Dalam masa ada tika


kekadang tak semua yang kita  inginkan , kita akan dapat, malah doa yang kita panjatkan dengan penuh kesungguhan , dengan penuh pengharapan pun belum tentu akan dimakbulkan oleh Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

 

kita mahu bila kita memeluk suami,dengan  penuh kasih , dengan penuh kelembutan ,  suami akan peluk kita kembali dengan pebuh kasih dan kelembutan juga, tetapi ada masa dan tikanya, harapan kita itu tak berlaku, mungkin suami akan mendengus dan menolak kita ,..

 

kita mahu bila suami balik ke rumah, dia akan tersenyum manis membalas manisnya senyuman kita, tetapi ada masa dan tikanya, itu tidak berlaku, dia mungkin masam mencuka dan penuh marah2.

 

kita mahu setiap masa dan saat kita dalam bahagia, sama2 mendidik anak2, belajar dari kesilapan masa lalu dan membentuk masa depan cemerlang dan penuh barokah, tetapi kekadang bukan setiap saat dan tika , situasi lancar begitu,…

 

kerana ada saat, ada tikanya,.. iman keluar dari dada,.. lalu kita kecundang melawan nafsu,.. ada sangka dalam jiwa, ada syak dalam hubungan, ada dosa pada insan , ada noda pada Rabbul Izzati,..

 

lalu kita diuji, atau diberi kafarah penghapus kesalahan. kerana belas ehsanNYA.

maka, walau dalam masa ada tika, ada saat kita tidak mendapat apa yang kita mahu, bercakaplah,..

pada diri, sekali, dua kali, banyak kali, berulang2 kali,…

 

Ya Allah, aku redho kepadaMU, aku pasrah dengan kehendakMU, aku terima taqdirMU,..semuanya, segalanya,..

 

kerana ENGKAU Yang Maha Mengetahui, ENGKAU Yang Maha Pengatur, dan ENGKAU Yang Maha Penentu,..

dan hanya kepadaMU lah aku berserah diri,…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s