monolog hati- satu pemprosesan muhasabah diri


sahabat2 Rasulullah saw, selalu merenung kebesaran ALLAH swt selepas subuh atau waktu2 yang tertentu setiap hari hingga mengalir air mata membasahi janggut2 mereka…

merenung kebesaranNYA yang Maha Agung, membuatkan kita merasa kerdil dan banyak berserah diri.

kita akan nampak betapa setiap yang berlaku dalam hidup kita adalah bukan sesuatu yang sia2, baik ia buruk mahupun ia baik. baik bahagia mahupun ia sesuatu yang menyedihkan…

bila kita mampu merenung kebesaran ALLAH, dengan melihat langitNYA dengan melihat lautNYA, kita rasa aman dengan qada dan qadarNYA,..

kita nampak ALLAH yang cintakan keindahan adalah Zat Yang Maha Adil.

bagaimana mahu merenung kebesaran ALLAH?

bawalah hati kita bermonolog untuk memprosesnya ,..

bercakap2 dengan diri kita, akan kehebatab ALLAH menjadikan sesuatu, menciptakan sesuatu, ..

bercakap2 dengan diri kita tentang permasalahan kita, dan resapkan bahawa segala yang berlaku itu dengan izinNYA semata, manusia tiada kuasa walaupun ia atas pilihan manusia itu sendiri tetapi tetap dengan izinNYA,..

ramai yang menderita kerana suami baran, kasar , suka main perempuan, keluar tanpa kabar berita dan tidak endah anak dan isteri,..

malah jika suami itu telah bertanggung jawab sekalipun, hati isteri kekadang ada yang terkilan dengan beberapa perbuatan buruk suami yang sentiasa dilakukannya berulang2 kali walaupun isteri telah menegur berulang2 kali juga hingga sering tercetus pergaduhan kerananya,..

maka , inilah perkara2 yang perlu kita monologkan, perlu kita muhasabahkan, penting untuk kita renungkan,..

bercakap sendiri,..

mungkin begini,..

Ya Allah, suami aku seorang yang suka keluar malam, selalu tidak pulang , kalau pulang pun di awal pagi,.. aku dan anak2 sering tiada masa dengannya, sering diabaikan,.. jika ditegur, maka akan bergaduh,

Ya Allah, Engkau yang Maha Mengetahui, apa sahaja yang berlaku di hadapan hambaMu dan apa juga yang berlaku di belakang hambaMu,..

Engkau tidak lakukan semua ini kerana sifat zalimMU kerana Engkau lah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Engkaulah yang menciptakan kami untuk beribadah kepadaMu, andaiNYa semua yang berlaku ini , adalah kerana dosa2ku yang banyak, dan atas ehsanMu, Engkau uji aku dengan suamiku, dengan akhlak buruknya terhadapku, maka aku memohon keampunan dariMu, sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengampun, ampunilah jua dosa2 suamiku, …

hanya Engkaulah milikku, hanya Engkaulah sebaik2 tempat berserah, walau aku tiada sesiapa, tapi aku ada Engkau , ya Allah, Engkaulah yang Maha Dekat, engkaulah yang Maha Memahami, Engkaulah yang Maha Mengetahui, berilah aku jalan keluar, berilah aku petunjuk,..

apa2 juga monolog hati kita, yang penting , bukan apa yang kita ucapkan , tapi apa yang kita rasa,..

bukan sekadar rasa biasa, tapi rasa yang mendalam , datang dari lubuk hati, datang dari hati nurani,.. rasakan yang ALLAH bersama kita, sangat dekat, lebih dekat dari urat leher kita sendiri, ..

Dia tidak pernah menzalimi kita, kita sahaja yang selalu merasakan yang kita ini mangsa,..

kita banyak meletakkan kudrat pada manusia, sedangkan yang Maha Kudrat adalah Allah swt, .. manusia tiada kuasa, jia dia dengan pilihannya menyakiti hati kita, maka sebenarnya Allah yang memberi dia kuasa itu, kekuatan itu, sebagai ujian atau kafarah dosa,.. untuk dia dan kita,..

semuanya dariNYa, bila hati kita sentiasa ingat dan tahu bahawa apa jua yang berlaku adalah semuanya dari Allah swt, maka kita akan tenang dan damai,..

bagaimana untuk kita begini setiap masa dan ketika?

kita perlu  sentiasa merenung kehebatan ALLAH dan bercakap dengan diri kita tentangnya… setiap hari,..sebolehnya selepas subuh, ambil masa dalam sepuluh minit untuk kita bermonolog kehebatan ALLAH dan memuhasabah diri kita, merenung akan diri kita dan nampakkan kebesaran Allah dalamnya, jika mampu buat juga apabila ada waktu terluang,..

insyaallah, taqwa akan bertambah dan kita akan menjadi hambaNYA yang bersyukur,..

3 thoughts on “monolog hati- satu pemprosesan muhasabah diri

  1. Ayt2 pengubat jiwa..seakann menegrti hati yg sdg bduka..alhamdulillah sedikit sbyk mnegisafkn sy..timbulnya rs syukur…tmaksh puan..

  2. terimakasih pn intanrohaida, laman anda amat membantu. selepas dimadukan sy sering berdoa utk bertemu org yg dapat memberi kata2 semangat utk menghilangkan kesedihan. boleh saya call pn bila sy perlukan bantuan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s