mendalami rasa


kekadang kita ingin sangat orang berbuat baik kepada kita, ..

 

kita tertanya2 jika orang tidak melayan kita seperti yang kita mahu, malah layanan yang kita terima sangat tidak bertimbang rasa ,.. seolah kita tidak wujud dan tidak penting dalam hatinya,..

 

easy come , easy go,..

 

kita pun merasa sedih dan meletakkan sangka yang orang itu jahat dan buruk perangai, tiada sifat keperimanusiaan , berhati batu , dan tidak tahu berterima kasih, tak reti bersyukur, mudah memperlekehkan orang lain ,..

 

kita terkenang pula, betapa banyaknya jasa dan pengorbanan yang telah kita lakukan untuknya, .. betapa banyak kemaafan yang kita beri kepadanya setiap kali dia melukakan hati kita, betapa banyak janji nya yang dia mungkiri yang kita tolak ketepi demi mahu bahagia bersamanya,..

 

namun, ini balasannya terhadap kita,..

 

jika ada perasaan begitu dalam diri kita,..

cuba berhenti, stop dan tarik nafas,..

undur sedikit ke belakang dan berfikir memuhasabah diri kita,..

 

adakah kita juga pernah melayain orang sebegitu,..?

 

sesuatu yang kita kena faham dalam sunnatullah adalah kita akan menerima keadaan sebagaimana yang pernah kita beri pada orang lain,..

bezanya kita sedar atau tidak?

 

kerana itu jika ada rasa derita atas perbuatan orang lain pada kita, kita kena muhasabah diri,..

 

jika tidak nampak juga, istighfar sahaja kepada ALLAH kerana tiada musibah yang menimpa kita melainkan kerana dosa2 kita. atau atas ujian dari NYA kerana mahu mengangkat martabat kita menghampiriNYA,..

 

lalu, kita redho,…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s