Bagaimana sesuatu yang perit boleh membawa kita kepada ALLAH?


Ya, soalan itu,..

bagaimana sesuatu yang perit, yang menyedihkan , yang menderitakan , yang membuat hati berkeluh kesah boleh membuatkan kita lebih hampir kepada ALLAH swt?

hanya jika kita mampu memuhasabah dan memproses hati sehingga mampu nampak bahawa yang berlaku kepada kita itu adalah kerana ALLAH yang mengizinkannya berlaku

… dan andai sesuatu itu dari ALLAH maka ia tidak jelek, buruk, melukakan, mengecewakan , atau bagai,..

kerana ALLAH tidak pernah zalim,..

apa sahaja yang  berlaku kepada kita pasti ada hikmah yang tersembunyi yang telah diatur sedemikian rupa agar jiwa , hati, jati diri, qolbu, rohani kita menginsafi hakikat yang dunia ini memang penuh tipudaya dan pura2 semata,.. dan matlamat kita hanyalah akhirat…

apalah sangat masalah kita  berbanding masalah orang lain yang rumahnya dibom, diserang 24 jam, anak2 dikelar, anak gadis dirogol. suami dipancung, bayi ditembak,..

jangan cepat melatah dan menghukum serta sentiasa mencari silap pasangan,..

biarkan apa yang telah berlaku sebagai sesuatu yang telah pun selesai berlaku, sesuatu yang tidak mampu diubah, ..

hak sesuatu yang bergelar sejarah ini hanya untuk dimuhasabah agar kesilapan lama tidak berulang lagi bukannya untuk diungkit2 atau dijadikan senjata menyakitkan hati pasangan,..

jika diri dan hati kita pula yang disakiti, maafkan saja dan nampak ini sebagai sesuatu yang ALLAH  beri sebagai tanda kasih NYA kepada kita kerana tidka berlaku sesuatu itu melainkan kerana dua perkara,..

1. menjadi  kafarah dosa  kita

2. mengangkat martabat kita

dan ini hanya berlaku apabila kita sedar dan insaf serta diri kita mampu nampak semuanya dari ALLAH lalu kita tenang dna redho.

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s