Perut dan hati


Ada kaitan yang sangat besar antara organ perut dan simbolik jiwa manusia, iaitu hati nurani,..

 

hati yang mahu menuju ALLAH swt, organ perut perlu sangat dijaga.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, Ahmad, Nasai’e, dan Ibn Majah bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Mafhumnya: “Tidaklah memenuhkan anak Adam itu sebuah bejana atau bekas yang lebih jahat (hina) melainkan memenuhkan perutnya. Sekiranya ia (makan) memadai dengan suapan yang kecil yang mampu mendirikan (menguatkan) tulang sulbinya (tulang belakangnya). Sekiranya dia dikuasai oleh nafsunya, maka hendaklah diisi perutnya dengan sepertiga untuk makanan, sepertiga minuman, dan sepertiga nafasnya.”

 

sabda Rasulullah ini jelas, iaitu kita hanya perlu makan dengan suapan yang kecil…. maksudnya hanya dengan makan yang sedikit telah cukup bagi kita.

yang penting adalah untuk menguatkan tulang sulbi kita, dan itu jelas telah diberi petunjuk oleh Rasul tercinta, iaitu dengan suapan yang kecil,.. itulah cara terbaik untuk menguatkannya,.. dan kuat tulang sulbi yang menjadi kunci kepada semua organ,.. bermaksud kita akan sihat seluruh jasad kita, insyaallah.

 

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim:

Mafhumnya: “Orang mukmin makan dengan satu perut manakala orang kafir dengan tujuh perut.”

 

jika kita mahu masuk dalam golongan orang yang dipanggil dengan gelaran orang mukmin, maka perhatikanlah dua perkara ini,.

1. apa yang kita makan.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 172:

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya.”

 

2. banyak mana kita makan.

 

Terdapat banyak hadis yang mencela seseorang yang makan hingga kekenyangan. Di antaranya hadis yang diriwayatkan oleh al-Bazzar dengan dua sanad. Salah satunya diriwayatkan dengan sanad marfu’ dan para perawi yang tsiqah, iaitu:

أكثر الناس شبعا في الدنيا أطولهم جوعا في الآخرة

“Orang yang paling banyak kenyang semasa di dunia adalah orang yang paling banyak mengalami kelaparan pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no. 2478. At-Tirmidzi menghasankannya, demikian juga al-Albani dalam Shahih al-Jami’ ash-Shaghir, no. 1199. Ash-Shahihah, no. 343)

Hadis tersebut diucapkan kepada Abu Juhaifah yang pada ketika itu mengeluarkan bunyi sendawa.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

ما ملأت بطني منذ ثلاثين سنة

“Perutku belum pernah penuh semenjak 30 tahun lalu.”

Dan ath-Thabrani meriwayatkan sebuah hadis dengan sanad yang hasan:

أَهْلَ الشَّبَعِ فِي الدُّنْيَا هُمْ أَهْلُ الْجُوعِ فِي الآخِرَةِ

“Orang-orang yang biasa kekenyangan semasa di dunia, mereka adalah orang-orang yang kelaparan di akhirat.” (Hadis Riwayat ath-Thabrani, al-Mu’jam al-Kabir, no. 11693. Al-Mundziri, al-Bushairi, dan al-Albani juga menghasankannya)

 

Luqman pernah berkata kepada anaknya, “Wahai anakku, apabila perut telah penuh maka fikiran pun akan tertidur, tidak dapat mendengar hikmah (pelajaran), dan anggota badan pun terasa berat dari ibadah.”

 

 

Perut yang kosong dari makanan memiliki faedah-faedah dan perut yang penuh memiliki kesan buruk. Perut yang lapar dapat membersihkan hati, menghilangkan sifat buruk, dan meningkatkan kecerdasan serta wawasan.

 

tatkala Siti Aesyah berdiri di maqam Rasulullah, suami nya yang tercinta, antara panggilannya adalah,

wahai sebaik-baik insan yang tidak pernah kenyang perutnya dengan  makanan,…

 

bagaimana kita,..

 

yang sentiasa berkeluh kesah dengan pelbagai derita dan sengsara?

sedang perut kita tidak pernah merasa lapar lebih dari sehari,…

 

niat kerana ALLAH, semata,.. untuk kita ikut sunnah rasulullah , petunjuk suri teladan pada sekelian alam, agar kita merasa pedihnya kelaparan, agar kita merasa keringnya tekak kehausan , untuk kita memahami bagaimana yang dirasai oleh nabi kita, kekasih ALLAH swt.

muga dengan itu, ALLAH memberi kekuatan kepada kita untuk nampak jalan yang lurus, jakan yang membawa kita menujuNYA semata. insyaallah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s