SETARA MANA IMAN KITA?


Pernahkah terfikir atau memuhasabah diri kita sendiri , setara mana iman kita kepada Allah swt?

kita mudah berkeluh kesah dan mengadu domba. pantang diuji NYA kita rasa sangat berat dan sesak dada. seolah tidak lagi mampu untuk menghirup udara di muka bumi ini . seumpama kitalah yang punya masalah yang paling berat dan tidak tertanggung lagi. seakan hati hancur luluh. seolah-olah semangat hilang melayang dan kita rasa sangat malas. membiarkan hidup berlalu sia-sia kerana rasa beban tidak tertanggung.

lalu, dimanakah kita nanti di akhirat?

sedang iman kita begitu jauh bezanya dengan iman umat terdahulu.

satu faktor kenapa kita berada dalam kemelut ini adalah kerana kita tidak kenal ALLAH swt.

cuba ambil kisah Nabi Musa as dengan ahli sihir Firaun, sebagai iktibar bagaimana apabila iman penuh di dada, walau baru kenal ALLAH, maka kita berada di jalan yang lurus.

pada zaman yang mana Firaun adalah makhluk yang bukan sahaja ditaati, digeruni malah dia disembah seumpama tuhan, ahli sihir Firaun berpaling tadah tatkala ular sihiran mereka ditelan oleh ular (dari tongkat ) nabi Musa dan saat mereka menyatakan keimanan mereka kepada Tuhan Musa dan  Tuhan Harun, mereka bukanlah kenal ALLAH sebagaimana kita yang Islam dari lahir, tetapi mereka telah yakin akan kebenaran yang dibawa Musa dan yakin dengan Tuhan baginda lalu keyakinan itu menghasilkan iman yang teguh sehingga akhirnya mereka mati dibunuh Firaun kerana enggan menukar keyakinan mereka, walhal baru beberapa detik memeluk Islam.

bagaimana dengan kita yang telah Islam seumur hidup kita , namun yang penuh dalam diri kita hanyalah keluh kesah dan merana dengan ujianNYA?

lalu, satu persoalan yang sama2 kena kita muhasabahkan,.. setara mana iman kita?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s