Rasa dalam hati


Ramai yang tidak mampu untuk kendalikan perasaan sedih sendiri.

kadang kala kita telah cuba mencari kekuatan untuk tabah, untuk redho, untuk terima qada dan qadar Allah, untuk faham bahawa semua yang berlaku adalah perancangan Allah swt, dan apabila ianya adalah perancangan Allah , maka kita tahu bahawa itulah yang terbaik untuk kita,..

namun , mengapa hati masih gundah gulana?

mengapa jiwa masih tidak tenteram?

mengapa diri masih derita?

sedang kita tahu Allah Maha Berkuasa. Kita tahu bahawa Allah tidak akan menjadikan sesuatu perkara itu sesuatu yang sia-sia. begitu juga kita amat tahu yang Allah itu tidak pernah menzalimi hambaNYA.

kita tahu bahawa dunia ini jambatan akhirat semata2. kita tahu bahawa kita akan mati dan semua amalan kita akan dihisab dan semua bisikan dalam hati juga akan dipertanggungjawabkan nanti.

kita tahu semua yang  berlaku pada kita , adalah musibah penghapus dosa atau  ujian untuk menaikkan mertabat kita.

sesuatu yang ALLAH beri, dan kemudiannya dibalasnya kita dengan ganjaran yang jauh lebih hebat dan besar dari apa yang kita lalui.

Masyaallah.

lalu apa masalah kita?

kenapa kita tidak mampu redho atas sesuatu yang TUHAN kita sendiri beri  pada kita,..

tak  kisahlah bagaimana caranya, melalui siapa, bagaimana situasinya,..

tetapi kita tahu bahawa itu semua dari DIA, yang  Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

kembali kepada soalannya?

kenapa kita tidak berjaya untuk redho?

………………

kerana apa yang kita tahu, kita sekadar tahu, tapi kita tidak ‘rasa’ dalam hati,..

 

untuk redho, hati kena ada rasa, untuk wujud  rasa,  kena ada proses hati, untuk proses hati kena ada pengorbanan, baik tenaga, masa mahupun wang ringgit.

insyaallah.

 

 

3 thoughts on “Rasa dalam hati

  1. memang betul kita kena redho segala-galanya tapi kita juga sebagai sorang perempuan dikurniakan perasaan dan perasaan seorang perempuan selalunya mudah terluka apalagi yang membabitkan kasih sayang. Kenapa kita sebagai seorang perempuan atau isteri selalunya diminta bersabar diminta redho terutamanya dalam bab berkahwin lebih, sedangkan seorang lelaki terutamanya yang bergelar suami bila telah ketemu cinta baru ia jadikan alasan perkara yang dibenarkan dalam islam dan seorang isteri harus redho dengan semua ini. Ini ketentuan yang telah ditetapkan. Tetapi melayani isteri dengan baik adalah sesuatu yang telah digariskan dalam islam dan bagaimana contoh yang ditunjukan oleh Nabi Muhamad S.a.w. Tetapi kenapa para suami tidak cuba belajar dan menghayati cara kehidupan begini supaya isteri dapat merasai kasih sayang seorang suami yang kemudianya boleh redho dengan perkongsian kasih sayang. Kerana kalau dah dapat ikuti cara hidup Rasulullah dan bila berkahwin lebih pun tidak akan timbul lagi kasih yang berat sebelah. Ini kerana kebayakan yang berlaku bila dah dapat yang baru yang lama dibiarkan begitu saja dan kalau nak tunjuk adil pun pembahagian hari memang adil tapi kehadiran dirumah isteri lama biasanya sperti jasad saja yang berada dirumah sedangkan hati dan perasaan sudah tidak lagi seperti masa masa beristeri satu. Bukankah itu zalim namanya . Yang lama tak mahu ditinggalkan tapi dibiarkan begitu saja. Kenapa tidak ada yang berkata pada lelaki bernama suami redholah dengan segala kekurangan yang ada pada isteri kenangkanlah pengorbanan isteri melahir dan membesarkan anak-anak dan menjaga serta memberi nikmat sepanjang perkahwinan ini.Memang yang muda kan jadi tua tapi suami juga bukan kekal muda dan bukankah perasaan ingin berkahwin lagi itu juga adalah satu ujian tahap kesabaran suami samada ia dapat melawan nafsu atau tewas kerana suami diberi fikiran untuk berfikir kerana kebanyakan yang berpoligami selalunya meninggalkan kesan pada anak-anak dan isteri bukan bahagia yang dapat tapi porak peranda yang ujud dan juga salah satunya menjadikan isteri yang tidak dapat sabar dicop isteri derhaka.

    1. boleh aje nak berkata begitu pada suami, tetapi hakikat sebenarnya melalui poligamilah didikan ALLAH terbesar berlaku , sebenarnya kepada kedua pihak, isteri dan suami,..

      suami untuk mengetahui maksud keadilan dan amanah Allah yang akan dipertanggungjawabkan kelak di atas bahunya , baik di dunia mahupun di akhirat,..

      isteri untuk mentarbiahnya erti kasih sejati hanya kepada ALLAH , erti pergantungan harap hanya pada ALLAH, erti bahawa rezeki , qada dan qadar adalah dari ALLAH semata2,.. erti penyucian hati yang sebenar , mujahadah tulen sehingga bersih jiwa dan qolbu , sehingga kita nampak bahawa dunia ini adalah tempat mencari perbekalan semata2, bukan tempat untuk mengejar duniawi baik ia harta, wang ringgit ataupun cinta makhluk,…

  2. Kenapa tidak ada yang berkata pada lelaki bernama suami redholah dengan segala kekurangan yang ada pada isteri kenangkanlah pengorbanan isteri melahir dan membesarkan anak-anak dan menjaga serta memberi nikmat sepanjang perkahwinan ini.Memang yang muda kan jadi tua tapi suami juga bukan kekal muda dan bukankah perasaan ingin berkahwin lagi itu juga adalah satu ujian tahap kesabaran suami samada ia dapat melawan nafsu atau tewas kerana suami diberi fikiran untuk berfikir kerana kebanyakan yang berpoligami selalunya meninggalkan kesan pada anak-anak dan isteri bukan bahagia yang dapat tapi porak peranda yang ujud dan juga salah satunya menjadikan isteri yang tidak dapat sabar dicop isteri derhaka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s