Kekuatan pengamalan sunnah Rasulullah saw dan kesannya


Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

تَرَكْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوْا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا : كِتَابَ اللهِ وَ سُنَّةَ رَسُوْلِهِ

Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (yaitu) Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. (Hadits Shahih Lighairihi, H.R. Malik; al-Hakim, al-Baihaqi, Ibnu Nashr, Ibnu Hazm. Dishahihkan oleh Syaikh Salim al-Hilali di dalam At Ta’zhim wal Minnah fil Intisharis Sunnah, hlm. 12-13).

Firman Allah swt pula

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(Ali ‘Imran:31)

rahsia untuk berjaya hidup di dunia dan akhirat ini adalah dengan mengikut semua ajaran Rasulullah saw, junjungan kita yang tercinta.

Daripada Anas bin Malik R.A daripada Nabi SAW, sabda baginda: “Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. Pertama, hendaklah Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya mengatasi selain keduanya. Kedua, hendaklah dia mencintai seseorang, tidak dia cintai kerana Allah. Ketiga, hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran seperti mana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka.”
(H.R Bukhari-Muslim)

semua

1.seeroh (perjalanan hidup Rasulullah saw sebelum dan selepas menjadi nabi),

2.syuroh (penampilan Nabi Muhammad saw, yakni cara hidup, berpakaian termasuk cara isteri baginda berpakaian, hubungan baginda dengan sahabat dan musuh)

3. soghiroh ( fikir dan kerisauan Nabi Muhammad saw) – yang paling ketara adalah kerisauan bagind aterhadap ummat, : sentiasa di bibir dan hati baginda ‘ummati,..ummati’

kerana itu adalah sunnah baginda untuk kita sentiasa mendoakan umat Islam dan menganggap semua kita adalah bersaudara,..

menaganut agama yang satu, menyembah ALLAH yang satu, beriman kepada nabi kita, nabi Muhammad saw…

 

kasihilah baginda, cintailah baginda…

dengan mengamalkan sunnahnya..

untuk mengetahui sunnah baginda saw, pelajarilah 3 perkara tadi.

dan amalkanlah,..

niat kerana ALLAH swt.

kesannya, kita akan sihat jasad dan emosi serta yang paling penting rohani.

nabi kita nabi Muhammad saw,..

berselawat kepada baginda. memberi salam  terhadap baginda, menziarahi maqam baginda ketika zaman kita ini, sama seperti kita melakukannya ketika baginda masih hidup,.. itulah anugerah ALLAH swt kepada kita,..

ummat kekasihNYA di akhir zaman,..

pengamalan sunnah baginda pula adalah tanda cinta kita terhadap baginda saw.

itulah tanda orang yang beriman,..

 

Daripada Abu Hurairah R.A, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Demi jiwaku berada di tangannya, tidak beriman seseorang kamu sehingga aku dikasihi olehnya lebih daripada ayah dan anaknya.”
(H.R Bukhari-Muslim)

 

lalu mencintai baginda perlu , bukan hanya pada tarikh kelahiran baginda saw sahaja, tetapi setiap masa dan tika.

ihya’ (hidupkan) sunnah rasulullah dalam kehidupan kita, jiwa kita dan hati nurani kita, keluarga, anak2 kita.

muga kita bersama baginda saw, baik di dunia fana ini apatah lagi di akhirat nanti.

rasulullah, engkaulah ikutan kami.

 

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS Al-Ahzab: 21)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s