menangisi dosa


jikalau kita memandang ke langit, bagaimana kita tahu hari akan hujan?

sudah pasti melihatkan akan wujud atau tidaknya mendung, bukan?

jika memandang kepada mendung pula, bagaimana kita tahu hujan akan turun atau hanya awan hitam yang nantinya akan berarak pergi?

tentu melihatkan akan kegelapan mendungnya dan sarat atau tidak awan itu , bukan?

 

begitu juga hati

hati yang mampu menangisi dosa dengan air mata taubat, walau dosa nya kecil,

adalah hati yang sarat menanggung beban kesal berbuat dosa,

hati yang merasakan dosanya itu sangat besar seperti gunung yang menghempap dirinya ,

tidak tertanggung

sehingga kekesalannya itu menghimpit jiwa, menyesakkan dada dan menyemarakkan rasa berdosa dalam qolbu, sehingga atas semua itu tidak mampu lagi airmatanya di empang, lalu tumpah mengalir deras membasahi diri,

bukan sekadar pipi tapi diri,…

hati begitu hanya diperolehi apabila qolbunya putih dan suci , tulus mengharapkan pengampunan ALLAH.

bukan hati itu tidak melakukan dosa,

ya, ia berdosa kerana kekadang kecundang mengikut hawa nafsu dan bisikan syaitan atau bisikan haiwan,

tetapi hati yang bersih suci ini adalah hati yang selepas berdosa, saat itu juga dia ‘MERASA’ berdosa, ibarat dihempap gunung, lalu dia bertaubat dengan Tuhannya, meminta keampunan

dan dia yaqin, dengan pengampunan Tuhannya

yang maha pengampun.

dan ketahuilah,

air mata yang mengalir kerana takutkan ALLAH, maka itulah airmata yang tumpah dari mata – mata orang yang tidak akan dihumbankan ke dalam neraka, insyaallah.

air mata taubat.

sentiasalah menangisi diri kita akan banyaknya khilaf kita, melimpah ruahnya dosa2 kita, menggunung tinggi keangkuhan keakuan kita ,

muga diri kita dikasihiNYA.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s