mutiara hati, mampukah dimiliki?


saban hari ada sahaja permasalahan suami isteri yang berlaku, tanpa mengira di pelosok dunia mana kita berada.

ada suami yang tidak endahkan isteri, baik kerana sifat buruk sendiri, sibuk melayan perempuan lain, atau kerana ketidakmampuan dalam menggiliri isteri yang dinikahi lebih dari satu,..

ada isteri yang tidak mampu taat pada suami, terlalu nampak material duniawi yang tidak mampu disediakan suami,..

ada isteri yang menderita kerana sifat baran dan tidak bertanggung jawabnya suami pada rumah tangga,..

ada suami yang tertekan perasaan dan berpenyakit kerana karenah isteri yang tidak habis2 mengungkit dan mencabar kewibawaannya,..

ada isteri yang sentiasa resah gelisah kerana risaukan perlakuan suami, apakah yang sedang dan telah suami lakukan waktu ini,? ada perempuan lainkah suamiku? ada affair kah dia? adakah perempuan lain yang dikasihi selain aku? dan bagai lagi,…

semua kemelut perkahwinan ini dilalui dengan perasaan tertekan dan hati yang penuh syak wasangka,.. tidak mampu keluar dan terus bergelumang dalam lumpurnya,..seolah tiada jalan keluar,..

hati yang sekeping, tetapi penuh kekotoran was – was, cemburu, stress jiwa dan raga, penderitaan, rasa mahu bahagia, tetapi tiada kekuatan, rasa mahu keluar dan membasuh selut dalamnya, tetapi tidak mampu,..

 

akhirnya berterusan begitu tanpa ada sinar bahagia walau secalar dalam langit yang sentiasa mendung dalam dunia yang diciptanya sendiri,..

terus dan terus begitu, walau cuba bangun , namun jatuh dan rebah kembali,..

hingga akhirnya tanah berada dalam nafas,..

hati yang sekeping,.. mampukah dinobatkan menjadi mutiara, yang putih bersih? tanpa noda?

sebaliknya bercahaya penuh sinar, bergemilangan sehingga silau hati insan lain dek kredibilitinya melihat semua yang berlaku dalam hidupnya adalah dari ALLAH swt, lalu dia redho,.. dan berserah sepenuhnya kehadratNYA,..

 

masyaallah,..

mutiara hati ini,.. mampukah kita miliki?

yakinlah dengan janji ALLAH, ,..

tiada masalah atau penyakit tanpa ubat atau jalan penyelesaian,..

hakikat hati hanya akan bersih jika kita mampu nampak kebesaran Allah dalam setiap perkara,..

untuk nampak ALLAH dalam setiap perkara , kita kena ada kekuatan,..

untuk dapat kekuatan, kena ada pengorbanan,.

ini adalah seeroh Rasul saw.

tatkala kita tiada baginda dalam hidup nyata kita, kita miliki nur baginda dalam hati dan setiap pergerakan kita,.. insyaallah.

ikutilah sunnah baginda, setiap masa dan detik dalam hidup kita, nescaya jalan keluar akan diberi oleh Yang Maha Mengasihi  baginda Rasulullah saw itu sendiri,..

 

maka adakah jalan keluar lain yang lebih baik selain dari yang dianugerah olehNYA?

lakukanlah pengorbanan melalui sedeqah dalam rawatan atau melalui sedeqah dalam ilmu,.. mudahan kekuatan untuk kita keluar dari kemelut masalah hati menjadi milik kita , kekal hingga kita mati,..

belajarlah ilmu yang mampu membawa manfaat.

jika ditanya dari segi logik akal, adakah kita sibuk mewar2kan satu ilmu yang kita langsung tidak mendapat benefit kewangan darinya, malah kita pula secara rela mengeluarkan belanja untuk penyediaan tempat dna makan minum sekiranya kita tidak yakin, apa yang kiat buat itu akan memberi manfaat yang besar kepada makhluk ALLAH yang lain dan kita berserah jiwa dan raga terhadapNYA atas apa juga ganjaran atau kesusahan yang kita bakal hadapi kerana pengorbanan kita itu?

tentu tidak , bukan,..

tetapi kerana saya telah lalui, dan mengalami sendiri dengan izinNYA betapa dengan mengikut sunnah rasulullah saw, junjungan tercinta dalam membaiki diri melalui ilmu, ALLAH anugerahkan saya , ilmu PTR, dengannya, diizinkan saya mencapai ketenangan yang sejati, melalui tarbiahNYA diperkenalkan diri NYa kepada saya melalui  ujian dan musibah demi ujian dan musibah, ..

hingga akhirnya saya sedar, dunia dan makhluk bukan matlamat dan bukan tempat untuk kita letakkan pergantungan,..

semuanya hanya kembali kepadaNYA,..

dan tatkala itu kita rasai, hati kita bahagia dalam ketenangan dan kita mampu merawat diri setiap masa dan tika, dengan kekuatan yang diizinkanNYA melalui ilmu Pancara Tenaga Rohani,..

sehingga saya dengan secara rela , mewar2kan ilmu ini dan berharap serta berdoa agar dibuka pintu hati semua yang membaca dan ingin berubah serta keluar dari permasalahan hidup agar mampu dan diberi kekuatan olehNYA untuk belajar,..

lakukanlah sedeqah ilmu, sebagai pengorbanan kita keranaNYA untuk mencari diriNYA,..

mudahan dengan itu, ALLAH swt berbelas ehsan dan menganugerahkan kita mutiara hati itu, menuju diriNYA yang esa,..

insyaallah.

One thought on “mutiara hati, mampukah dimiliki?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s