kekuatan taqwa


banyakknya emel yang masuk dan mencurahnya panggilan telefon yang diterima malah ada yang datang merawat, menceritakan perihal suami yang baran, banyak memaki hamun dan berbuat hal yang buruk, masyaallah.

sedang suami itu Allah kurniakan akal , agama dan martabat yang lebih berbanding kaum hawa.

bukankah nabi kita sendiri mengatakan bahawa persaksian seorang lelaki menyamai dengan persaksian dua orang wanita dan lelaki sentiasa dalam keadaan boleh bersolat sedang wanita apabila uzur maka dia tidak bersolat?

malah dalam ayat al quran. Allah telah berfirman:

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka…” (al-Nisa’, 4:34)

lalu mengapa kaum Adam ini , ada yang mengingkari arahan dari nabinya sendiri?

Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Orang yang paling baik di antara kalian adalah yang paling baik terhadap istrinya.”

masyaallah.

sesungguhnya dihiasi dada seorang mukmin itu dengan iman dan taqwa.

dan jika tiada imannya dan hilang taqwanya kepada ALLAH swt, maka jadilah dia seorang yang kufur nikmat.

tatkala melihat kaum kerabat dan sahabat handai melangsungkan perkahwinan , maka mereka juga mahu bernikah,..

alhamdulillah, itu adalah sunnah rasulullah,..

tetapi sunnah rasul bukan berhenti setakat itu sahaja, tetapi mencakupi ruang lingkup yang luas.

Asiyah ra tatkala ditanya perihal rasulullah

“Beliau biasa membantu istrinya. Bila datang waktu shalat beliau pun keluar untuk menunaikan shalat.” (HR. Al-Bukhari no. 676)

malah banyak cerita Aisyah tentang layanan rasul terhadap isterinya, penuh lembut dan penuh kasih sayang.

 

“Biasanya pada hari raya, orang-orang Habasyah bermain perisai dan tombak (berlatih perang-perangan). Aku yang meminta kepada Nabi n (agar diperkenankan menonton permainan tersebut) dan beliau sendiri menawarkan dengan berkata, ‘Apakah engkau ingin melihat permainan mereka?’ ‘Iya’, jawabku. Beliau pun memberdirikan aku di belakangnya, pipiku menempel pada pipi beliau. Beliau berkata: ‘Teruskan wahai Bani Arfidah4.’ Hingga ketika aku telah jenuh, beliau bertanya, ‘Cukupkah?’ ‘Iya’, jawabku. ‘Kalau begitu pergilah’, kata beliau.” (HR. Al-Bukhari no. 950 dan Muslim no. 2062)
Al-Imam An-Nawawi t berkata: “Dalam hadits ini ada keterangan tentang sifat yang dimiliki Rasulullah n berupa penyayang, penuh kasih, berakhlak yang bagus, dan bergaul dengan baik terhadap keluarga, istri, dan selain mereka.” (Al-Minhaj, 6/424)
Al-Hafizh Ibnu Katsir t saat menafsirkan ayat: وَعَاشِرُوْهُنَّ بِالْمَعْرُوْفِ menyatakan, “Termasuk akhlak Nabi n, beliau sangat baik hubungannya dengan para istri beliau. Wajahnya senantiasa berseri-seri, suka bersenda gurau dan bercumbu rayu, bersikap lembut terhadap mereka dan melapangkan mereka dalam hal nafkah serta tertawa bersama istri-istrinya. Sampai-sampai, beliau pernah mengajak Aisyah Ummul Mukminin x berlomba lari, untuk menunjukkan cinta dan kasih sayang beliau terhadapnya.” (Tafsir Ibnu Katsir, 2/173)
Ummul Mukminin Shafiyyah x berkisah bahwa suatu malam ia pernah mengunjungi Rasulullah n saat sedang i’tikaf di masjid pada sepuluh hari yang akhir dari bulan Ramadhan. Shafiyyah berbincang bersama beliau beberapa waktu. Setelahnya, ia pamitan untuk kembali ke rumahnya. Rasulullah n pun bangkit untuk mengantarkan istrinya. Hingga ketika sampai di pintu masjid di sisi pintu rumah Ummu Salamah, lewat dua orang dari kalangan Anshar, keduanya mengucapkan salam lalu berlalu dengan segera. Melihat gelagat seperti itu Rasulullah n menegur keduanya, “Pelan-pelanlah kalian dalam berjalan, tak usah terburu-buru seperti itu, karena tak ada yang perlu kalian khawatirkan. Wanita yang bersamaku ini Shafiyyah bintu Huyai, istriku.” Keduanya menjawab, “Subhanallah, wahai Rasulullah, tidaklah kami berprasangka jelek padamu.” Beliau menanggapi, “Sesungguhnya setan berjalan pada diri anak Adam seperti beredarnya darah, dan aku khawatir ia melemparkan suatu prasangka di hati kalian.” (HR. Al-Bukhari no. 2035 dan Muslim no. 5643)

alangkah mulianya akhlak rasulullah dan indahnya rumah tangga baginda sedang baginda adalah seorang pemimpin umat, nabi akhir zaman. seorang yang sangat sibuk dengan pelbagai permasalahan ummah yang kekadang sehingga mencetuskan peperangan, tetapi baginda tetap prihatin dan lembut dengan isteri baginda.

lalu bagaimana dengan keadaan rumah tangga kita ?

sentiasa panas dan berantakan.

saya hanya mahu fokus kepada apa yang sepatutnya isteri buat,..

1. banyak berdoa dan berikhtiar terus menuju ALLAH akan permasalahan ini.

2. jika berkemampuan, buatlah rawatan. insyaallah kekuatan rawatan boleh memulihkan sifat suami atau istrei yang buruk menjadi kembali mempunyai kekuatan taqwa.

3. sentiasa mencari ilmu hingga hati mampu nampak apa yang berlaku sekarang adalah kerana pergantungan rasa bahagia itu semata2 kepada suami. jika layanan suami baik, maka hati bahagia, jika layanan suami buruk , maka hilanglah bahagia. sedang bahagia itu adalah milik Allah swt.

4. sentiasa memuahasabah diri bagaimana keadaan ini berlaku, adakah ada peranan isteri dalam menggemburkannya?

kekadang ada isteri yang apabila suaminya baran dan mula memarahi, maka dia juga sama naik dan baran serta mula meninggi suara, malah ada yang lebih tinggi suaranya dari suara suaminya.

hal ini akan mencabar kewibawaan suami , membuatkan dia bertambah marah dan makin membara panasnya.

sepatutnya isteri banyak diam dan bersabar , nampak ini adalah sifat buruk suami yang nantinya akan dipersoal oleh Allah. semasa baran suami berlangsung , hubung terus hati isteri dengan zat yang Maha Tinggi, banyak berdoa agar dikeluarkan Allah sifat baran suami dan rasa marahnya tika itu. aura tenang isteri sebenarnya akan tersebar dan akhirnya suami akan tenang.

jika isteri mendapati bahawa dia tidak mampu bertenang apabila dimarahi suami sebaliknya terbit rasa yang dirinya tidak dihargai, rasa tidak berguna, rasa marah yang membara juga, maka sebenarnya isteripun bermasalah yang kronik juga.

lalu kembalilah kepada ALLAH dan usahalah agar kita juga keluar dari masalah ini.

ada benarnya kata2 bahawa kita akan dapat apa yang kita tarik, kita fikir dan kita rasa kerana ALLAH itu adalah sebagaimana sangka hambaNYA.

jika dalam keadaan suami marah itu, kita nampak Allah,. nampak bahawa yang buruk inipun adalah dari Allah dan kita redho, maka Allah juga akan redho pada kita.

adakah apabila Allah redho pada kita, kita akan berkeluh kesah lagi?

 

tidak.

malah kita akan tenang dan orang yang tenang sahaja akan mampu menenangkan orang lain . ada aura tenang yang disebar dari dalam rohaninya yang akhirnya aura marah tidak mampu tembus dan akhirnya padam sendiri.

insyaallah.

sentiasalah pelihara kekuatan taqwa kita kerana hanya kekuatan taqwa kita kepada ALLAH mampu mengembalikan kebahagian hati kita. insyaallah.

 

2 thoughts on “kekuatan taqwa

  1. saya sendiri tercari-cari kekuatan jiwa dalam menangani masalah rumahtangga. suami bukanlah panas baran tapi hidup dia hanya untuk diri dia saja pagi keluar bekerja dan petangnya melakukan apa yang mendatangkan kesukaan kepada dia, balik rumah tak tentu masa, anak2 tidak dihiraukan kerana dia tau saya yg uruskan semuanya, barang dapur, lauk paut,kebersihan atas rumah dan laman rumah, sampah sarap dan segalanya tidak ada dalam fikiranya. semuanya saya yang uruskan kalau nampak tak teratur dia akan membebel dan hasil bebelan inilah yang akan menjadikan pergaduhan kerana kepenatan saya dalam bekerja dan menguruskan rumah tanpa pembantu rumah menyebabkan saya menjawab apa yang di komplenkanya, dia sendiri amat berat tangan dalam menolong. mujurnya kini anak-anak dah besar dan kepenatan sudah berkurang sedikit. Saya kini memasuki usia emas dan masih sihat lagi, kalau saya demam pun kadang-kadang hilang dengan begitu saja kerana walaupun demam saya terpaksa juga menguruskan segala apa yang perlu saya buat dalam rutin seharian dan menjadikan saya tidak sedar demam dah baik. Tapi malangnya pengorbanan saya sebagai seorang isteri tidak pernah ada dalam hati dan jiwa dia. Bila anak-anak dah dewasa, berkahwin dan punyai cucu, dia mengila dengan janda tua yang kaya. Rayuan, nasihat dari saya dan anak-anak tidak di endahkan akhirnya dia berkahwin juga untuk kali kedua dengan janda kaya yang juga memasuki usia emas. Apa yang dilakukanya telah menghancurkan kehidupan dan perasaan saya sebagai seorang isteri yang melakukan segala galanya untuk suami,anak demi keharmonian rumah tangga ,juga untuk mendapat pahala dari Allah dan takutkan dosa-dosa dalam menlayani suami, melakukan sesempurna boleh. Tapi suami hanya gunakan itu sudah ditakdirkan untuk dia berkahwin lagi walaupun saya ni telah melakukan yang terbaik untuk dia dan Tuhan ingin menaikan darjat saya seorang isteri sebab itu saya diuji begini. Itu kata-kata seorang suami yang mahu saya sebagai isteri menerima kenyataanya berkahwin lagi. Bagi pendapat saya sebagai seorang isteri, Allah telah mengurniakan akal untuk kita berfikir kerana dalam bab nafsu dia tidak mengunakan akal untuk berfikir sebaliknya mengunakan takdir. Dipenghujung usia yang hanya tinggal sedikit lagi ini kenapa tidak dapat fikirkan apa padangan masyarakat kepada saya sebagai seorang isteri bukankah ini mengaibkan saya, begitu juga rumahtangga yang selama ini aman dah hampir runtuh, sentiasa dipenuhi dengan perbalahan demi perbalahan dan perdebatan demi perdebatan dengan isteri dan juga anak-anak. Inikah nikmat hidup yang dicari oleh suami dipenghujung usia yang menunggu mati yang orang kata rumah kata pergi dan kubur kata mari. Bagi saya satu satu takdir itu kita perlu berusaha dan berfikir kemana dan apa akan jadi kalau kita kahwin lagi dan apa akan jadi kalau kita tidak kahwin lagi terus memmupuk kasih yang sedia ada. kenapa pula dalam soal lain seperti anak tidak mahu belajar kita berusaha untuk dia menjadi pandai, rezeki yang tidak pernah banyak kita berusaha untuk mendapatkanya dengan lebih banyak, kenapa tidak dibiarkan saja anak tu begitu, kerana takdir telah ditentukan untuk dia berjaya atau tidak dalam hidupnya begitu juga rezeki takdir dah tentukan sebanyak mana kenapa kita masih lagi berusaha untuk mendaptkanya. Inilah yang selalu menghantui fikiran saya dan kadang-kadang saya amat bimbang apakah yang bersarang dalam kepala saya ini akan menjadikan saya seorang manusia yang berdosa disisi Allah. Kini kekecewaan saya dalamkehidupan ini bersama suami menjadikan saya dicop isteri derhaka, kerana apa yang dilakukan itu menyebabkan saya menderita dan berada dalamairmata kesedihan. dan kekecewaan itu juga menyebabkan saya pohon agar saya dilepaskan kerana tidak sanggup diperlakukan begini apalagi isteri barunya juga bersikap kurang ajar selalu menghina dan memandang rendah kepada saya yang dianggap kerana kekurangan yang ada pada sayalah yang menyebabkan suami saya berkahwin denganya yang mempunyai banyak kelebihan berbanding saya. Kini saya tidak tau apa lagi yang perlu dilakukan saya telah berdoa dan sembahyang hajat pohon yang terbaik untuk saya tapi hingga hari ini saya masih tidak dapat menerima hidup berkongsi dan suami juga tidak mahu melepaskan saya. Suami tidak mahu lepaskan saya apakah kerana ada rasa sayang lagi atau kerana takut untuk menghadapi masa mendatang kalau janda kaya itu satu masa nanti sudah tidak perlukan dia lagi.Saya betul-betul buntu kini.

    1. sedih hati saya baca catatan puan, …

      untuk merawat hati yang luka kekadang kita perlu sedar dan jaga,..

      untuk itu kita kekadang ,…. kita perlu disedarkan secara keras,….. agar tidur kita yang lena tetiba dek kerana dengan kerasnya kejutan dari tidur tadi, membuatkan mata kita segar untuk sekian lamanya,… cukup sampai kita tidak perlu lagi kejutan yang kedua,…

      puan, apa yang puan lakukan demi suami, anak2 sejak dari mula berkahwin lagi, adalah suatu ibadah , yang nantinya akan dinilai oleh Allah di hari yang kita sangat dambakan mana2 ibadah yang pernah kita lakukan di dunia ini,..

      yang kita bimbangi adalah kita telah separuh umur menghabiskan usia kita dengan melakukan apa yang perlu kita lakukan tetiba apa yang kita lakukan itu di hari yang kita tidak mampu lagi menambah apa juga amalan melainkan apa sahaja amalan yang telahpun kita lakukan, tetiba kita dapati amalan yang telahpun seumur hidup kita itu kita lakukan, malangnya ia amalan yang tidak dipandang oleh Allah malah Allah mencampakkannya ke tepi kerana amalan itu , tatkala di penghujung usia kita, kita kesali, kita ungkit2, kita jadi tidak redho kepada orang yang telah kita beramal, kita jadi tidak ikhlas,datang rasa dalam hati kita, yang penat aje aku membantu dia , begini dan begitu sedang dia sedikit pun tidak menghargai aku,..

      alangkahg malangnya jika itu yang berlaku kepada kita,…

      lalu, kekadang untuk mendatangkan rasa syukur , kita perlu mengabaikan apa yang dilakukan oleh orang terhadap kita yang kita rasa apa yang dilakukannya itu sangat menghiris hati kita, tetapi sebaliknya kit aserapkan rasa syukur atas apa sahaja kebaikan yangtelah dilakukan nya kepada kita ,…

      hatta hanya sebagai bapa kepada anak2 kita,…

      apatah lagi untuk menghilangkan rasa terluka yang sentiasa membuatkan kita berendam air mata, kita perlu pertamanya, untuk menghilangkan rasa terluka itu, kita harus redho dengan perkara yang kita terluka itu,..

      lebih baiknya, kita masukkan rasa bersyukur atas perkara yang membuatkan kita kecewa itu ,…

      sebenarnya , saat mana hati kita rasa syukur sahaja dan tika mana hati kita rasa redho sahaja, Allah akan mengangkat kesedihan itu, malah kesedihan itu akan menjadi asbab terhapusnya dosa2 kita, yang mana kita akan amat mengharapkan pengampunan akan dosa2 kita di dunia ini kelak pada hari yang tiada lagi pertolongan dan pengampunan melainkan ia milik YAng Maha Pengampun , …

      perihal suami, ya benar, semuanya atas pilihannya tetapi bila kita yakin akan sesuatu berjaya terlaksana hanya semata2 atas pilihan seseorang maka kita secara tidak sedar telah menduakan kekuasan dan kekuatan Allah,.. secara kasar yang saya nyatakan di atas tadi (perlu dikejutkan agar lena kita jaga) mensyirikkan ALLAH swt yang mana sesungguhnya tiadfa kekuatan melainkan hanya kekuatan NYA sahaja,…

      pilihan kita berlaku kerana izin ALLAH,…

      begitu juga suami puan,..

      betapa ramai yang berjumpa saya mahu berkahwin lagi dan berapa ramai yang mahu suaminya tidak berkahwin lagi , tidak mmapu melakukannya kerana walau mahu berkahwin lagi itu menjadi pilihannya, menjadi igauan dambaan dirinya tetapi tidka berlaku kerana Allah tidak memberi kekuatan, Allah tidak mengizinkan pilihan dan impian itu,…

      maka jika suami berjaya berpoligami itu sebenarnya kekuatan yang ALLAH beri, izin yang ALLAH kasi kerana atas hikmah tertentu, atas asbab tertentu yang kita sebagai hambaNYA tidak mampu merungkai dengan kekuatan iman yang kita ada sekarang,..

      namun, yakinlah tidak ada sesuatu perkarapun di atas muka bumi ini ALLAH izinkan berlaku tanpa asbab dan tujuan tertentu,..

      yang penting kita nampak semuanya dari ALLAH bukanlah atas pilihan makhluk semata2,…

      perihal madu pula, kita jangan merasa payah atas sifat buruk seseorang tetapi kita perlu perhatikan hati kita sendiri, mampu atau tidak kita menerima semua perlakuan orang dan kita nampak bahawa dia sebenarnya juga sedang diuji oleh ALLAH , maka kita redho dan berserah diri kepadaNYA,…

      ingatlah seeroh Rasulullah tercinta, betapa dirinya lebih teruk diuji dan dilukai oleh bangsa dan kaum kerabatnya sendiri,..

      hidup di dunia ini adalah medan ujian oleh ALLAH, ada orang yang diuji dengan suaminya, ada orang diuji dengan anaknya, ada orang diuji dengan jirannya dan bagai, tetapi tidak ada orang di dunia ini yang tidak diuji,.. kerana ALLAH akan mengasingkan hambaNYA kelak di hari akan berlaku nya pengasingan hamba2 ALLAH yang tidak dapat tidak akan terasing juga kita nanti berdasarkan penerimaan ujian terhadap diri kita di atas dunia ini, segalanya ALLAH akan nilai kelak betapa kita sebagai hambaNYA menerima dan redho dengan ujian yang diberiNYA, betapa kita sama ada bertambah iman terhadapNYA atau kita semakin jauh dengan ujian NYA itu,..

      maka cepatlah kita beristighfar dan berdoa ke hadratNYA agar kita termasuk dalam golongan orang yang menerima segala macam ujian dari ALLAH dengan hati yang sangat redho,…
      insyaallah. jika tidak mampu melakukannya sendiri, maka buatlah rawatan hati,..

      insyaallah.

      ( saya akan post masalah puan dan jawapan saya ini , muga menjadi asbab kebaikan kepada orang lain, insyaallah),…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s