dan sebagainya kerana itu ia katakan menurut sunnah Nabi. Kalau suami berkahwin lagi kerana sebab ia mampu dalam segala segi dan ada masalah dengan isteri sakit, untuk dapat zuriat saya yakin isteri boleh sabar walaupun hati terluka.Tapi kalau tiada apa apa sebab dan suami pun tidak mampu tapi kahwin juga kerana katanya Takdir apakah ini betul puan?Tapi kenapa dalam bab melayani isteri tidak mengikut sunnah,bekerja, mendidik anak semuanya tidak mengikut sunnah. Apakah kerana Allah Maha pengampun maka para suami boleh buat dosa dan kemudian minta ampun dan buat lagi dosa dan minta ampun berkali-kali.
    Begitu juga orang yang menlakukan kejahatan merompak,meragut, menghisap dadah, pelacur dan sebagainya, kalau kita meletakan itu semua sudah suratan apakah itu juga betul. kerana pada pandangan saya yang tidak begitu faham ,Takdir yang baik adalah datang dari Allah dan takdir yang tidak baik adalah dari diri kita sendiri, kerana itu lah adalah balasan syurga dan neraka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s